Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all 266 articles
Browse latest View live

Cari tempat minum kopi best Americano di Taman Universiti?tapi bukan Starbuck?

$
0
0
Foto atas : Fasad Kedai Waris Food Center yg terletak di tengah pusat bandar Taman Universiti(berhadapan dengan deretan kedai Rainbow Stationery)

Korang yang menjadi penggemar kopi Americano mesti pernah minum kopi kat di Starbuck, Coffe Bean atau SF ( San Francisco) kan? Nak cari alternatif yg murah, tapi nak pure original Americano coffee macam kat cafe-cafe ternama di atas kan? kat mana nak cari kat Taman Universiti, Johor Bahru ni?

Foto atas : Secangkir Americano pure coffee bean dengan yang hanya boleh ditemui di Restoran Waris Food Centre



Buat korang yg memang penggemar kopi asli atau coffee bean dan tak suka kopi biasa campuran yg tradisional, mari ke Restoran Waris Food Centre di Taman Universiti, JB. Bagi yang suka lepak dan santai dengan member-member atau pun dengan keluarga sini pun terbaik untuk dapatkan kopi Americano yang begitu umppphh!

Dalam banyak restoran-restoran di Johor Bahru seperti mamak, restoran tomyam, restoran-restoran Melayu hanya inilah satu satunya restoran yang menyediakan kopi Americano, Latte, Cappucino dan Expresso. Dan yang menariknya restoran ini juga menggunakan mesin coffee maker bagi memastikan kualiti adunan kopi terjaga.



Nak tau berapa harganya? Cuma RM3.90 utk secawan kopi Americano. Abam memang stick pd Americano, pasal taste pada kopi atau teh yg ada campuran creamer/susu mcm tu kurang. Kalau korang tak minat Americano, kat sini juga ada Latte, Expresso dan Cappucino.

Untuk pengetahuan korang tempat makan di Taman Universiti menghidangakan pelbagai jenis makanan daripada roti canai yang pelbagai aneka termasuk roti sarang burung, nasi dan mee goreng dan juga tomyam termasuk beraneka jenis minuman. Bagi yang nak cari hidangan raya seperti ketupat, rendang dan sebagainya Gerai Kak Izan menyediakan menu raya ni.

Foto atas : Meehon Goreng Thai yang admin pesan dah sampai…apalagi..

Adios amigoes, selamat menempuh minggu PKP yang mencabar ya #kitajagakita #patuhiSOP


Selamat Hari Raya Aidil Adha

$
0
0

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020

1 Zulkaedah 1441 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020

Semalam iaitu 30 Julai 2020, selepas masuknya waktu maghrib, maka telah masuklah kita ke dalam 1hb bulan Zulkaedah 1441 Hijrah dan hari ini 31 Julai 2020 kita baru sahaja menunaikan Solat Sunat Aidiladha tadi.

Di sini admin dan Krew J2C2 ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Hari raya yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Admin juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua follower dan fans setia  J2C2  dan pembaca budiman  Jalan2Cuti2. Buat korang yang belum bercuti atau balik kampung semenjak PKPP ni lah peluangnya . Min rasa ramai juga korang yang kemungkinan dah pun berada di kampung masing-masing melepas rindu beraya di kampung yang tak dapat dilaksanakan semasa PKP Covid 19 hari tu

 

Selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu  ke tempat menarik  Marilah datang ke Johor Bahru,  banyak yang menarik di sini , dari admin , yg juga orang JB.

Salam hormat, Salam Lebaran Aidiladha. !

 

 

 

View Cantek Sri Mersing Resort : Menarik di Air Papan, Chalet & Resort

$
0
0

View Cantek Sri Mersing Resort : Menarik di Air Papan, Chalet & Resort

View Cantek Sri Mersing Resort : Menarik di Air Papan, Chalet & ResortFoto atas : Pemandangan dataran Air Papan, atau Air Papan Square gitu…

air-papan-chalet-mersing006

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam pagi Isnin, salam Zulkaedah 1441 Hijrah. Pagi min nak belanja korang foto-foto Sri Mersing Resort kat Air Papan ni ya. Ok, korang tengok gambar di atas tu, ni sebahagian daripada lot-lot chalet  yang lokasi menghadap jalan utama Air Papan. Tapi bahagian ni bukan yang menghadap ke pantai, yakni pantai yang berlatarbelakang pemandangan Laut China Selatan ( Asal Laut Melayu ni namanya pada zaman dahulu kala sebelum penjajah Inggeris tukar namanya). Bahagian ni korang boleh lihat ye ada pintu pagar individu di hadapan chalet-chalet. So kalau korang memandu ke sini kereta anda boleh diparkirkan terus di hadapan chalet ya.

air-papan-chalet-sri-mersingFoto atas juga korang tengok ye, di hujung jalan ni lah pantai ye, dari sini tempat admin dan Krew J2C2 berdiri cuma dalam 150meter ke pantai. Kalau korang nak menikmati matahari terbit dari ufuk timur,  maka selepas subuh kat sinilah tempatnya.

