Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Pantai Padang Kemunting, Melaka : Tempat menarik pantai cantik

$
0
0

Pantai Padang Kemunting, Melaka : Tempat Menarik Pantai Cantik, Meh tengok nelayan naikkan Ikan tepi Pantai

Pantai Padang Kemunting, Melaka : Tempat Menarik Pantai Cantik Mulus

 

Melaka ni banyak tempat yang menarik, dan salah satunya ialah pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Terletak dalam pentadbiran Majlis BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH ( MBMB) , Pantainya cantik dan indah dan buat anak-anak korang yang pastinya sukakan main pasir, nah kat sinilah diorang boleh lepaskan geram main-main pasir buat ” sand castle”!
Kalau bercuti korang pastinya perlukan penginapan kan? Ya di sini memang banyak chalet dan  homestay yang diusahakan oleh penduduk tempatan pilih ajer dan booking ..di mana salah satunya ialah Ismah Beach Resort  .

Foto atas : Pantainya bersih, pasirnya pun seronok dibuat “sand castle”, penulis pun join budak-budak ni buat istana pasir….:D

Penulis kali pertama berkunjung ke sini pada tahun 2007 ( menginap). dan kali kedua pada tahun 2014( tapi tak menginap cuma bersiar-siar di tepi pantai ajer  ).

Kali ketiga berkunjung, penulis dapati  jalanraya yang menyusur tepi Pantai Padang Kemunting ni baru jer dilebarkan. Kalau dulu cuma muat sebiji kereta dan kalau berselisih, salah satu kereta kena mengalah dengan berhenti di tepi bahu jalan. Kini dua-dua kereta dah boleh gerak berselisih.

Gerai-gerai makan juga semakin banyak, tetapi dengan bertambahnya gerai , isipadu air limbahan sisa domestik juga yang mengalir ke pantai juga bertambah. .Lantas korang akan tengok air laut di tempat yang banyak gerai juga sedikit jernih berbanding dengan pantai yang nun  jauh ke hujung iaitu yang berhampiran ismah Beach Resort. Tapi walau apa pun airnya tetap menghijau dan bersih.

Diharap pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adapt menangani senario ini dengan berhemah dan mencadangkan  sebabnya diorang  ni pun cari rezeki , pada masa yang sama bagi kemudahan makan dan minum pada pengunjung pantai

Foto atas : Gerai-gerai yang tumbuh bagai cendawan selepas 2 tahun kat sini, amat memudahkan korang nak cari sarapan pagi, makan tengahari hinggalah ke malam. Restoran dan gerai seafood pun ada kat sini!! 😀

Apapun memang ada benarnya sebab admin sempat berbual pendek dengan salah seorang pengunjung Pantai Padang Kemunting yang menyatakan dia memang menempah bilik resort di Isma Beach Resort kerana lokasinya dihujung. Katanya lagi air di hujung kawasan Pantai Padang Kemunting  sini lebih bersih berbanding di kawasan pantai yang banyak gerai.

Pantai Padang Kemunting, Melaka : Tempat Menarik Pantai Cantik Mulus _ Ismah Beach ResortFoto atas : Ismah Beach Resort, penulis bermalam di sini ( sarapan disediakan )

Tips menarik J2C2 : Boleh tengok nelayan naikkan ikan yang segar bugar masih terketik-ketik ,ke pantai sebelum pkl 12tgh. Boleh tengok sampan-sampan dan bot bot nelayan di tepi pantai, waktu malam cuma hari minggu tak sunyi , kedai dan gerai ada yang buka hingga larut malam dan macam-macam  !!

Ok, itu dia sedikit sebanyak tentang percutian singkat di Pantai Padang Kemunting, Melaka , nanti penulis akan bawakan lagi info lanjut tentang tempat penginapan di atas . Jangan lupa follow . Senang jer isikan email di sebelah kiri blog ni, nanti bila penulis pos kan cerita cerita baru, korang akan dapat makluman kat email.

Adios Amigoes!! 🙂

Save


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Melaka Tagged: Cantik, ikan segar, Ismah Beach Resort, Melaka, pantai, Pantai Padang Kemunting, pasir, tempat menarik, tips

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260