Tempat Makan di Johor Bahru : Medan Selera Sentosa
Foto atas : Cuba tengok kat atas, brother ni pegang apa? Ya, ‘hailer’ korang pastinya tertarik perhatian dengan brader ni dengan caranya menarik pelanggan datang ke gerainya dan mengawasi pelanggan-pelanggan.Foto atas : Medan Selera, Taman Sentosa ni berhadapan dengan kompleks Pasaraya The Store ( bangunan kat atas tu )
Foto atas : Bubur Nasi Sentosa, antara makanan yang paling popular di sini
Fota atas : Ikan bakar segar, kerang rebus, kerang bakar, kerang sambal . Faveret admin : kerang bakar dengan cicah sambal.
Tempat makan di Taman Sentosa ini merupakan di antara salah satu medan selera yang terletak di hadapan Plaza Sentosa ( Pasaraya The Store ) di jalan susur rumah kedai. Terdapat lebih daripada 20 buah gerai di sini . Antara makanan yang agak popular di sini ialah Bubur Nasi Sentosa. Kalau korang bernasib baik korang juga boleh menikmati persembahan ‘buskers’ di sini . Adakalanya mereka ni buat persembahan di lain-lain tempat
Medan Selera , Taman Sentosa serta alamatnya ialah seperti di bawah ( admin masukkan alamat The Store kerana ia berhadapan dengan tempat tu ) ini ialah sebagaimana berikut:
The Store
Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Cara nak ke sana pula sebagaimana di bawah petanya (Google maps)
Ok, itulah dkisahnya, kalau nak makan , datanglah ke sini ya!
Filed under: gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor, Johor Bahru, Tempat makan Tagged: bubur nasi sentosa, medan selera sentosa, Tempat makan best di Johor Bahru
