Tempat Menarik di Johor Bahru – Tempatan Fest 2016 di Mall of Medini( Legoland Malaysia )
Tempat menarik di Johor Bahru ni iaitu Mall of Medini atau Medini Mall ini merupakan sebuah mall yang mana 90% daripada outlet-outlet jualan yang terletak di sini merupakan restoran-restoran yang fungsinya adalah untuk memberikan kemudahan makan dan minum bagi pengunjung –pengunjung yang datang berhibur ke Legoland.
Mana taknya kerana Medini Mall ini terletak di mulut atau pintu masuk ke Legoland Malaysia, jadi jika datang sini berkereta, parking kereta , kemudian masuklah ke Medini mall .Bagi yang berkeluarga mungkin anda nak bersarapan atau mengisi perut dahulu maka datanglah ke sini .
Tempat menarik di Johor Bahru ni agak menarik kerana di sini management sering mengadakan event-event peringkat nasional dan contohnya pada hujung minggu ini pengurusan Medini Mall melalui Co-Organiser Tempatan Fest akan mengadakan ekspo Tempatan Fest 2016 bermula dari 5 hingga 6 March 2016 ini.
Meh kita tengok gambarfoto yang seterusnya. Seperti kata omputeh “ A picture describe a thousand words” .
Medini Mall boleh terus ke pintu masuk Legoland Malaysia, ikut sahaja papantanda di atas.
Medini Mall dibanjiri orang ramai dan pengunjung Legoland yang mungkin kelaparan dan kehausan.
Medini Mall menganjurkan even-event pada hari-hari tertentu juga turut menerima kunjungan dari Indoor Theme park Hello Kitty Sanrio di Puteri Harbour
Kebanyakan di sini adalah restoran-restoran atau outlet makanan.
Klik sini untuk baca lebih lanjut tentang Medini Mall
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Legoland Malaysia, Medini Mall, Tempat menarik Tagged: Legoland Malaysia, Medini Mall, Tempatan Fest 2016 5-6 March 2016
