Menarik di Johor : Johor Air Carnival, Dataran Kota Iskandar 9-11 October 2015
Menarik di Johor pada hujung minggu ini , iaitu pada Jumaat hingga Ahad 9 hingga 11 Oktober 2015 ini ialah Johor Air Carnival atau Karnival Udara Johor yang akan diadakan di Dataran Kota Iskandar ( bersebelahan taman tema “indoor” Hello Kitty dan dekat Puteri Harbour Waterfront.
Foto atas : Puteri Harbour Waterfront, boleh santai-santai berjalan kat tepi waterfront sambil tengok kapal-kapal layar berlabuh, macam jenis ada besar kecil, dari Mediteranean, Eropah, South Africa, America dari seluruh dunia. Dengan Kota Iskandar pun 5 minit memandu.
Jadi jika anda sedang bercuti dekat Legoland ( 2-3 minit berkereta sahaja ke tapak karnival), jangan lepaskan peluang untuk turut heboh di sini . Antara acara-acara yang diadakan di sini ialah seperti :-
1. Belon udara panas
2. Parachut ( payung terjun)
3.Aeromedelling
4.Paramotor ( Payung terjun bermotor)
5.Skydive (terjun udara)
6.Parajump
7.Joyride helikopter
Selain itu di tapak karnival juga didirikan khemah-khemah jualan yang pelbagai jenis aneka barangan dan produk
Menarik dan Acara Utama
Yang paling menarik dan jangan lepaskan peluang bersama keluarga ini ialah pertunjukkan akrobatik udara yang dilakukan oleh ahli-ahli persatuan Paragliding Akrobatik Profesional dari New Zealand dan Eropah. Jadi korang dan keluarga akan dapati yang sukan udara ini sebenarnya adalah satu sukan yang selamat dengan syarat ia dilaksanakan dengan latihan yang mencukupi dan mestilah dijalankan oleh ahli-ahli yang berpengalaman luas dan profesional.
Dataran Kota Iskandar di mana Karnival Johor akan diadakan.
Bagi anda yang datang dari jauh dan mahu menginap, bolehlah mencari penginapan seperti hotel atau pun homestay di sekitar bandar Bukit Indah, Nusajaya, bandar paling lengkap dengan kemudahan di Nusajaya.
Dan alang-alang dah berada di Johor bahru dan Nusajaya apakata korang sekeluarga explore tempat menarik kat Johor Bahru dan pastinya bila jalan-jalan mesti nak makan-makan betul tak? Klik sini untuk tempat makan di JB
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Kota Iskandar, Legoland Malaysia, Puteri Harbour Tagged: Dataran Kota Iskandar 9-11 October 2015, dekat, Hello Kitty, Johor Air Carnival, JPO, Karnival Udara Johor, Legoland, Menarik di Johor, Puteri harbour Waterfront
