Tempat Menarik di Johor : Pantai Penyabong, Mersing
Tempat Menarik di Mersing ni iaitu Pantai Penyabung merupakan suatu pantai berpasir yang terletak tidak jauh dari Mersing iaitu lebih kurang 30km. Manakala perjalanan dai bandar Johor Bahru akan memakan masa selama 3 jam dan dari bandar Kota Tinggi pula ialah 2 jam
Foto atas : Anda akan lalu atau melepasi Air Papan sebelum ke Penyabong , Mersing
Sebaik sahaja anda tiba di Mersing dan seterusnya meneruskan perjalanan ke sini amat menarik dengan pemandangan desa-desa yang permai, sawah-sawah padi dan dusun-dusun. Terdapat juga kolam kolam ternakan udang yang diusahakan oleh penduduk kampung di sini.
Foto atas : Tu dia Jeti Penyabong dan di depannya Pulau Semut, pulau kekal yang paling hampir dengan tanah daratan besar semenanjung di Malaysia.
Foto atas : Jeti Penyabong yang menjadi tumpuan kaki-kaki pancing
Salah sebuah chalet bot berhadapan jeti Penyabong
Akan bersambung lagi dgn penginapan Chalet di Penyabong…follow..jangan tak follow..macam mana nak follow?…
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Mersing, Penyabong Tagged: Air Papan, Chalet, jeti Penyabong, mersing, pancing, Pantai Penyabong, pulau semut, tempat menarik di johor