Lagi best kalau korang duduk di hadapan pantai . Bagi yang kaki pancing atau kaki joran korang bolehlah memancing sambil menunggu sang mentari menjengukkan wajahnya ke alam yang baru sahaja akan bermula apabila waktu syuruk tiba.

Buat yang memang dah menjadi minat berkhemah, atau camping korang juga boleh dirikan khemah di tepi pantai, cari spot yang cantik. Selepas solat subuh boleh buat ungun api atau menjerang air. Lepas tu bolehlah bancuh teh ke kopi ke atau apa-apa jenis minuman panas sambil menunggu matahari terbit.

air-papan-chalet-sri-mersingFoto atas : panduan untuk korang kalau nak ke pintu masuk utama ke Sri Mersing Resort ni drive sampai ke hujung jalan dan belok ke kiri dan akan nampak pintu gerbang resort ni. Di hujung jalan ni berhadapan pantai juga terdapat gerai-gerai makan dan gerai-gerai jualan pelbagai barangan .


Foto atas : Bagi korang yang cari  kolam renang , trus 👆  klik foto atas  👆  utk booking , Hotel Seri Malaysia Mersing sediakan  kemudahan ni. Untuk maklumat lanjut mengenai  boleh klik di 👉 sini Seri Malaysia, Mersing

Hotel Seri Mersing ni sebenarnya terletak di Bandar Mersing yang jarak pandu ke Pantai Air Papan ialah lebih kurang 7km. Route untuk ke pantai Air Papan dari bandar Mersing lebih kurang begini. Dari bandar Mersing korang akan melalui “main road” Mersing-Endau Rompin sejauh lebih kurang 4km, di mana korang akan jumpa papan tanda Air Papan dan simpang di sebelah kanan jalan.

Dari situ korang akan masuk melalui jalan kampung yang bertar tetapi memang lebar dan selesa untuk dipandu pada kelajuan 80km/j ya. Jangan pandu melebihi had laju, awas pasal ada lembu dan kerbau di tepi jalan memandangkan di sini juga terdapatnya sawah-sawah padi yang masih aktif diusahakan oleh penduduk kampung di sini. So, dari jalan besar ke pantai Air Papan lebih kurang 3km . Korang takkan terasa pasal pemandangan sini terutamanya di kiri dan kanan jalan kampung ni memang menarik.

Foto atas : Korang boleh klik pada foto atas 👆 kalau nak booking bilik Hotel Seri Malaysia 👆 ni .

Foto atas :  Bagi korang yang terus nak menikmati makanan hidangan hotel boleh juga klik 👆foto atas untuk dapatkan bilik penginapan kat Hotel Seri Malaysia ni. Tu dia pelbagai jenis juadah lokal dan western juga terdapat di hotel ni ya.

Foto atas : Di sini Admin uploadkan foto-foto bilik  dan untuk cari bilik hotel terus klik 👆foto kat atas👆 mana lah tau kan korang tengah cari bilik hotel malam ni, kot-kot tengah dalam pencarian ni sementara menunggu anak-anak dan isteri mandi manda di pantai sekarang ni kan. (bersumberkan dari pihak hotel dan partner hotel) Daripada korang tidur dalam kereta macam sardin malam, kan bagus terus book hotel, jangan terlepas nanti menyesal…

Ok tu dia, J2C2 akan kembali lagi pada post akan datang, jangan terlepas nanti melepas 🙂 pastikan korang Follow! Cara nak follow? Ikut seperti berikut :-

Bagi yang nak  follow ( subscribe ) pergi ke side bar kanan ..turun ke bawah ikut link follow mcm kat bawah..masukkan  email korang, lepas tu check email, pihak admin Krew J2C2 akan hantar email.. 🙂 adioss

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2021

$
0
0

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2021

1 Zulkaedah 1442 Hijrah
20.07.2021

 

Selamat Hari Raya! Ya Hari Raya korban ! Assalamualaikum Wbt! Dari sini di wilayah siber,  admin dan Krew J2C2 ucapkan korangg semua Selamat Hari Raya Aidil Adha . Hari raya ni yang korang juga kenali  sebagai Hari Raya Korban.

   Admin juga nak ucapkan Selamat Hari Raya haji ni pada semua follower dan fans setia  J2C2  dan pembaca tegar Jalan2Cuti2. Buat korang yang belum bercuti atau balik kampung semenjak PKP 2.0 dan 3.0 redhailah ketentuan Illahi ni .

