Tempat Makan Best di Johor Bahru : Dell’s Kitchen, Danga Bay
Foto atas : Interior Dekorasi yang menarik bertemakan English dan warna putih
Tempat Makan Best di Johor Bahru ni iaitu Dell’s Kitchen merupakan sebuah cafe yang menyediakan pelbagai jenis menu tempatan dan western. Di antara menu tradisional Melayu yang paling famous sekali dan korang akan rasakan signifikan ialah LAKSA JOHOR. Jadi pada korang yang datang dari luar negeri (ahakss luar negeri, bukan luar negara ya) atau bukan asal usul lahir di Johor, MEH lah rasa LAKSA JOHOR otentik!! (authentic gitu dalam bahasa baku Inggeris.. )
Foto : Bagi sesape yang suka menikmati pencuci mulut ( mouth wash (listerine) yer.. jika direct translation..opps Dessert yang betul…) Di sini disediakan pencuci mulut local dan western.
Foto atas : Di ambang perpindahan lokasi
Oh ya, admin nak bagitau anda semua Dell’s Kitchen akan berpindah di mana alamat lama ( seperti di bawah )
No 2, Jalan Tudor Drive, 80200 Johor Bahru.
Foto atas : Lokai baru Dell’s Kitchen, romantik dan cozy .Ehsan Dell’s FB
Ya lokasinya, di Danga Bay, rumah sesebuah yang cantik ala-ala English house ya..
Ok tu dia, sedikit sebanyak tentang tempat makan best kat Johor bahru ni, cozy dan romantik, sesuai untuk couple, keluarga pun ok dan yang bestnya cuma 20 minit dari Legoland Malaysia dan 10 minit dari bandar Taman Bukit Indah bandar satelit Legoland Malaysia .
Jadi jika anda menginap di Bandar Bukit Indah tak kira lah sama ada di homestay atau hotel di sana , moh le (orang Perak ), meh kita ( orang zon Tengah ) , yok ( orang Batu Pahat Johor) datang ke sini bersama keluarga !!
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor, Johor Bahru, Legoland Malaysia, Taman Bukit Indah, Tempat makan Tagged: Bandar Bukit Indah, Danga Bay, Dell's Kitchen, Legoland Malaysia, Tempat makan best di Johor Bahru
