Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

35 tempat menarik di Chiangmai : Tips dan Lokasi Mesti Singgah

$
0
0
Foto atas : The Night Bazaar, Chiang Mai

Nak tau 35 tempat menarik kat Chiangmai? Kali ni dan post post yang seterusnya admin akan bawa korang melancong ke Chiangmai dan pastinya korang nak tau lokasi-lokasi best dan tempat makan best kat Chiangmai sana kan?

Korang tau tak Chiangmai kat mana? Mesti selalu dengarkan? Orait kali ni admin nak ceritakan perjalanan admin dan krew J2C2 ke Chiang Mai , Thailand .

 

Foto atas : The Night Bazaar, yang korang dapati terletak di tengah bandar Chiang Mai dan berhampiran Duangtawan Hotel dan Movenpick Hotel Chiang Mai. 

   Terletak di hadapan Loi Khor Road iaitu salah satu jalan utama di Chiang Mai. Berbeza dengan pasar-pasar malam di Malaysia, bazaar ni memang nampak ciri-ciri Siam dari segi penampilan dan dekorasi produk yang dijual. Barangan dan produk yang dijual kebanyakannya otentik Thai. Dari segi design, rekabentuk, corak dan patternnya memang unik. Berwarna-warni. Itulah perbezaan yang menyebabkan pelancong asing amat menggemari untuk melancong ke Thailand dan Chiang Mai khususnya.

Jauh perjalananan luas pemandangan, kata kata orang bijak pandai. Memang benar kenyataan tu. Sebelum ni admin memang tak pernah ceritakan pasal perjalanan admin ke luar negara dlm Asia. Sebabnya admin fokuskan blog ni untuk sketsa perjalanan dalam negara ajer..  🙂

Di bawah ni admin gariskan tempat-tempat menarik untuk beli-belah dan tempat makan best di chiangmai yang admin dah pergi kat sana

1. Nimmanhaemin Road
2. San Kamphaeng Road
3. Warorot Market
4. Catmosphere Cafe
5. The Night Bazaar (Loi Khor Road)
6. Thapae Gate Night Market / Walking Street
7. Saturday Market (Wua Lai)
8. Pasar Malam Kalare
9. Pasar Malam Anusarn
10. Mae Sai Market

Tanpa berlengah lagi mari kita mulakan perjalanan ke Chiang Mai. Di sini admin juga akan dedahkan tips-tips perjalanan ke sana ya.

Kami tiba di KLIA2 pada lebih kurang pukul 1.30 tengah malam. Tempat meletak kenderaan di Blok A, Level CP4 yang bersambung dengan  bangunan  terminal utama KLIA2. Memang mudah, parking di tingkat 4 dan turun ke aras Departure Hall.

 

Jangan terlepas posting pasal tempat ni lagi di masa akan datang…follow ye jangan tak follow, macamana nak follow J2C2 ni, isi kan borang ikut cara kat bawah ni ya..

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com



 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Trending Articles