Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 261

Tempat menarik di Johor Bahru : JB Bazaar a.k.a JB Bazz

$
0
0

Tempat menarik di Johor Bahru : JB Bazaar a.k.a JB Bazz

jb-bazaar-homestay-lego

Tempat menarik di Johor Bahru ini iaitu JB Bazaar ataupun sinonim dengan panggilan penduduk tempatan atau orang JB – dengan jolokan “JB Bazz” terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru. Lokasinya yang amat strategik membolehkan anda meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan trus, Jalan Dobi, jalan Wong Ah Fook , Jalan Segget dan Jalan Tan Hiok Nee dan berjalan kaki ke sana.

jb-bazaar-homestay-lego

Menarik mengenai sejarah JB Bazz ini bermula apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru mendapati pusat bandar Johor bahru menjadi lengang dan sepi pada waktu malamnya semenjak CIQ atau Kompleks Imigresen Tanjung Puteri yang baru dibuka kepada lalu lintas beberapa tahun yang lalu.

jb-bazaar-homestay-lego

Pusat bandar yang menarik ini menjadi persinggahan bagi mereka yang berulang -alik bekerja di Singapura dan menetap di taman -taman perumahan sekitar Johor Bahru sebelum itu. Dengan pembinaan lebuhraya baru dan Kompleks Imigresen, lalu lintas kenderaan di halakan keluar lebih kurang 5km dari pusat bandar. Jadi, bagi mereka yang ingin ke pusat bandar terpaksa berpatah balik masuk melalui Lebuhraya Tebrau dan ini menyebabkan masa terbuang selama 5-10 minit .

jb-bazaar-homestay-legoFoto: Pelbagai peralatan tradisional budaya bangsa Mala

Para peniaga-peniaga di pusat bandar telah mengadu hal ini kepada pihak Majlis Bandaraya dan satu usaha dibuat merancakkan lagi aktivit malam di pusat bandar .Idea  untuk mewujudkan JB Bazz tercetus dan akhirnya idea ini membuahkan hasil .

jb-bazaar-homestay-lego

Pusat bandar JB kembali menjadi ceria dan ria pada waktu malam dengan adanya JB Bazz dan kedai-kedai yang dahulunya tiada penyewa kini telah mempunyai penyewa-penyewanya . Contohnya terdapat pelbagi restoran dan cafe-cafe yang mengisi lot-lot kedai yang dahulunya kosong tiada penyewa.

jb-bazaar-homestay-legoFoto di atas: Alat senjata api kuno Melayu yang berupa seperti replika Pemuras( senapang) atau Terakol ( pistol yang digunakan semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka dan semasa peperangan melawan Portugis tahun 1511 dan sebelumnya)

Tempat menarik untuk ” street shopping ”  atau night bazaar ini di buka dari pukul 6 petang hinggalah ke awal pagi setiap hari. Untuk tujuan itu jalan-jalan di atas di tutup kepada trafik . Di sini korang akan dapati pelbagai jenis aneka barangan dan komoditi yang dijual dari barangan “second-hand” seperti kasut dan barangan kulit hinggalah ke barangan antik, “rustik ” dan pelbagai lagi koleksi barangan lama. Lain-lain barangan yang terdapat di sini

jb-bazaar-homestay- lego-chaiwalla C0 CAFEDi atas : Cafe kontena Chaiwalla Cafe and Co yang terletak di tengah-tengah JB Bazaar


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, tempat yang menarik Tagged: homestay, JB Bazaar, lego, night market, shopping, street, street bazaar, tempat menarik di Johor Bahru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 261