 

Berbanding dengan Raya Haji 2020 di mana kerajaan benarkan korang semua merentas negeri, raya haji kali ni, kita semua terpaksa berperap macam getah sekerap di dalam rumah dan perjalanan tak boleh  melebihi lingkungan10km. So bagi negeri-negeri yang dah benarkan solat di masjid mungkin terubat juga la rindu merayakan raya haji di masjid. Bagi sesetengah negeri macam Nismilan atau Johorian bagi yg dah cocok vaksin jer boleh solat di masjid. Allahuakbar!!

   Selamat bercuti hari raya dan berhati-hati ketika memandu  ke tempat membeli barang, patuhilah SOP untuk keselematan dir, keluarga dan orang -orang di sekeliling anda. Bila dah reda Covid19 dan boleh merentas negeri marilah berkunjung ke Johor Bahru,  banyak yang menarik di sini termasuk Legoland , dari admin , yg juga orang JB.

Salam hormat, Salam Lebaran Hari Raya Haji ! Adioss Amigoes

Tempat makan best : Kat K.L ada Kampung Baru, kat Johor Bahru ada Kampung Apa?

$
0
0

Tempat makan best : Kat K.L ada Kampung Baru kat Johor bahru ada Kampung apa? Bubur Nasi Merdeka, Kampung Melayu Majidee

20201029_222731

Foto atas : Sebahagian dpd ruang dalaman kedai makan ni

Setelah lama menghilangkan diri dan atas permintaan fans, kini admin kembali lagi, kat mana tu ? ya seperti tajuk kat atas, min bawakkkan korang ke tempat makan antara yang terpopular di J.B ni iaitu Kampung Melayu Majidee. Kalau korang datang ke Johor Bahru pastikan korang datang ke sini. Banyak gerai-gerai makan dan kedai kedai makan di sini.

20201029_230502

Foto atas : Pemandangan gerai dari jalan utama iaitu Jalan Merdeka.

Cerita pasal tempat makan makanan Melayu ni, kalau kat K.L tempat femes dgn menu nasi bagai korang boleh kaitkan dengan Kg Baru, kt J.B sini , orang J.B pulak ada Kg Melayu Majidee.

Banyak sebenarnya yang admin nak cerita pasal Kg melayu Majidee, so tanpa berlengah masa lagi kita  tengok kat mana lokasi resto ni seperti mana di bawah 👇 :-

g loc plan-bubur nasi merdeka

Ok kalau korang tengok kat atas, restoran atau cafe ni terletak di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru dan tak jauh juga dari Masjid Kg Melayu Majidee,  Johor Bahru yang femes ni.

Ok, tu dia sedikit sebanyak info tentang Bubur Nasi Merdeka, hingga kita bertemu lagi di lain-lain penulisan admin yang disertai oleh krew J2C2. Jangan ketinggalan unutk follow! Cara follow? ikut tips berikut ni 👇

Untuk follow, pergi ke side bar kanan(Home page) ..turun ke bawah, cari link follow mcm kat bawah dan isikan email.. selamat mengikuti .. 🙂 Salam PKP 3.0 , #kitajagakita #rakyatjagarakyat adioss amegos!! 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Salam Maal Hijrah, Tahun Baru Islam dan selamat datang ke tempat menarik di Johor

$
0
0

Salam Maal Hijrah 1438 ke tempat menarik di Johor

Assalamualaikum tengahari dan Salam Maal Hijrah dari Min dan krew J2C2  kepada semua muslimin dan muslimat, pembaca dan fans Jalan-jalan Cuti-cuti . Semenjak tahun 2019, ini dah masuk tahun ketiga kita meraikan permulaan tahun baru Islam (Awal Muharram) tahun 1443 hijrah di dalam keadaan pandemik Covid19 yang belum surut-surut lagi. Bagi kesemua negeri-negeri di Malaysia kita tak dapat bercuti dengan jalan jalan makan angin kecuali bangsa Perlis min ucapkan syabas dan selamat melancong di dalam Perlis (tiada rentas negeri)

Walaupun begitu   janganlah lupa,  dan sentiasalah kita mengingati riwayat perjalananan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W kita yang sanggup berhijrah ke Madinah  untuk menyebarkan syiar Islam. Kerana kasih sayangnya kepada umat manusia agar mengenali Tuhan RabbulAlamin Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Adil dan Saksama.

Ya walaupun tahun baru Islam telah pun bermula semalam 10 Ogos 2021, admin rasa tak terlambat lagi, masih di awal tahun H ni, jadi Min ambil peluang pada hari ni ucapkan korang semua selamat melangkah ke  tahun baru Islam yang dah pun masuk ke 1443 hijrah yer!

