Tempat Makan di Johor Bahru – Legoland : Restoran Mak Engku Bandar Taman Bukit Indah
Tempat makan di Johor Bahru dan juga hampir dengan Legoland ini iaitu Restoran Mak Engku ini sebenarnya teletak di Bandar Taman Bukit Indah. Bandar taman perumahan ini yang bercampur komersil yang mengandungi shopping kompleks AEON Bukit Indah , Tesco dan Giant ini juga hanya kira- kira 5 hingga 7 minit memandu ke Legoland Malaysia.
Restoran Mak Engku ini juga menawarkan khidmat catering kepada penduduk penduduk di sekitar Johor Bahru dan juga di Iskandar Puteri ( nama lamanya ialah daerah Nusajaya).
Tu dia tray catering yang bertingkat di dalam restoran Mak Engku, boleh tahan juga menu hidangan tengahari di restoran ni ya.
Foto atas, siap disediakan dengan microwave oven. Jadi pada sesiapa yang nak memanaskan lauk bolehlah gunakan peranti ini . awas perhatikan mangkuk pingan yang anda gunakan ( pastinya ia dari jenis unutk microwave )
Macam-macam jenis lauk pauk ada di sini ya. Asam pedas, siput sedut lemak bercili, sambal terung , masak lemak cili api dan bermacam jenis lagi ya.
Lokasinya terletak di Jalan Indah 25/16 , Taman Bukit Indah, Johor Bahru / Iskandar Puteri ( Nusajaya ) – 5-7 minit dari Legoland Malaysia.
Juga lokasi Kedai Mak Engku ini juga hanya 3 minit memandu atau 1km sahaja dari Aeon Bukit Indah Mall
Jadi pada anda yang menginap di homestay, hotel atau guest house berhampiran Legoland, Hello Kitty Theme Park, Kota Iskandar dan Puteri Harbour marilah datang ke sini untuk makan tengahari , tambahan pula area sana memang amat ketandusan kedai kedai dan restoran makan ( anda tak akan jumpa kedai mamak atau restoran makanan menu resipi Melayu di sana kerana masih di peringkat pembangunan )
Tempat makan di Johor Bahru dekat Legoland ini hanya juga di sebelah Seven Eleven
Marilah ke Restoran Mak Engku…
Dan tak lupa pada anda yang dah berjaya dalam Exam Final di Universiti Teknologi Malaysia dan kini sedang menanti hari hari manis dan indah menggenggam segulung ijazah di Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia pada hujung April ini , amiklah peluang bawalah keluarga bercuti di Legoland ( hadiah dapat ijazah tu..)
Kalau nak makan di Puteri Harbour Club House pun boleh .. tapi harganya standard 5 star punya hotel lahhh…kelas gitu ….ahaksss
Ok, apa komen anda yang dah pernah makan kat Restoran mak Engku ni pula?
Filed under: Bandar Bukit Indah, gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor, Johor Bahru, Legoland Malaysia, Taman Bukit Indah Tagged: Bandar Taman Bukit Indah, guest house, Hello Kitty, homestay, hotel, Kota Iskandar, Legoland Malaysia, penginapan, Puteri Harbour, Restoran Mak Engku, Tempat makan di Johor Bahru
