Tempat minum dan makan best di Johor Bahru : Sejarah bermula Chaiwala
Foto atas : Dua rakan sekolah menengah yang memulakan perniagaan ini
Tempat minum best di Johor Bahru ni iaitu Chaiwala ni mempunyai latar belakang lokasi yang amat menarik iaitu berhampiran Rumah Merah di Jalan Tan Hiok Nee yang menjadi satu pusat kebudayaan bagi masyarakat Tiong Hua dan paling utama di sinilah lokasinya JB Bazaar ( night market )
Foto atas : Tak jauh dari rumah kedai merah inilah terletaknya Chaiwala Cafe.
Sejarah Chaiwala Cafe ini bermula apabila dua rakan lama di sekolah menengah memulakan rancangan “joint – venture” . Nurul Hakim Putra dan Abdul Razak Misan adalah pemilik bagi cafe ini.
Foto atas : Petugas gadis manis ini sedia mengambil pesanan anda dengan senyuman…ahaksss :)
Nurul Hakim dahulunya merupakan kapten sebuah kapal “offshore” yang mempunyai pengalaman mengembara ke pelosok dunia mendapat idea ini ketika berada di Christchurch, New Zealand.
Jadi , dari mana pula datangnya nama Chaiwala ni? Idea nama untuk kafe ini diperolehi ketika menonton filem “Slum – Dog Millionaire” yang pernah memenangi anugerah antarabangsa satu masa dahulu.
Bersambung lagi…tunggu… :)
Filed under: Johor, Johor Bahru, Tempat makan, tempat makan Tagged: cafe, chaiwalla cafe, Johor Bahru, makan, Tempat minum best di Johor Bahru