Nak tau mana tempat makan best dan sedap di J.B?Meh baca  tempat menarik dan tempat makan sedap yang boleh and lawati di Johor Bahru ni ya https://jalan2cuti2.wordpress.com/2013/03/26/tempat-makan-best-kat-johor-bahru-2/

Semoga anda semua dirahmati Allah SWT dan dilindungi daripada wabak Covid19!! Adios Amigoes
#kitajagakita
#waspadacovid19
#kuatkanimunbadan
#

Tempat makan best Johor Bahru :  Bubur Nasi Merdeka, Kampung Melayu Majidee

$
0
0

Tempat makan best Johor Bahru :  Bubur Nasi Merdeka, Kampung Melayu Majidee

20201029_222731

Foto atas : Sebahagian dpd ruang dalaman kedai makan ni

Setelah lama menghilangkan diri dan atas permintaan fans, kini admin kembali lagi, kat mana tu ? ya seperti tajuk kat atas, min bawakkkan korang ke tempat makan antara yang terpopular di J.B ni iaitu Kampung Melayu Majidee. Kalau korang datang ke Johor Bahru pastikan korang datang ke Kampung melayu Majidee di sini.

Foto atas : Pelbagai menu selain menu mesti cuba Bubur Nasi Merdeka 😛
Banyak gerai-gerai makan dan kedai kedai makan di sini malahan kampung ni yang terletak di bandar Johor bahru ala-ala macam Kampung baru K.L juga, dah menjadi salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Johor Bahru.

Kat sini juga kedapatan restoran Aris Yong Tau Foo yang popular semenjak era 80-an iaitu tahun 1986. Kalau korang nak tau Aris Yong Tau Foo termasuk dalam Top Ten makanan Yong Tau Foo di JB.

Dulunya sebuah gerai di jalan utama bersebelahan jambatan keretapi Kg Melayu Majidee, tapi sekarang dah berpindah di dalam area Kg Melayu Majidee, di Jalan Merdeka, tapi dalam jarak 200m dari jalan utama Majidee.   Kiranya korang diizinkan Allah dapat melancong ke J.B selepas Covid19 ni reda, jangan miss tempat ni!

Foto atas : Ikan bakar sambal merah

Cerita pasal tempat makan makanan Melayu ni, kalau kat K.L tempat femes dgn menu nasi bagai korang boleh kaitkan dengan Kg Baru, kt J.B sini , orang J.B pulak ada Kg Melayu Majidee.

Foto atas : Tu dia..nasi putih ulam utk dimakan bersama ikan bakar sambal merah

Foto atas : Kalau korang nak order melalui Food Panda pun beres, bisa diatur!

Tu dia di atas, kalau korang nak makan bubur dan lain-lain ahli keluarga nakkan menu yang lain ada:-
Char Kuey Tiaw, Tomyam Kelapa, Lontong, Nasi Lemak, Lemak cili padi, Asam pedas, Kerang rebus, Kerang sambal, Nasi goreng meredeka, nasi goreng kampung, nasi goreng udang dan pelbagai lagi menu goreng-goreng.

Foto atas : Nak makan bawah bumbung pun boleh, nak makan bawah pepohon pun boleh, berwarna warni lampu kat sini ya..meriah

Ok, tu dia sedikit sebanyak info tentang Bubur Nasi Merdeka, hingga kita bertemu lagi di lain-lain penulisan admin yang disertai oleh krew J2C2. Jangan ketinggalan unutk follow! Cara follow? ikut tips berikut ni 👇

Admin cadangkan korang follow, jangan terlepas nanti melepas! Cara nak follow cam ni –> pergi ke side bar kanan(Home page) –>  golek ke bawah, cari link follow mcm kat bawah dan masukkan email korunk.. selamat mengikuti .. 🙂 Salam PKP 3.0 , #kitajagakita #rakyatjagarakyat adioss amegos!! 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Selamat Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2021!

$
0
0

Selamat Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2021!
-Selasa-

go-hari-kebangsaan-merdeka-2021-selasa

Selamat malam dan salam Malaysia merdeka yang mencapai tahun ke 64 ya!!

Kepada fans dan followers  , admin nak ucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke 64  kepada korang semua !! Admin ucapkan selamat bercuti  dan sentiasalah berjaga-jaga.

Oleh kerana kita masih dalam pandemik maka tema hari merdeka tahun ni ialah “Malaysia Prihatin”

statistik kkm mac 2019 covid19 pandemik

Foto atas : Statistik 2019 covid19 Mac 2021

Tahun ni dah masuk tahun ke 2 kita meraikan kemerdekaan di dalam suasana pandemik Covid 19 yang masih belum reda-reda, malahan lebih teruk ☝daripada tahun pertama covid19 bermula pada Mac 2019, di mana statistik semalam iaitu 30 Ogos 2021 ialah 19,268 kes baru.

Buat follower blog admin  yang berada di negeri fasa ke 2 , syabas min ucapkan! Dah boleh jalan-jalan cuti-cuti walaupun di dalam negeri yang sama. Walaupun gitu admin gesa korang sentiasa berhati-hati dan patuhilah SOP ya!

