Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Tempat Menarik di Bandung : Jalan-jalan Cuti-cuti 2020

$
0
0

Tempat Menarik di Bandung : Jalan-jalan Cuti-cuti 2020

Bandung ni merupakan salah satu daripada tempat top dan menarik untuk bercuti di Indonesia. Siapa aje yang tak kenal Bandung di Malaysia ni kan? Suhunya juga agak nyaman dan agak sejuk sedikit berbanding di Malaysia dan lain-lain tempat tanah rendah di Indonesia. Tiada kawasan industri atau kilang-kilang besar di sini jadi udaranya juga tidak begitu tercemar dengan asap kilang-kilang. Untuk beberapa post yang akan datang aku akan ceritakan details tentang trip kami ke Bandung ni ye.

lodge-maribaya-03-bandung-jalan2cuti2-balloonFoto atas : The Lodge Maribaya , sebuah tempat peranginan tanah tinggi.  belon hidrolik yang tak terbang..

The Lodge Maribaya , sebuah tempat peranginan tanah tinggi. Foto atas : The Lodge Maribaya , pemandangan gunung-ganang ya

Foto atas: Tasik Floating Market, Bandung, Indonesia

Foto atas : Pemandangan sayup-sayup hutan pokok pain di bawah, di lihat dari atas bukit di Maribaya Lodge

The Lodge Woodland Maribaya sebuah tempat peranginan tanah tinggi Bandung

Acah-acah naik belon panas gitu, belon ni tak terbang pun..

The Lodge Woodland Maribaya sebuah tempat peranginan tanah tinggi Bandung

Shelter atau Ruang lindung yang direkabentuk daripada bambu atau buluh

The Lodge Woodland Maribaya sebuah tempat peranginan tanah tinggi Bandung

Tempat untuk membeli tiket belon acah-acah, “effect terbang” jika kena pada sudut kamera

Foto atas : Aktiviti basikal kabel di The Lodge, Maribaya, Bandung

Di bawah ni ialah itinerary ringkas ke Bandung

Hari Pertama Trip ke Bandung, Id.

Bertolak dari rumah
Kami bertolak dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan sendiri. Oleh kerana Airasia flight departure ke Bandung dijadualkan pada pukul 11.55 pagi kemudian,  kami bertolak dari rumah seawal pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan ke KLIA2 berjalan lancar masa kat highway Utara Selatan. Tapi kami singgah sekejap kat RnR Seremban untuk solat subuh dan dapat berjemaah pulak tu. Kat sini kami bertujuh ambil masa dalam setengah jam untuk bersarapan . Sambung balik perjalanan . Selepas tu lebih kurang pukul 8.15 kami pun tibalah di KLIA2. Alhamdulillah.

Tiba di KLIA2

Tips parking di KLIA2:

Kita orang parking di tingkat CP3 tak jauh dari pintu masuk ke Level 3 Perlepasan. Mula-mulanya kami nak parking di level CP2 tapi parking di sini semua penuh, sebab inilah level di mana pintu masuk nya bersambung terus dengan laluan bertingkat  pintu masuk Ketibaan (Arrival)

Foto atas : Selesai parking kami masuk ikut pintu CarPark B berhadapan Cimb Penggurup Wang

Tips Bayaran Parking KLIA2 :

Bagi 3 hari pertama ialah RM46 setiap hari & RM20 bagi hari keempat dan seterusnya. Oleh itu kami bayar RM198 bagi parking kereta untuk 6 hari. Ambil kad parking masa masuk dan bayar parking selepas pulang di mesin bayaran parking.

Trip ke Bandung - KLIA2 Tips parkingFoto atas : Lif ke CarPark B di KLIA2

Kami bayar tiket parking di mesin bayaran di tingkat CP4 ruang lif bersebelahan CIMB Currency Exchange(Kaunter Tukaran Matawang Asing) (boleh guna tunai ataupun swipe kad Touch and Go masa bayar tiket nak keluar )

Bagi yang nak bayaran parking long term yang lebih murah pula boleh lah parking di Putrajaya Sentral dan selepas tu naik ERL Transit ke Stesyen KLIA 2 yag terletak di bawah Terminal KLIA2.

Tiba di Airport Bandung

Tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung pada pukul 2.30pm (1.30pm waktu Malaysia  ) . Nyaman sungguh udara di sini, udaranya pun tak panas walaupun dah pukul 1.30 tengahari ! 😄Suhu di Bandung ni agak rendah jika di Bandung di tanah-tanah rendah ! Terasa macam baru pukul 7.00 pagi di Johor Bahru!

