Tempat Menarik di Johor Bahru, Gerbang Mahkota, Istana Bukit Serene, Johor Bahru
Tempat menarik ni , iaitu Gerbang Mahkota, terletak di hadapan pintu masuk ke Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Lokasinya di tepi jalan besar Teluk Danga. Iaitu di persisiran pantai dan jalan besar menuju ke pusat bandar Johor Bahru.
Air pancut berirama dengan suluhan lampu bawah air yang menarik dengan pelbagai warna.
Malam hujung memang ramai yang berkunjung ke sini.
Di bawah pula gambarfoto siang. Tak banyak aktiviti kemanusiaan pada siang harinya kerana dataran yang terbuka serta panas tiada tempat perlindungan. Di bawah Gerbang ini juga terletak pintu masuk utama ke Istana Bukit Serene.
Kebanyakan pelancong-pelancong asing yang datang ke sini pada siang harinya mengambil kesempatan bergambar dengan Pengawal Diraja seperti mana pelancong sering bergambar dengan Royal Guard di Istana Buckingham, England.
Gambarfoto atas di ambil dari depan bekas tapak Restoran Singgah Selalu yang amat happening dan sering dikunjungi oleh pelanggan tempatan dan pelancong pelancong tempatan 24 jam sehari. Restoran ini kini telah diarah berpindah ke mana pun tak tau..
Tu dia serba sedikit pasal Gerbang Mahkota, Istana Bukit Serene, Johor Bahru yang kini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan ke bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Puteri ( Nusajaya ). ( Pantai Lido, Tanjung Puteri dan Kuala Danga adalah berkaitan tempat ini sebelum dinamakan semula sebagai Danga Bay yang langsung melenyapkan terus identiti dan sejarah warisan tempat ini )
Jadi jika anda berhibur di Legoland Nusajaya atau menginap di kawasan sekitar Legoland seperti pusat tumpuan dan perbandaran di bandar Bukit Indah di homestay hotel atau motel sekitarnya pastikan korang masukkan tempat yang menarik ni sebagai salah satu destinasi kunjungan korang ya…adioss…amigoes..
Save