Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru
Tempat makan di Larkin ni, dinamakan Medan Selera Plaza Larkin, memang dah tak asing lagi bagi Johorian yang mencari makanan. Outlet-outlet di sini menyediakan anda pelbagai jenis menu makanan daripada sarapan pagi hinggalah ke malam. Merupakan sebuah medan selera yang terletak di dalam sebuah plaza yang juga menyediakan outlet-outlet jualan seperti tudung dan feseyen wanita, spa dan lain-lain jenis perniagaan.
Tempat makan di Johor Bahru ni terletak bersebelahan jer dengan Terminal Bas Larkin Sentral. Larkin Sentral ialah terminal pengangkutan awam yang terbesar di selatan Semenanjung Malaysia. Ia menghubungkan semua negeri-negeri di Malaysia dengan Johor. Jadi tak hairanlah terminal ni memang sentiasa sibuk, dan menjadi terlalu sesak terutamanya pada musim cuti sekolah .
Fungsi bandar Johor Bahru yang kini sebagai bandaraya perdagangan dan pelancongan juga menjadikan Terminal larkin Sentral ini bertambah sibuk kerana pelancong pelancong asing terutamanya dari Indonesia, Filipina dan lain-lain warga asing dari Asia yg datang dari Kuala Lumpur untuk ke Legoland Nusajaya juga berhenti di sini sebelum mereka menyambung perjalanan ke lain-lain tempat di sekitar Johor Bahru dan Nusajaya . Legoland yang terletak di Nusajaya ( berhampiran bandar satelit Nusajaya iaitu Bandar Bukit Indah ) juga cuma 30 minit perjalanan dari Bandaraya Johor Bahru.
Jadi hampir kesemua bas ekspress yang membawa pelancong pelancong untuk bercuti ke Legoland Nusajaya akan berakhir di sini sebelum mereka menaiki mod pengangkutan awam yang lain seperti teksi, mpv, kereta sewa dan lain-lain lagi. Dengan jumlah pelancong dan pengunjung Larkin Sentral yang ramai ini tempat makan di Plaza Larkin ini menjadi tumpuan ramai.
Foto atas : Nasi kuskus enak dimakan dengan ayam goreng berempah
Foto atas : Bagi korang yang bukan Johorian kalau nak cari laksa Johor meh le ke sini
Ok apa yang ada kat sini? Korang akan dapati pelbagai jenia makanan di sini. Ada yang korang akan jumpa di lain-lain negeri dan yang paling best ,makanan ini cuma ada di sini di negeri Johor sahaja iaitu seperti :-
Laksa johor
Nasi ambang
Rojak asma
Dan lain-lain makanan popular seperti di Malaysia :
Pisang goreng
Roti canai dan murtabak
Nasi ayam
Nasi lemak berlauk
Nasi Kuskus
Asma rojak dan pelbagai lagi makanan Malaysia
Foto atas : Plaza Larkin Sentral dari luar
Foto atas : jejantas pejalan kaki di dalam foto ini menghubungkan Terminal Larkin Sentral dan Plaza Larkin ini
Tu dia sedikit cerita tentang tempat makan di Johor Bahru yang boleh korang kunjungi jika kebetulan berhibur ke Legoland. Kiranya anda berasal dari luar Johor dan ketika ni menginap di sekitar Legoland atau homestay sekitarnya seperti di Bandar Bukit Indah dan lain lain perumahan, boleh lah ke sini . Memandu ke sini dari bandar Bukit Indah atau Legoland cuma akan memakan masa lebih kurang 20 hingga 25 minit , dan pemandangan di kiri dan kanan juga menarik . Pemandangan yang cantik dapat dilihat ketika anda melalui jambatan Sungai Danga dan menghampiri Teluk Danga (Danga Bay)
Filed under: Johor Bahru, Tempat makan Tagged: asma rojak, Bandar Bukit Indah, homestay, Johor Bahru, Laksa Johor, Medan Selera Plaza Larkin, nasi ambang, tempat makan
