Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 280

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan : Fishing Bay Resort

$
0
0

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan : Fishing Bay Resort

Air papan chalet : Fishing Bay ResortFishing Bay Resort signage, Air Papan, Mersing boleh kelihatan di tepi jalan utama menuju ke pantai Air Papan. Jadi bila anda nampak papantanda ni , dah dekatlah tu dengan Fishing Bay Resort

Air papan chalet : Fishing Bay ResortPapan tanda batu di hadapan Fishing Bay Resort

Fishing Bay Resort ni juga terletak di Air Papan, Mersing di mana penduduk kampung di sini juga mengenalinya sebagai Teluk Buih ataupun Teluk Pemancing . Teluk ini juga merupakan antara pantai yang mempunyai panorama teluk yang indah di samping kedudukannya yang tersembunyi di sebalik teluk dan lain-lain pantai di Air Papan.

Air papan chalet : Fishing Bay ResortSebelum sampai ke   Fishing Bay Resort anda akan dapat lihat jeti nelayan yang sungguh indah pemandangannya

Tempat yang menarik di Air Papan ini , iaitu Fishing Bay Resort merupakan satu-satunya resort penginapan yang mempunyai pantai  privacy sebab teluk ini diapit oleh kedua-dua buah bukit atau tanjung di kedua-dua bahagian pantainya.Jadi korang dapat tengok tiada access lain untuk ke pantai ni dari pantai yang lain di Air Papan ni ya. Jadi jalan untuk ke Fishing Bay Resort ni ialah dengan melalui entrance resort ataupun melalui jalan laut sahaja ya.

Air papan chalet : Fishing Bay ResortTu dia jeti unutk para pemancing di Teluk Pemancing berdekatan dengan Fishing Bay Resort, Air Papan. Kalau korang nak cari ikan yang segar dan bugar datanglah ke sini pada waktu subuh atau sebelum subuh. Maklumat lanjut mengenai masa pendaratan ikan di sini bolehlah hubungi penduduk setempat yang anda temui dalam perjalanan ke Fishing Bay ni ya ! Selamat bertanya! ahakks :)

Air papan chalet : Foto atas : Tong atau peti ikan yang diletakkan tepi jalan, menambahkan lagi panorama Fishing Bay ni, jadi jika anda nampak peti – peti ikan ni, dah dekatlah, nun di hujung sana tu.

 

Air papan chalet : Fishing Bay ResortPintu masuk ke resort ini , begitu menggamit para pengunjung dengan bendera selepas sahaja anda melalui jeti nelayan di Teluk Buih tadi yea

 

Air papan chalet : Fishing Bay ResortFoto atas menunjukkkan Fishing Bay Resort menghampiri ke dalam

Air papan chalet : Fishing Bay ResortBagi anda yang dah menempah tempat di sini, boleh lah ke Reception dan di sini juga terletak lobby pendaftaran ya

Air papan chalet : Fishing Bay ResortDi sini resort penginapan ini sebagaimana penulis katakan di atas tadi adalah resort yang mempunyai pantai tersendiri “privacy” iaitu terpisah dari pantai Air Papan yang lain dan seperti mana yang anda lihat di kiri dan kanan teluk ini dikepung oleh bukit yang tinggi.

Air papan chalet : Fishing Bay ResortFoto di bawah pula ialah pemandangan sebuah pulau yang berhadapankan dengan Fishing Bay Resort

Air papan chalet : Fishing Bay Resort


Filed under: Air Papan, attraction yang-menarik where-to-go, Chalet hotel resort accomodation penginapan motel budget hotel, Johor, Mersing, Tahun Melawat Malaysia - Visit Malaysia Year 2014 Tagged: Air Papan Chalet, Fishing Bay Resort, Johor, mersing, penginapan, Teluk Buih, Teluk Pemancing


Viewing all articles
Browse latest Browse all 280

Latest Images

Trending Articles