Tempat makan dan minum di Melaka :Pulau Sebang, Alor Gajah
Foto atas : Tu dia gerai Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau Sebang
Tempat makan dan minum di Melaka ni iaitu gerai Cendol Pulau Sebang sebenarnya bukanlah pulau melainkan sebuah nama tempat yang terletak tidak jauh dari Exit Alor Gajah (Lebuhraya Utara Selatan) dan juga tak jauh dari A’ Famosa Resort yg terkenal itu.
Foto atas : Labu goreng yang admin terlepas… :(
Gerai atau tempat makan ini terletak di pinggir jalan menuju ke pekan Alor Gajah dan dihiasi dengan pemandangan kampung yang amat menarik dan menyegarkan mata, hilang keletihan dan kelesuan admin memandu. Maklumlah memandu melalui jalan biasa dari Segamat semenjak pukul 12.30 petang hari tersebut.
Ok, apa yang dihidangkan di sini ? Antara menu yang dihidangkan di sini ialah seperti laksa utara, mee kari, tahu sumbat, mee tiaw, bihun sup, goreng pisang dan bermacam lagi goreng bertepung yang dihidangkan di sini. Dan tak terkecuali labu goreng yang admin dan krew Jalan2cuti2 tak pernah ketemu di tempat-tempat lain. Malang tidak berbau, ketika admin dan Krew J2C2 sampai ke sini , labu goreng dah pun “sold out”
Gerai Cendol Pulau Sebang ini sebenarnya famous dengan pengguna jalanraya dan penduduk tempatan dan mereka menghidangkan menu cendol seperti berikut :-
-cendol kacang
-cendol jagung
-cendol tapai
-cendol pulut
Foto atas : Lepas makan cendol admin berlari-lari ke sini untuk ambil “shot” pemandangan bebiri ni yang entah ke mana nak balik. Bijak betul biri-biri Melaka ni , tak perlu ada penjaga
Sambil makan dan minum di sini admin dan Krew jalan2cuti2 dapat menikmati pemandangan kampung yang indah menarik dan permai, sementelahan lagi kawasan luar bandar di Melaka memang terkenal dengan keindahan alam sekitarnya yang berbukit bukau. Kebetulan pula terdapat sekawan kambing biri-biri yang dalam perjalanan ke suatu tempat, mungkin nak balik ke kandang masing –masing lah agaknya. Jadi admin tak lepaskan peluang untuk menangkap sekeping dua gambar biri-biri ni ya.
Foto atas : Pokok apa di atas tu? Buat kali pertamanya admin menemui pokok Avocado yang tengah berbuah :-) , pokok Avocado Pulau Sebang, Melaka ! Juga berhampiran gerai cendol Pulau Sebang
Foto atas : Pokok Avocado ni juga terletak di parking bersebelahan gerai ni ya.
Foto atas : Parking tepi jalan pun ok juga, sebab jalan kampung ni tak berapa sibuk, tapi awas , ambil perhatian pada lori – lori tanah yang lalu lalang.
Dengan ini berakhirlah kisah tempat makan di Melaka, gerai Cendol Pulau Sebang…
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Melaka, tempat makan Tagged: A'Famosa Resort, Alor Gajah, avocado, gerai Cendol Pulau Sebang, kampung, menarik, minum, pemandangan, tempat makan best Melaka