Adiso amigos!! #kitajagakita #staysafe

Save


Tempat Makan di Johor Bahru : Restoran Mak Engku Bandar, Taman Bukit Indah dekat dengan Legoland Malaysia

$
0
0

Tempat Makan di Johor Bahru : Restoran Mak Engku Bandar Taman Bukit Indah dekat dengan Legoland Malaysia

restoran mak engku, bandar taman bukit indah dekat legoland

Salam PKP 3.0 Fasa ke 4 bagi orang Johor dan Salam Selasa buat semua followers J2C2, buat makluman semua mak engku restaurant  & catering masih beroperasi dan mengikut s/mana SOP kerajaan bagi pandemik Covid19.

Restoran yang terletak tak jauh dari Legoland Malaysia baut masa kini menyeiakan menu makanan  untuk bungkus atau tapau sahaja. Anda dan pelanggan masih boleh walk-in, pilih masakan dan makanan dan masukkan  ke dalam bekas plastik dan proceed untuk bayar dan bungkus.

restoran mak engku, bandar taman bukit indah dekat legoland

Waktu operasi tempat makan di Johor Bahru ni adalah s/mana berikut:-
1. Sarapan dan makan tengahari 11.00am to 3.00pm
2. Menu goreng-goreng dan ala Thai 3.00 pm to 8.00pm ( subject to owner’s discretion/tertakluk pada perubahan owner)

restoran mak engku, bandar taman bukit indah dekat legoland

Untuk makluman korang juga tempat makan kat Johor Bahru dan berjarak 6km atau 7 minit drive dengan Legoland  ini berlokasi  di Bandar Taman Bukit Indah.  Di sini korang akan dapati Restoran  Mak Engku terletak di dalam perbandaran S.P Setia di mana perumahan dan  komersil  dilengkapi dengan   shopping kompleks seperti AEON Bukit Indah , Tesco dan Giant( sekarang diambil alih oleh TF Berhad) . So inilah bandar paling strategik dan lengkap dengan segala kemudahan jika korang nak cari makan berhampiran Legoland.

restoran mak engku, bandar taman bukit indah dekat legoland

Jom ke Restoran Mak Engku…

Dan satu lagi kawasan ni juga  dekat dengan Puteri Harbour

Adios Amigoes !!

Alternatif Kenderaan dengan Kereta Kuda?

$
0
0

Pada kali ini admin tak de lah nak menceritakan pasal percutian, cuma nak belanja korang gambarfoto. Masa melayari bahtera siber pagi ni ada gambarfoto yang mencuit hati admin, korang tengok gambar di atas. Rupa-rupanya di Amerika Syarikat kereta kuda masih boleh digunakan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Highway Authority ( macam JKR dan Majlis Perbandaran di sini )

Kalau korang tengok foto di atas siap dipacakkan lagi papantanda mengingatkan agar pemandu-pemandu motokar yang diorang perlu berkongsi jalan raya dengan kereta kuda. Dari situ kita nampak mesej bahawa kerajaan Amerika Syarikat sebagai antara peneraju utama kenderaan hijau ( di antaranya kenderaan elektrik Tesla dan lain-lain lagi) begitu serius untuk mengurangkan pengeluaran gas-gas asap kenderaan yang mencemar alam sekitar. Jadi memang tak hairanlah kadar penggunaan kenderaan mesra alam sekitar di jalan-jalan raya adalah tinggi berbanding dengan Malaysia.

Mungkin kat sini agak susah nak lihat kereta kuda di atas jalan-jalan utama sama ada anda tengah bercuti atau jalan-jalan tapi di sana kenderaan alternatif bahan bakar yang mencemar tetap digalakkan dan diberi perhatian oleh kerajaan mereka

Sekian, adiosss amigoes!!!

Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown Hotel?

$
0
0
Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown, MelakaFoto atas : Hallmark Crown Hotel, Jalan Parameswara ni budget hotel jer, tapi min dan Krew J2c2 memang amat puashati dengan tahap servis yang diberikan sesuai dengan taraf hotel, lokasi  dan harganya

 

Foto atas : Bagi yang nak tengok lebih banyak foto-foto bilik dan kadar harga hotel bertaraf bajet ni sila klik foto atas terus. Jangan terlepas ni cuti bulan Disember 🙂

Hotel penginapan iaitu Hallmark Crown Hotel dah pun ditempah awal-awal jadi trip ke Melaka ni kita orang sekeluarga mulakan dalam pukul 8.15 pagi lebih. Asalnya ikut perancangan gitu-gitu nak gerak awal pagi, selepas matahari terbit katanya. Nak dijadikan cerita daripada matahari terbit hinggalah burung-burung dan mergastua sempat rehat balik ke sarang memasing membawakan secacing dua makanan untuk keluarga mereka barulah kami bergerak ke Melaka. Sempat stop dulu di stesyen minyak Petronas Tol Skudai, beli sarapan tapau, topup touch n go barulah perjalanan sebenarnya bermula.

