Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat makan best Johor Bahru :  Bubur Nasi Merdeka, Kampung Melayu Majidee

$
0
0

Tempat makan best Johor Bahru :  Bubur Nasi Merdeka, Kampung Melayu Majidee

20201029_222731

Foto atas : Sebahagian dpd ruang dalaman kedai makan ni

Setelah lama menghilangkan diri dan atas permintaan fans, kini admin kembali lagi, kat mana tu ? ya seperti tajuk kat atas, min bawakkkan korang ke tempat makan antara yang terpopular di J.B ni iaitu Kampung Melayu Majidee. Kalau korang datang ke Johor Bahru pastikan korang datang ke Kampung melayu Majidee di sini.

Foto atas : Pelbagai menu selain menu mesti cuba Bubur Nasi Merdeka 😛
Banyak gerai-gerai makan dan kedai kedai makan di sini malahan kampung ni yang terletak di bandar Johor bahru ala-ala macam Kampung baru K.L juga, dah menjadi salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Johor Bahru.

Kat sini juga kedapatan restoran Aris Yong Tau Foo yang popular semenjak era 80-an iaitu tahun 1986. Kalau korang nak tau Aris Yong Tau Foo termasuk dalam Top Ten makanan Yong Tau Foo di JB.

Dulunya sebuah gerai di jalan utama bersebelahan jambatan keretapi Kg Melayu Majidee, tapi sekarang dah berpindah di dalam area Kg Melayu Majidee, di Jalan Merdeka, tapi dalam jarak 200m dari jalan utama Majidee.   Kiranya korang diizinkan Allah dapat melancong ke J.B selepas Covid19 ni reda, jangan miss tempat ni!

Foto atas : Ikan bakar sambal merah

Cerita pasal tempat makan makanan Melayu ni, kalau kat K.L tempat femes dgn menu nasi bagai korang boleh kaitkan dengan Kg Baru, kt J.B sini , orang J.B pulak ada Kg Melayu Majidee.

Foto atas : Tu dia..nasi putih ulam utk dimakan bersama ikan bakar sambal merah

Foto atas : Kalau korang nak order melalui Food Panda pun beres, bisa diatur!

Tu dia di atas, kalau korang nak makan bubur dan lain-lain ahli keluarga nakkan menu yang lain ada:-
Char Kuey Tiaw, Tomyam Kelapa, Lontong, Nasi Lemak, Lemak cili padi, Asam pedas, Kerang rebus, Kerang sambal, Nasi goreng meredeka, nasi goreng kampung, nasi goreng udang dan pelbagai lagi menu goreng-goreng.

Foto atas : Nak makan bawah bumbung pun boleh, nak makan bawah pepohon pun boleh, berwarna warni lampu kat sini ya..meriah

Ok, tu dia sedikit sebanyak info tentang Bubur Nasi Merdeka, hingga kita bertemu lagi di lain-lain penulisan admin yang disertai oleh krew J2C2. Jangan ketinggalan unutk follow! Cara follow? ikut tips berikut ni 👇

Admin cadangkan korang follow, jangan terlepas nanti melepas! Cara nak follow cam ni –> pergi ke side bar kanan(Home page) –>  golek ke bawah, cari link follow mcm kat bawah dan masukkan email korunk.. selamat mengikuti .. 🙂 Salam PKP 3.0 , #kitajagakita #rakyatjagarakyat adioss amegos!! 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 260