Dari sini  selepas ambil beg lugage kami terus menaiki kenderaan sewa MPV yang telah sedia menunggu kami(untuk trip bandung ni, dah ditempah 3 minggu yang lepas) dan supirnya bernama Andy. Orang muda yang berumur dalam 30-an. Kemudian terus check-in di Aston Braga Hotel, Bandung. Terletak di Jalan Braga yang agak sibuk tetapi dipenuhi kedai-kedai dan kafe di kiri dan kanannya.

– makan tengahari kat restoran Simpang Raya. Makanan orang Padang atau orang Minang. Makanannya sedap dan harganya juga agak sedikit tinggi. Tapi tu bergantung juga dengan apa yang anda makan. Sebabnya sebaik sahaja korang melabuhkan punggung di kerusi, pelayan-pelayan akan menghidangkan lauk-pauk dalam pinggan kecil. Lebih kurang dalam 25 jenis lauk dalam piring-piring ni. Kalau korang cuit dan makan kena caj untuk sepiring tu.
Selepas makan kami ke Rumah Mode  atau Mode House iaitu sebuah factory outlet yang terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Bandung. Di sini korang boleh ber shopping pakaian branded dengan harga yang rendah. Awas! Jaga perbelanjaan anda !Wow! Tak cukup kad kredit dibuatnya
Selepas di Rumah Mode kami pulang ke hotel semula untuk berehat.
Malamnya kami berdua ke cafe di Jalan Braga yang cuma terletak di hadapan pintu masuk hotel.

Sedikit latarbelakang tentang Bandung.

Bandung ni merupakan salah satu tempat yang popular untuk bercuti bagi orang Malaysia. Setibanya kita orang sekeluarga kat sana, malahan kat airport lagi dah kedengaran group group pelancong yang bertutur dalam bahasa Melayu Malaysia. ( kalau korang orang Johor dan ada sanak sanak keluarga di Singapura korang akan tau perbezaannya  dari segi lenggok bahasa, tapi kalau korang orang K.L atau lain-lain negeri, takkan perasan perbezaannya  )

trip-kota-bandung

Bandung ni merupakan tempat tanah tinggi  dan oleh itu suhunya agak rendah sedikit berbanding di kebanyakan tempat di Indonesia dan juga di Malaysia. Suhunya puratanya sekitar 26 darjah Celcius. Jadi kalau setakat berjalan-jalan kaki di sini memang agak sukar untuk korang berpeluh, kecuali korang berjoging atau berjalan-jalan 2-3km jauhnya. Itupun peluhnya cepat kering.

trip-kota-bandung02-street scene

Bulan tersejuk di sini ialah awal Januari di mana korang akan dapati pada siang hari purata 27.1 darjah Celcius dan malamnya 19.5 darjah Celcius . Lebih kurang macam Cameron Highlands kt Malaysia sini! 🙂

Penginapan
Kami datang bekeluarga, jadi setelah berbincang, kami ambil keputusan untuk tinggal di hotel yang strategik, ada crowd maksudnya ramai orang (keselamatan dan kemudahan) di sekeliling dan dikelilingi dengan kemudahan termasuk kedai-kedai.

aston-braga-bandung-jalan2cuti2

Jadi kami pilih Aston Braga Hotel yang terletak di Jalan Braga. Jalan Braga ni jalan sehala yang agak sibuk dan dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai termasuk minimart Indomaret, Alfa Mart dan lain-lain lagi.  Kafe dan restoran juga banyak di sepanjang jalan ni.

Ok buat posting-posting seterusnya admin akan ceritakan trip Bandung ni dari hari pertama hingga hari ke 6 ( hari balik) kami di Bandung ya! Stay tune jangan ketinggalan, jangan miss, jangan terlepas ya!

Macam mana nak folllow, ikut macam cara di bawah untuk pastikan anda tak terlepas siri-siri percutian atau trip ke Bandung ni ya!

Bagi yang nak  follow ( subscribe ) pergi ke side bar kanan ..turun ke bawah ikut link follow mcm kat bawah..masukkan  email korang, lepas tu check email, pihak admin Krew J2C2 akan hantar email. Adios Amigoes!! 😎 👇

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 262