  Alhamdulillah perjalanan kita orang lancar dan tiba di Tol Air Keroh pada pukul 9.30 pagi. Destinasi utama admin dan krew J2C2 untuk jalan-jalan cari makan kami ialah di Restoran Perhentian Kuih Kampung .Masa kt Tol Skudai pun cuma sempat tapau burger utk “quick breakfast” Alhamdulillahh masa kita orang sampai  waktunya  memang cantik iaitu 9.50 pagi, amat sesuai dan senggang.. masih lagi lengang  dan x ramai pelangan lagi kat tempat makan best Melaka nihh

perhentian kuih kampong melaka 01Foto atas : Restoran Perhentian Kuih Kampong yang terletak di tepi jalan besar di bawah pepohonan pokok Hujan Tropika

Ya ba da ba du!! kuih-muih masih lagi banyak dan ada panas-panas lagi. Rambang biji mata diikuti dengan air liur yang hampir meleleh dek kerana bau dan aroma sedapnya. Ikuti lagi kami pada next post tentang tempat makan best Melaka ni ya

perhentian kuih kampong melaka 01Foto atas : Restoran Perhentian Kuih Kampong yang masih tidak berapa ramai pada pukul 9.45 pagi

Ok kita cerita tentang hotel bajet yang kami menginap ni iaitu Hallmark Crown Hotel, Melaka ni terletak di Jalan Parameswara di mana nama Jalan  Parameswara ni diberikan sempena mengingati tokoh pemimpin Melayu purba yang membuka Melaka kira-kira 1000 tahun lepas. Berjarak cuma 1km sahaja dengan Pahlawan Square/Dataran Pahlawan/Melaka Megamall.

hallmark crown hotel,melakaFoto atas : Oleh kerana tiada bellboy, tapi nasib baiklah ada troli, jadi Krew j2c2 pun hangkutlah beg beg luggage sendiri ke bilik penginapan..

Jangan lupa pada next post, review kita orang tentang hotel ni..

  Min suggest korang follow, jangan terlepas nanti melepas! Kaedah nak follow cenggini –> pergi ke side bar kanan(Home page) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow mcm kat bawah dan masukkan email anda.. selamat memfollow.. 🙂 Salam Disember musim tengkujuh , #kitajagakita #rakyatjagarakyat adioss amegos!! 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel cuma 900m dari Bukit St.Paul @ Bukit Melaka (Melaka World Heritage City UNESCO)

$
0
0

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel cuma 900m dari Bukit St.Paul @ Bukit Melaka

hallmark regency hotel dekat bukit st paul @ bukit melakaFoto : Seronok pagi pagi ke sini, min bersama krew J2C2 berjoging dari hotel di Jalan Parameswara sampai ke sini. Udara segar dan pemandangan pun cantik dan tempat menarik.

hallmark regency hotel dekat bukit st paul @ bukit melakaFoto atas : Ini di kaki Bukit Melaka atau Bukit St Paul, yang mana itulah Kota A Famosa tempat menarik  serta bersejarah di mana terdapat sumber lain yg ada kredibiliti mengatakan A Famosa inilah sebenarnya Kota Melaka Kesultanan Melaka 511 tahun yg mana selepas Melaka “down”, ianya  dijarah dan diubah oleh penjarah Portugis . Di background pula ialah bangunan Melaka MegaMall serta Dataran Pahlawan di sebelahnya. Cuma 900m sahaja dari Hallmark Crown Hotel.

Pada kali ni min pilih hotel bajet ( budget hotel) untuk trip ke K.L tapi singgah di Melaka barang semalam dua hari. Ikut pengalaman min, dah menginap hotel-hotel 4/5 star, 3 star dan ke bawah, hotel bajet ni tak semestinya kemudahan pun di bajet-bajetkan oleh pengusaha hotel.
Ada di antara kemudahan tu, walaupun tak semua, elemen-elemennya lebih kurang sama macam kemudahan yg di offer kan oleh hotel 4 atau 5 bintang. ( teringat lak admin movie The Fifth Element ahakkss 🙂

hallmark regency hotel dekat bukit st paul @ bukit melakaFoto atas : puncak Bukit Melaka inilah dahulunya kubu pemerhati dan pertahanan utara bagi tamadun kerajaan Kesultanan Melaka korang! kemungkinan besar juga bangunan St Paul ini adalah “relic” salah satu bangunan kesultanan Melaka yang di “rebranded” semula oleh Portugis bagi memadamkan kesan-kesan tamadun Melayu Islam tapi mereka gagal.

