Tempat menarik dekat Johor Bahru : Iskandar Puteri Jazz Festival 09 Sept 2018, Puteri Harbour, cuma 5 minit dari Legoland
Tempat menarik dekat Johor Bahru ni iaitu Puteri Harbour kini akan menganjurkan Jazz Festival pada 9 September 2018 , di Iskandar Puteri ( Nusajaya ) yg cuma 5 minit dari Legoland Malaysia dan 10-15 minit pandu dari Bandar Bukit Indah, Nusajaya .
Nusajaya adalah nama lama sebelum dinamakan sebagai Iskandar Puteri sekarang, di mana Bandar Taman Bukit Indah merupakan “Central Business District” atau Prime Area bagi Nusajaya . Di sini pelbagai kemudahan ada daripada 3 buah shopping complex iaitu AEON, Tesco dan Giant, 10 buah bank, hinggalah kemudahan hotel, motel dan homestay premium dan lain-lain lagi)
Festival Jazz ini menampilkan pelbagai artis-artis jazz antarabangsa. Macam-macam pun ada…!
Santai santai tepi bot layarBawa keluarga korang lepak lepak di sini kat waterfront, jaga-jaga jangan tertonggeng dalam air sudah..ahaks
Bot bot layar yang pelbagai jenis, feast your eyes my man! .. ahakss
Pemandangan ni dari atas level yang sama dgn Puteri Harbour theme park, Hello Kitty dan The Little Big Club, anak-anak korang mesti suka kt indoor theme park ni, malamnya boleh dengar dan tonton live Jazz Festival
Tu dia servis buggy utk penumpang-penumpang bot sahaja.
Yang penting most importantly, acara jazz ni diadakan di atas dua pentas utama iaitu :
i. Boulevard Stage dan;
ii.Harbour Stage ( dataran waterfront sebelah bot-bot layar )
di mana artis artis jazz yang didatangkan dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Iran dan lain-lain lagi!!
Boulevard Stage | |
5.00pm – late | Bazaar |
5.30pm | Kayhan Kalhor & Kiya Tabassian (IR) |
6.30pm | Ground Passengers (MY) |
7.30pm | Agis Kania (IDN) |
8.30pm | Ee Jeng Organ Trio |
9.30pm | Kirana Kay & Groove Messengers (MY & IDN) |
10.30pm | NJWA (MY) |
11.15pm | Jam Session |
Harbour Stage | |
5.00pm – late | Bazaar |
5.45pm | The Frankie Sixes (MY) |
6.45pm | Robin Banerjee & Friends (UK & MY) |
7.45pm | Aisyah Aziz (SG) |
8.45pm | Azmi Hairudin & Friends (MY & IDN) |
9.45pm | Barry Likumahuwa (IDN) |
10.30pm | Orquesta Yambeque (AU) |
11:30pm | Jam Session |
Lokasinya cuma sepelaung sajer dengan pelabuhan bot-bot layar dan juga cuma sebelah ajer dengan:-
a. Indoor Theme Park The Little Big Club
b. Indoor Theme Park Hello Kitty
Foto atas : Bawalah family anda bersiar-siar di tepi dermaga dan lepak-lepak
Foto atas : Map menampilkan Puteri Harbour cuma 5 minit drive shj dari Legoland Malaysia manakala bandar Bukit Indah, Iskandar Puteri yg lengkap dengan AEON Mall ke-3 terpanjang di Malaysia. Bandar Bukit Indah merupakan business district atau “prime area “menyediakan pelbagai kemudahan perniagaan dan penginapan seperti homestay, guesthouse hotel dan motel. Dan di sinilah pusat perniagaan utama atau “business district” anda boleh mendapatkan apa-apa keperluan jika anda berada di Iskandar Puteri ( nama baru bagi Nusajaya )
Antara yang boleh anda perolehi di sini ialah :-
a. Bazar-bazar jualan
b. Bot-bot layar sekeliling harbour/dermaga
c.Waterfront yang boleh anda siar-siar dengan keluarga
c. Gigs
e. Taman Tema Hello Kitty/Little Big Club
…dan pelbagai lagi sempena jazz festival terbesar di selatan tanahair.!
Ayuh amigoes.. kalau korang nak berhibur kat Legoland jangan lupa datang ke Jazz Festival, sama dengar persembahan jazz sambil lepak santai tepi pelabuhan ya!!