Foto atas : Tempat menarik di Johor Bahru ni memang Syok! Zoo yang paling tua dan dikira otai ( old timer) kepada semua zoo-zoo yang ada di Malaysia ini juga menampilkan haiwan tenuk yang cool bro! Tenuk atau juga dengan panggilan nama lain tapir ini kalau tengok foto di atas sedang bersantai – santai bersama sanak saudaranya di dalam kubikel ( cubicle).
Almaklumlah waktu tersebut sedang menghampiri waktu zohor, lebih kurang 12++ jadi kepada hamba Allah ini mungkin sedang berzikir sambil menunaikan “kaliulah” . Huhu, eh nampak sinis, tapi mungkin bukan gurauan ya, semua haiwan dan hamba hamba Allah berzikir dalam cara yang kita ni manusia yang lemah tak dapat fahami ( cannot fathom).
Jadi binatang yang unik kalau korang nak tau antara spesis yang dilindungi oleh PERHILITAN kerana merupakan spesis yang hampir pupus ya. Maka sayangilah Tapir anda !! Tapirus indicus, Malayan tapir, Asian tapir, Oriental tapir,Indian tapir, Tenuk yang menghuni zoo paling otai di Malaysia ni juga dikenali dengan saintifiknya Tapirus indicus, atau dengan pelbagai nama lokal iaitu Malayan tapir, dan nama glokalnya juga pelbagai seperti Asian tapir, Oriental tapir dan Indian tapir. Korang tau nama lain tak bagi spesis unggul ni?
Tips Jalan-jalan Cuti-cuti: Bagi menyusun itinerari anda bila melancong atau makan angin ke Johor Bahru beserta Nusajaya/Iskandar Puteri admin cadangkan korang letakkan Zoo Johor lokasi yang pertama sekali dikunjungi pada hari yang tersebut, kemudian baru ke Masjid Sultan Abu Bakar di mana korang boleh menunaikan ibadah Zuhur pada tengaharinya di sana. Ini adalah kerana semakin tinggi hari semakin ramai orang yang mengunjungi zoo ini.
Pastikan korang sentiasa mengikuti blog Jalan-jalan, Cuti-cuti ni yer…
Tips Jalan-jalan Cuti-cuti: Buat korang yang mempunyai itinerari tempat-tempat menarik di Johor Bahru anda bila melancong atau makan angin ke Johor Bahru – Nusajaya/Iskandar Puteri, admin cadangkan jangan terlupa atau miss out Zoo Johor sebagai salah satu lokasi atau destinasi yang patut diziarahi. Di samping itu Masjid Sultan Abu Bakar sebuah bangunan bersejarah juga perlu anda letakkan ke dalam agenda lawatan
Pastikan korang sentiasa mengikuti blog Jalan-jalan, Cuti-cuti ni yer…
… pastikan korang daftar sebagai follower blog J2C2 untuk dapatkan info-info terkini . Setiap blog yang admin tuliskan akan dimaklumkan melalui email anda. Macam mana nak follow, ikut cara-cara di bawah.