Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

$
0
0

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Restoran Terapung Pendas merupakan satu-satunya restoran yang kalau korang dan amati di atas tengok memang benar-benar terapung di atas air dan terletak di atas pantai apabila air surut.

 

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

 

 

Foto atas : Oleh kerana ia benar terapung, jeti yang menghubungkan restoran dengan tebing pantai akan terletak di atas permukaan pantai dan kembali terapung bila air pasang

Restoran Terapung Pendas ini memang berbeza dengan lain-lain restoran yang dikatakan terapung kerana ia dibina di atas platform-platform yang diapungkan oleh pontoon-pontoon (tong plastik besar) yang terapung.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan restoran-restoran seafood yang lain di Johor Bahru dibina di atas tiang-tiang atau column yang dibina di dalam air termasuklah restoran-restoran seafood yang terdapat di Senibong, Johor Bahru.[link senibong seafood]

makan-best-johor-bahru66

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Restoran seafood Terapung Pendas ini memang menjanjikan anda sekeluarga kelainan dan pengalaman menikmati hidangan seafood di atas restoran yang benar-benar terapung. Itu kalau makan dengan keluarga kalau makan dengan kawan-kawan dan sahabat handai memang boleh jadi riuh restoran lah korang dibuatnya.

Tempat makan best di Johor Bahru ini iaitu Restoran Terapung Pendas ini memang unik kerana ia memberikan anda pengalaman menikmati hidangan seafood dan pada masa yang sama menyajikan anda sekeluarga satu pemandangan muara yang dihiasi dengan landskap pokok – pokok bakau yang amat indah. Bertambah-tambah indah lagi kerana sudut pandangan atau pemandangan indah ini dilihat pada aras permukaan air laut muara Sungai Pendas.

Satu lagi keunikan tempat makan best seafood di daerah Johor Bahru ini ialah aras ketinggian restoran ini berubah-ubah mengikut paras air pasang dan paras air surut sungai atau muara sungai ini.

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

 

Foto atas : Di sinilah anda dapat memerhatikan hidupan paya bakau alam semula jadi  “live”  seperti ikan tembakul berjalan-jalan di bawah mata anda

Tempat makan best di Johor Bahru ini yang lokasinya terletak di muara Sungai Pendas bukan sahaja memberikan pengalaman unik kepada anak-anak kecil anda, malah kepada orang dewasa juga kerana amat sukar untuk ditemui satu pengalaman menarik memerhatikan flora dan fauna di atas permukaan pantai paya bakau ketika air sedang surut dan paya lumpur muncul.

 

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

 

Foto atas : Anda dan keluarga takkan jumpa ikan tembakul atau “mudskipper” berjalan cuma 3 kaki di bawah anda di tempat makan best seafood lain! Foto diambil tanpa menggunakan alat Zoom Kamera

Di sini pastinya anak-anak anda akan menjerit keseronokan apabila melihat ikan-ikan tembakul atau “mudskipper” berjalan-jalan di atas permukaan lumpur betul-betul di bawah mata mereka. Selain itu anda juga akan temui siput-siput laut paya bakau bergerak perlahan-lahan di atas lumpur paya. Juga boleh ditemui lumut-lumut dan rumpai laut kehijau-hijauan dan hidupan laut ketika air surut.

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

 

Foto atas : Siput paya bakau yang bergerak perlahan di atas lumpur

Ok sekarang kita dah tahu keunikan dan kenapa anda tidak boleh melepaskan peluang datang ke sini jika alang-alang dah berada atau berkunjung ke Legoland [link Lego] atau Hello Kitty [link] di Puteri Harbour . Lokasi tempat makan best di Johor Bahru ini adalah lebih kurang 30-45 minit perjalanan dari tempat-tempat tarikan [map to pendas] di atas.

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

 

Foto atas : Rumpai laut hijau yang berasal dari lokasi kawasan perlindungan rumpai laut Selat Johor yang berhampiran

 

Dan pemandangan laluan ke sini juga tidak kurang menariknya kerana melalui jalanraya kampung yang damai dan permai.[foto kolam udang]

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas

Foto atas : Surau yang terletak di atas Restoran Terapung Pendas juga merupakan kelainan berbanding tempat makan best seafood yang lain di Johor Bahru.

Ok, itu dia serba sedikit tentang persekitaran tempat makan best di Johor Bahru, Restoran Terapung Pendas yang terletak di muara Sungai Pendas . Sungai Pendas ini pula mengalir ke dalam Selat Johor di mana terletaknya Danga Bay dan Bandaraya  Johor Bahru di sebelah timur Selat Johor . Hello Kitty , Puteri Harbour ,Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Jambatan Second Link Tuas pula di  sebelah barat muara Sungai Pendas ini.

Bagi anda yang ingin berhibur ke Legoland dan Hello Kitty dan menginap di homestay atau hotel-motel di bandar Taman Bukit Indah lokasi tempat makan ini tidak berapa jauh dari sini

Bersambung…


Filed under: Gelang patah, gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor Bahru, Tempat makan Tagged: alam semula jadi, best, fauna, flora, Hello Kitty, Legoland, lokasi, Restoran Terapung Pendas, Tempat makan best Johor Bahru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260