Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Temasya Sukan Iskandar Puteri Challenge 2016 : Triathlon di Tempat Menarik Dekat Johor Bahru

$
0
0

Temasya Sukan Iskandar Puteri Challenge 2016 : Triathlon di Tempat Menarik Dekat Johor Bahru

Temasya Sukan Iskandar Puteri Challenge 2016 : Triathlon di Tempat Menarik Dekat Johor Bahru

Tempat menarik di Johor Bahru, Nusajaya dan kini dikenali sebagai Iskandar Puteri akan mengadakan pertandingan Challenge Iskandar Puteri pada 13 Ogos ni. Sukan Triathlon kini kembali lagi ke Nusajaya di mana sukan ini adalah bertaraf antarabangsa.

Bagi korang yang memasuki pertandingan ini pastinya teruja kerana di samping dapat menyertai program pada masa yang sama dapat berkunjung ke tempat menarik yang kini menjadi semakin terulung di Malaysia.

Temasya Sukan Iskandar Puteri Challenge 2016 : Triathlon di Tempat Menarik Dekat Johor Bahru

Kini Johor Bahru dan Nusajaya / Iskandar Puteri telah pun menempatkan kedudukan masing-masing di dalam peta pelancongan dunia sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi dengan adanya taman tema keluarga anatrabangsa iaitu Legoland Malaysia.

Tempatan Fest Raya 2016, Puteri HarbourPuteri Harbour lokasi sensasi dan happening untuk Iskandar Challenge

Yang Menarik tentang Nusajaya/Iskandar Puteri
Nusajaya / Iskandar Puteri ini pada asalnya adalah daerah Johor Baru tetapi menjadi satu daerah tersendiri apabila kerajaan negeri Johor mewujudkan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor ( kompleks bangunan-bangunan pejabat pentadbiran negeri seperti Putrajaya) .

LEGOLAND MALAYSIA NUSAJAYA JOHORLegoland dan Bandar Bukit Indah pun cuma 5-10 minit memandu ya

Korang Tengok Menariknya Pemerintahan Sultan Abu Bakar
Dan tidak menjadi kehairanan kerana kerjaaan negeri Johor pun sudah memiliki Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri semenjak awal abad ke 18 lagi dan ini diperakui oleh Queen of England, United Kingdom.

Dan lebih meng kagumkan lagi Sultan Johor pada masa itu ( Almarhum Sultan Abu Bakar ) baginda jika membuat lawatan ke England beliau akan memberi sumbangan sejumlah beberapa puluh ribu $ Pound Sterling kepada Queen of England. Dan persabatan ini terjalin dengan erat.

Kefasihan Sultan Abu Bakar bertutur dalam bahasa Inggeris dan keakraban dengan Queen of England ini juga membawa kepada penganugerahan “Sir”( Order of Knight ) . Di seluruh England dan United Kingdom amnya baginda dikenali sebagai Sir Sultan Abu Bakar .

Tengok Menariknya Johor Tak Pernah Ada Residen British
Jadi, korang akan dapati pihak British tidak mempunyai alasan untuk menghantar Residen British bagi campurtangan dalam hal ehwal negeri Johor. Pemerintahan negeri Johor dan para ulamak serta cendekiawan negeri Johor adalah bebas mentadbir negeri Johor.

Malahan korang tengok sahaja, Johorlah merupakan satu-satunya negeri pertama dan terawal yang mempunyai Sekolah Agama Rakyat bantuan penuh kerajaan negeri semenjak sebelum merdeka lagi. Ini kerana Johor bebas merencanakan halatuju negeri tanpa campurtangan Residen British .

Dan: Cukai Kepala atau Cukai Tanah yang Menindas dan amat dibencii oleh rakyat negeri lain-lain di Tanah Melayu dan hingga membangkitkan semangat penentangan tidak pernah wujud sebelum merdeka di Johor.

Natijahnya muncul Pejuang-pejuang Kemerdekaan di negeri-negeri lain seperti Negeri Kelantan dengan Tok Janggut, Mat Kilau di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan, Abdul Rahman Limbung di Terengganu, Si Putum di Negeri Perak dan lain-lain lagi ( Al Fatihah kepada mereka semua, Semoga Allah Mencucuri Rahmat kepada Roh-roh Mereka, Amin.. )

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.Danga Bay Fun Fair Park pada  malam hujung minggu meriah ye

Nilah sebabnya Korang Tengok Nape Johor ada Angkatan Tentera ( JMF )
Malahan yang menariknya di Johor ini, Perlembagaan Negeri Johor yang dah wujud sebelum Tanah Melayu yang kemudiannnya dikenali sebagai Malaysia mempunyai Perlembagaan Malaysia sendiri, membolehkan negeri Johor mempunyai armada angkatan tentera sendiri iaitu JMF atau Johor Military Force.

Ini semua kerana tempat menarik di Johor ini telah mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun dan bersistematik bermula dengan Menteri Besar hinggalah kepada Menteri-menteri yang masing-masing memegang porfolio pentadbiran Johor.

Sistem pemerintahan yang bersistematik Johor pada awal abad ke 18 ini menyebabkan pihak Inggeris merasa kagum dan mempunyai ” respect ” yang tinggi kepada Sultan Abu Bakar.

KESIMPULANNYA: Marilah beramai-ramai bersama keluarga datang ke Johor Bahru – Iskandar Puteri sama ada korang nak sertai Iskandar Puteri Challenge atau nak nonton sahaja.

Marilah ambil peluang Jalan-jalan Cuti ke tempat menarik di Johor Bahru Kota Iskandar ni macam-macam ada seperti:-
Legoland, Hello Kitty/Bob The Builder Indoor Park, Angry Bird Indoor Theme Park, Austin Water Park, Puteri Harbour Waterfront, Danga Bay Fun Fair Park dll. (jalan santai tepi pelabuhan bot-bot layar), Masjid Sultan Abu Bakar, Zoo Johor, atau Shopping di Aeon Bukit Indah, JBCC Komtar ( main perang “laser gun” atau “laser tag game ), Galleria Istana Bukit Serene SultanKotaraya dan fuhh macam-macam ada…

Dan bagi korang yang nak bermalam di sini, ambil lah 2-3 malam baru puashati dapat jalan-jalan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri , dua bandar dalam 1 tempat, banyak tempat nak dikunjungi. Di sini ada pelbagai jenis penginapan antaranya hotel, motel dan homestay

Adioss, amigoes:)


Filed under: Bandar Bukit Indah, Genting Higlands, Homestay Chalet Hotel Penginapan Tidur Accommodation, Johor, Kerteh, Kota Iskandar, Kuala Kangsar, Puteri Harbour Tagged: homestay Iskandar Puteri Challenge, Iskandar Puteri Challenge 2016, Legoland, Nusajaya, Taman Bukit Indah, Tempat menarik Johor Bahru, Triathlon

Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Trending Articles