Tempat menarik di Johor Bahru : Petrosains dalam Perpustakaan Negeri Johor
Tempat menarik di Johor Bahru ni iaitu Petrosains , Discovery Center ramai yang agak terkejut sedikit bila dikatakan di bandar Johor Bahru ni ada Petrosains. Biasanya Petrosains ni hanya boleh ditemui di Menara Berkembar KLCC, Petronas. Walau macam mana pun saiznya adalah kecil berpuluh kali ganda berbanding dengan yang terdapat di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Terletak di dalam bangunan Perpustakaan Awam Negeri di Jalan Yahya Awal, bandaraya Johor Bahru, Petrosains di sini tak juga kurang menariknya. Kalau admin ke sini memang dah jadi kebiasaan menemui rombongan murid-murid sekolah serta guru mereka dalam program lawatan sambil belajar.
Lokasinya yang terletak juga di tengah pusat bandar ( berhadapan dengan bagunan pentadbiran Tenaga Nasional Berhad TNB memudahkan para pengunjung datang ke sini .
Ok mari kita tengok peta atau ma bagaimana nak ke Petrosains, Discovery Centre, Johor Bahru ni ye :
Dan jangan lupa Legoland Malaysia pula cuma 25 minit ke sini. Jangan lupa singgah di sini bawa anak-anak berhibur sama mendidik mereka..Adioss!
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Legoland Malaysia Tagged: Jalan Kolam AIr, Jalan Yahya Awal, Johor, Johor Bahru, Legoland Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri, Petrosains, tempat menarik
