Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 266

Cari Patin masak gulai tempoyak ? : RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di Segamat

$
0
0

Cari Patin masak gulai tempoyak ? : RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di Segamat

RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di Kluang

Anda peminat gulai tempoyak terutamanya ikan patin? Meh baca lagi. RZ Restoran  ini mempunyai lokasi strategik terletak di tengah pusat bandar Segamat. Terletak di kawasan komersil kedai-kedai pejabat yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan warga luar tempat makan best dengan menu makan tengahari yang best ni juga mudah untuk dikesampaikan. Min dan Krew Jalan-jalan Cuti-cuti ( J2C2 ) menginap di Hotel VIP, Segamat  dan untuk ke sini tak jauh pun, santai-santai bawak kereta dah pun sampai.

Merupakan tempat makan yang paling  best untuk menikmati  gulai  tempoyak ikan patin, dan ramai pelanggan pelanggan menyatakan rasanya hampir sama dengan resepi ori gulai tempoyak patin Temerloh.  Ingredien atau perencah perencah asal untuk gulai tempoyak ni otentik 100% bahan asli iaitu tidak menggunakan Ajinomoto, tak seperti penyediaan kedai-kedai makan lain yang banyak menggunakan perencah imitasi atau tiruan seperti Ajinomoto, perencah kiub ayam/ikan bilis/sotong.

RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di KluangFoto atas : Patin tempoyak yang panas-panas siap sedia untuk dicedok ke dalam mangkuk sebaik sahaja pelanggan-pelanggan buat order.

Kebersihan : *****

Akan bersambung lagi di psot akan datang berkenaan cerita tempat makan best ni iaitu RZ Restoran, Segamat, pastikan korang semua tak terlepas nanti melepas, ahakksss . Cara bagaimana tak terlepas? Ikut panduan di bawah, iaitu FOLLOW!

Follow ye jangan tak follow, macamana nak follow J2C2 ni, isi kan borang macam kat bawah ni

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Adioss amigoes!..Assalamualaikum wbt dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan khusyuk ! Malam kita terawih semoga bertambah tambah keberkatannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 266