Tempat makan di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah
Tempat makan sedap di Johor Bahru ini iaitu Nabiha dan Zaiton Indah ini merupakan restoran yang menyediakan aneka menu makanan ala thai ( Thai Food ) yang pada hemat penulis di antara makanan thai yang sedap di kalangan seantero restoran-restoran kelas – rumah kedai di Johor Bahru ni. Tempat makan sedap ini juga terletak di satu lokasi berhadapan Jalan Danga iaitu berada dalam lokasi bandar Taman Bukit Indah yang famous dengan Aeon Jusco ketiga terpanjang di Malaysia ; selepas Aeon Bukit Tinggi Selangor dan Aeon Tebrau, Johor Bahru.
Walaupun tempat makan sedap ini berwajah sederhana, namun begitu persekitarannya agak sedap mata memandang. Anda boleh duduk di sini sambil menjamu mata melihat pemandangan kereta yang lalu lalang di hadapan restoran dan keindahan perabot jati di sebelahnya….Ahakkss..
Tiada pemandangan sejauh memandang seperti restoran tepi bendang ya..tapi yang pentingnya kalau korang se -family baru balik dari Legoland dan menginap di homestay di Bukit Indah dan atau hotel – motel di sini, pastinya perut masing-masing kan berkeroncong kan…? Apa-apa pun tempat makan yang terletak di pusat bandar Bukit Indah ini cuma 10 minit sahaja memandu dan dekat Legoland Malaysia. Ia juga terletak 15 minit memandu ke Hello Kitty di tepi Puteri Harbour ( Legoland ke Hello Kitty Theme Park pula cuma 5 minit memandu)
Tempat makan sedap di Johor Bahru ini menyediakan ruang makan , kerusi dan meja untuk para pelanggan seperti anda yang di letakkan di pinggiran jalan ( lot parking ) dan cuma terletak 200m dari stesyen minyak Petronas.
Foto atas : Ikan kembung besar masak 3 rasa , ikannya lembut dan masih baru lagi
Jadi pastinya menu ala Thai yang sedap dapat menenangkan perut anda yang lapar. Maklumlah di Legoland pastinya seharian melakukan aktiviti hiburan fizikal kan…? :-) ( pada masa penulisan ini masih tersedap di seantero Bandar Bukit Indah :-D )
Foto atas : Api masih menyala di bawah periuk Tomyam dan saiz udangnya yang agak besar ( pada masa penulisan )
Skala kesedapan J2C2 masakan di sini : 4 star
Filed under: Bandar Bukit Indah, Johor Bahru, Taman Bukit Indah, tempat makan Tagged: dekat Legoland, Johor Bahru, kedai, menu, restoran, sedap, Taman Bukit Indah, tempat makan best, Thai Food
