Tempat makan sedap di Johor Bahru : RNZ Cafe, Bandar Baru Uda
Bagi korang yang nak mencari makan sedap di sekitar Johor Bahru , mari kita ke RNZ Cafe, Chinese Muslim and Malay Ala Carte. Restorannya memang sungguh “humble” tetapi makanan yang dihidangkannya memang ummmph! Contohnya macam Fish Noodle Soup atau Meehon Sup Ikan, walaupun kuahnya agak cair tetapi cukup serba serbi rasanya. Buat penggemar resepi masakan Cina meh lah datang ke sini. Bagi korang yang jalan-jalan cuti-cuti ke Johor Bahru bolehlah datang ke kedai ni. Restorannya humble tetapi makanannya tak humble ya
Foto atas : Mee hoon sup ikan yang dimasak dengan resepi Cina. Admin kalau datang sini, setakat ni dah 4 kali datang memang order menu ni ajer. Kalau tak mee kuning, mee leper ataupun mee hoon.
Foto atas: Lepas makan, min pekena pulak kopi cincau panas. Perghhh..terangkat!
Bersambung lagi untuk lokasi di mana? Jangan miss untuk posting fasal lokasi ..