Pada post yang lepas admin ada ceritakan tentang trip kami ke Melaka iaitu Bandaraya Bersejarah Melaka.   Bandaraya Melaka telah pun memperolehi pengiktirafan antarabangsa daripada UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) iaitu satu cabang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menggalakkan Pendidikan, Sains serta pertubuhan Kebudayaan di mana sejarah-sejarah atau tamadun bangsa silam diangkat dan dipromosikan sebagai salah satu warisan pelancongan yang perlu dikunjungi oleh masyarakat antarabangsa atau masyarakat daripada lain-lain negara.

Korang ada rasa bangga tak bila Melaka dan Tamadun Melaka diangkat sebagai Bandaraya Warisan Sejarah Dunia atau dalam bahasa Inggerisnya “World Heritage City” oleh UNESCO?

Kalau ada semangat dan kesedaran politik maka wajarlah korang berbangga kan? Kenapa? Kena lah berbangga sebab orang Korea Selatan pun sanggup dirikan replika(tiruan) Kota Kubu Hwaseong yang asalnya dibina pada akhir abad ke 18 yang memang dah tak wujud pun tinggalan batu-batunya tak macam Kota Melaka yang original ( yang korang panggil sebagai A Famosa)

Tetapi mereka orang Korea Selatan sanggup belanja beratus-ratus juta won wang Korea untuk tujuan tu. Satu lagu walaupun Korea niu bangsa maju ekonomi dan industri sifat dan tingkahlaku mereka amat menyayangi dan “very highly appreciate” tamadun tinggalan bangsa mereka. Inilah membezakan bangsa maju eokonomi berbanding bangsa membangun ( macam Malaysia)

Kenapa? sebab orang Korea ni sedar hakikat yang martabat bangsa dan rasa cintakan tamadun sejarah bangsa akan menjadikan bangsa Korea lebih bersemangat, bercita-cita tinggi untuk mengatasi bangsa-bangsa lain di dunia.

Dan kerana sebab itulah bangsa Korea ni sekarang bertaraf bangsa maju dan Korea Selatan adalah antara negara-negara berstatus NEGARA MAJU. Malaysia? Kita masih lagi NEGARA MEMBANGUN lahhh..pendapatan rakyat pun puratanya masih di  bawah status negara maju..oleh kerana Korea dah pun berjaya menjadi negara maju, maka purata gaji/pendapatan  mereka tinggi. Maka kemampuan mereka tinggi, jadi tak hairanlah kita lihat di mana mana sahaja kita melancong ke seluruh dunia kita akan bersua dengan bangsa Korea, tak kira lah di Beijing, London, New York, Amsterdam, Granada dan lain-lain negara.

Ok, cukup cerita dan fakta tentang ekonomi, kita bali semula pada core subject kita..

Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown, Melaka
Foto atas :Hallmark Crown Hoteldi Jalan Parameswara merupakan budget hotel jer, tapi min dapati kemudahan-kemudahannya melebihi tahap bajet hotel

Foto atas : Bagi yang nak tengok lebih banyak foto-foto bilik dan kadar harga hotel bertaraf bajet ni sila klik foto atas terus. Jangan terlepas cuti Tahun baru China cuma tak sampai sebulan dah 🙂

 

Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown, MelakaFoto atas : Bilik agak besar dibandingkan dengan sekelas dengannya. Ada strika dan papan, safe box, cerek -kopi teh gula,fridge, meja tulis-kerusi dan reading lamp, dll. Memang agak berbaloi dengan harga kelas budget yang kami dapat.

Jangan lupa pada next post, sambung review kita orang tentang bilik-bilik hotel ni..

Min suggest fans semua follow, jangan terlepas nanti melepas! CARA nak follow ikut camni–> pergi ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. 🙂 Salam Tahun Baru 2022 , Tahun Baru Cina da dekat..book lahhh 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 2

$
0
0

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel Part 2

Min tak nak cakap banyak, tengok foto-foto kat bawah n:-

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel Part 2

☝ Klik foto atas untuk riki riki lagi gambar bilik ataupun nak tempah ☝Foto atas : Bilik tidur 2 single bed, katil bersaiz single yang agak luas, mungkin juga bersaiz super single. Mempunyai headboard serta meja berlaci. Walaupun sebuah bajet hotel yang mepunyai bangunan tersendiri, tilam juga agak selesa, tak terlalu lembut jauh sekali keras. Kata omputeh “just nice” . Satu lagi katil ini bersebelahan juga dengan tingkap.

Jangan lupa pada post akan datang, sambung review kami tentang bilik-bilik hotel ni..

Admin cadangakan fans semua follow, jangan terlepas nanti gigit jari! Bagaimana nak follow? ikut camni–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. 🙂 Salam Tahun Baru 2022 , Tahun Baru Cina da dekat..book lahhh 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru

$
0
0
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru

Majestik bebenor yop! Tu dia high tensile canopy beserta Mini Water Park! Di hadapan ruang masuk ke Food Empire Aras 3 Toppen

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru

Rauang dalaman dengan interior design yang cozy dan breathtaking !

