Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat Makan Best di Johor Bahru : Restoran Zz Sup Tulang

$
0
0

Tempat Makan Best kat Johor Bahru ,Meh ke Restoran Zz Sup Tulang : Mai tengok yang best

 

ZZ sup tulang :Tempat makan JB

Tempat Makan Best di Johor Bahru : Restoran Zz Sup Tulang ini merupakan salah satu tempat makan best di Johor Bahru yang telah lama menjalankan perniagaannya.
Boleh dikatakan tak kurang dari 15 tahun restoran ini telah wujud di tapaknya sekarang .Menu yang paling famous sekali ialah mee rebus tulang (tulang lembu), mee rebus ayam dan lain-lain jenis aneka masakan menu mee .
Tempat makan best di Johor Bahru ni beroperasi dari pagi hinggalah ke pkl 10 malam, jadi anda boleh dapati di sini dihidangkan sarapan pagi, makan tengahari dan macam biasa aneka jenis nasi dan mee goreng-goreng pada waktu malamnya.
Menu terfamousnya iaitu Mee Rebus Tulang dihidangkan sepanjang masa ( kecuali jika korang nasib tak baik mungkin ada masanya mee rebus tulang ni “sold-out”. Kekadang berlaku “sold-out” jika rombongan satu atau dua bas datang “menggempur” restoran ni.
Mana lagi nak cari Mee Rebus Tulang kat Johor Bahru ni kalau tak di ZZ Sup Tulang ?
Bagi korang yang datang dari jauh seperti dari pantai utara atau pantai timur, baik dari tengah macam K.L, N.S atau Melaka, jangan khuatir dan jangan risau kerana tempat makan best ni ini dibuka setiap hari.  Jika kebetulan datang ke Johor Bahru, sinilah destinasi anda . Jika korang nak datang , restoran tetap dibuka anytime  dari 7.00 pagi  hingga 2.00 pagi.
Lokasinya terletak di tengah-tengah bandaraya Johor bahru menjadikan ia mudah dikunjungi . Pelanggan-pelanggan tetap yang datang ke sini biasanya akan memesan mee rebus  yang famous dan makan sambil menikmati suasana aman dan damai menikmati makananan di bawah pohon-pohon pokok. Bunyi sang riang-riang juga menambahkan lagi keseronokan menikmati hidangan di bawah pondok-pondok yang beratapkan rumbia kat sini.

Suasana di sini juga amat mendamailan, menyenangkan dan menyegarkan. Kadang-kadang jika bernasib baik korang akan dapat rezeki mee rebus tulang yang hampir sebesar gear-box.

Tips macam mana nak ke Zz Sup Tulang ni?
Mari tengok Google maps , Google lah! ( next on ZZ..dimana?)

Berpandukan kepada google maps di atas, nak ke sini memang mudah, lokasinya juga bersebelahan dengan bangunan Yayasan Warisan Johor. Bangunan yayasan ni juga menempatkan galeri dan balai pameran yang berkaitan dengan warisan atau pun “heritage” bangsa Johor ( bangsa johor JDT …yang memang agak famous di war-warkan sekarang ni…  “ Luaskan kuasaMu”…..ahakss… :)

Makan kat tempat best, di johor bahru dan lepas tu apakata korang bawa family meninjau-ninjau , sejarah dan warisan bangsa johor di bangunan Yayasan Warisan Johor di sebelah ye…banyak manfaatnya ..dan dapat mendidik anak-anak tentang warisan bangsa ..bukan sahaja Johor tetapi juga Malaysia ..sebabnya pemimpin kemerdekaan Malaya datangnya dari johor..yakni Dato’ Onn bin Jaafar
Tips menarik ZZ Sup Tulang:
Anda boleh pilih sama ada nak duduk bersila, berlunjur, bertongkat … di bawah pondok-pondok yang beratapkan rumbia ni  atau pun duduk di atas kerusi. Nah pilihlah ikut kesukaan korang, jangan makan mencangkung sudahlahhh…ahaksss ?

Kita ringkaskan info penting ZZ Sup Tulang berikut:

Alamat: Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru .Waktu operasi : 7.00 pagi  hingga 2.00 pagi.

Bersambung ..lokasi di mana?


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Tempat makan Tagged: best, Johor Bahru, Meh ke Restoran Zz Sup Tulang, tempat makan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260