Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas ( Part 2 )

$
0
0

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas Part 2

Homestay guest house near Legoland and Restoran Sungai Pendas Nusajaya

 

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas.  Ok, pada post yang lepas admin dah bawa anda sekalian tinjau-tinjau keunikan restoran ni.  Di mana pemandangan di persekitarannya dan flora  fauna yang memang agak berbeza berbanding dengan lain-lain restoran yang terletak di atas air atau muara sungai.

Hotel di Kota Iskandar, homestay, Legoland Malaysia, Foto atas : Pemandangan ke Pendas akan melalui Pekan Koboi Gelang Patah

Tempat makan best di Johor Bahru  ini berlokasi di:-
Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pendas Laut, 81560 Gelang Patah, Johor ( 30 minit ke Legoland Malaysia )

Bandar Taman Bukit Indah pula terletak 37 minit dari restoran ini ya, walaupun begitu, jika anda berkereta ke sini pemandangan pastinya menarik dan tak membosankan kerana anda akan mengalami perubahan pemandangan dari bandar , kepada taman tema, melalui pekan kecil ala koboi iaitu pekan Koboi Gelang Patah, melalui kampung-kampung di sekitar Pendas dan akhirnya sampai ke muara sungai ( Sungai Pendas )

 Homestay guest house near Legoland and Restoran Sungai Pendas , Tanjung Kupang,NusajayaFoto atas : Di sinilah Jalan Pendas berakhir, di hadapan muara Sungai Pendas yang indah, dan berhampiran Laut Selat Johor, berhadapankan negara Singapura. Menarik sungguh!

Tempat makan best di Johor Bahru ini iaitu Restoran Terapung Pendas ini mempunyai lokasi yang unik iaitu terletak di  penghujung sekali di mana Jalan Pendas berakhir, dan memang jalan Pendas terhenti dan berakhir dengan muara Sungai Pendas di situ.

Selain itu dari segi sejarah negara dan antarabangsa yang paling menarik serta menggemparkan di mukim Tanjung Kupang  di satu masa dahulu kira-kira 5 km dari lokasi restoran inilah pernah berlakunya satu tragedi yang sedih dan menyayat hati…

homestay-tanjung-kupangFoto atas : Keratan akhbar peristiwa kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang, kredit kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia

Di Tanjung Kupang ini lah pada tahun 1977 iaitu 38 tahun yang lepas sebuah kapal terbang milik Malaysia Airline System ( MAS ) meletup di udara dan kemudian jatuh  terhempas dan mengorbankan Menteri Pertanian Malaysia pada masa itu iaitu Allahyarham Datuk Seri Ali Haji Ahmad yang namanya kini diabadikan di sebuah sekolah di Pontian yang juga dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Ali Haji Ahmad (bersebelahan Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Barat, Pontian)

Jadi jika anda berpeluang ke sini atau memang ke sini untuk menikmati makanan laut atau seafood di atas restoran yang terapung, tempat ini memang pernah famous sekejap satu masa dahulu.

Ok, sekarang kita pergi ke topik sebenar post pada kali ni ya..

Tempat makan best di Johor Bahru atau nama orang putihnya “Pendas Floating Restaurant” pada kali kali ini admin nak bawa anda pula menjengah  apa pula yang di tawarkan oleh   Restoran Terapung Pendas yang terletak di muara Sungai Pendas ini.

Homestay guest house near Legoland and Restoran Sungai Pendas NusajayaFoto atas : Restoran Terapung Pendas ini menawarkan anda menu makanan laut seafood  dan juga nasi lemak special yang dihidangkan bersama-sama dengan menu lauk pauk seafood ya sebagaimana cover page menu di atas

Homestay guest house near Legoland and Restoran Sungai Pendas , Tanjung Kupang,NusajayaTempat makan best di Johor Bahru ni sebagaimana foto di atas ya. Tu dia menu Udang Kipas adalah seperti:-
-Udang kipas sambal telur
-udang kipas sambal telur asin
-udang kipas goreng telur asin
-udang kipas black pepper
-udang kipas kukus
-udang kipas goreng kunyit

Bersambung next… on Restoran Terapung Pendas, map how to go, sambungan menu makan, persekitaran lokasi yang menarik dll…..

Tips J2c2 : Bagi anda yang ingin berhibur ke Legoland dan Hello Kitty dan menginap di homestay atau hotel-motel di bandar Taman Bukit Indah lokasi tempat makan ini tidak berapa jauh dari sini lebih kurang 20-35 minit perjalanan sahaja ye :-)

 

 

 


Filed under: Johor Bahru, Tempat makan Tagged: Bandar Taman Bukit Indah, homestay, Legoland Malaysia, Pendas Floating Restaurant, Restoran Terapung Pendas, sejarah, Tanjung Kupang, Tempat makan best di Johor Bahru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Trending Articles