 

Tempat makan best di Johor bahru ni banyak, salah satunya yang unik dan best ialah di Food Empire, Toppen / Ikea, Johor Bahru. Kalau korang fikirkan, memang la banyak food court di dalam shopping complex. Tapi di sini ada keunikan dari segi kesantaiannya. Kenapa? korang akan dapati ianya terletak di Level 3 yang berhadapankan dengan The Garden.

The Garden pula ialah tempat rekreasi mini untuk kanak-kanak dan dewasa. Di mana di sini ialah ruang terbuka di mana korang akan jumpa Giant Chess Board, Pentas Pertunjukkan dan Public Performance , Mini Water Park dan juga dihiasai dengan landskap pepokok pokok di dalam kekotak pasu pasu serta tumbuhan-tumbuhan pepanjat dan menjalar yang pelbagai warna warni dan digubah dengan indah sekali.

Untuk ke Food Empire korang boleh gunakan eskalator atau pun elevator dan tekan butang 3 untuk ke tingkat 3. Perhatian, untuk korang yang parking di Ikea, anda perlu masuk ke Toppen dan pergi ke Center Court . Di sini juga min nak ucapkan syabas pada pengurusan Toppen kerana prihatin kepada keperluan ibadah pelaggan yang berkunjung disini dengan menyediakan 1 lagi surau Muslimin dan Muslimah yang bersebelahan dengan Old Town Coffee . Ini menjadikan ada 2 buah surau di dalam Toppen di mana satu lagi di aras 1 Toppen berhampiran dengan outlet kasut Skechers. 👍

 

 
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Korang akan dapati pemandangan yang menarik towards ruang terbuka The Garden masa menikmati makanan kat dalam medan selera Food Empire ni. Meja meja makan pula cantik dan unik sesuai dengan konsepnya.

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru

 
Sebuah medan selera atau Food Court yang agak santai dan cozy jika dibandingkan dengan mana-mana medan selera di shopping complex di Johor Bahru. Cuba korang tengok ianya berkonsepkan interior design kayu kayan dan pepohonan . Sejuk mata memandang.

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru

Ruang food court yang luasa saujana mata memandang
 
 
 
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Empire Food Court, Toppen / Ikea Johor Bahru
klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Admin cadangakan fans semua follow! Bagaimana nak follow? ikut camni–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. 🙂

Apa ada?Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3

$
0
0

Apa ada?Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel Part 3 :

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3Kita ketemu lagi bersama J2C2, admin belanja korang gambar TV LED 40″ jenama Sharp, memang nilai yang berbaloi untuk korang walaupun ianya tempat penginapan budget hotel,   ruang bilik yang luas dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti:-

a- sterika jenis wap lagi, x de la baju korang hangus atau berlubang  dan disediakan papan sterika (ironing board)

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3
b-peti ais

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3

c-air cooler ( korang tengok bawah TV tu ha)d-TV LED 40″ Sharp ( bukan kaleng-kaleng TV jenama cap ayam)

e-bilik mandi 5 star, dengan shower fulamak!, puas mandi sampai kecut-kecut (built in shower dalam dinding :; bukannya hot shower gantung, beli kedai tebuk dinding pasang mcm budget hotel yg lain  )

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3
Foto: Lantai dan kemasan dinding daripada marmar organik asli, bukan mozek yang kalau alihkan peti ais bergaris lantai . Toilet bowl pun kelas, siap ada pancutan cuci montot auto lagi, siap dengan air panas lagi, sesuai untuk guest hotel yang berumur . Nozel, pencuci montot yang mesra lubang montot , amat mendamaikan jer dia tembak. Tak de la macam nozel spray montot yang biasa korang jumpa kat hotel budget lain. Picit ajer dia tembak anu korang sampai korang  nak terjerit pasal laju sangat menusuk …pedihhh, huhu..
Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3
Foto atas: Min belanja korang gambar lagi, kepala ‘head’ shower atas dan bawah, siap ada butang pilih untuk kepala hujan atas atau bawah , ini built-in punya shower, dihiasi kemasan krom berkilat lagi – stainless steel

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3
Foto atas : Toiletries, shampoo, bath liquid,  berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, shower cap dlm bungkusan lagi. Ada korang boleh dapat kat hotel budget lain? selalunya hotel budget lain korang akan dapat shampoo dengan bath liquid dalam botol picit yang gantung kat dinding tu lagi…huhu…
Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka :Hallmark Crown Hotel Part 3
Foto atas : Tu dia, pintu kaca dan lantai mozek organik, bukan kaleng-kaleng punya mozek cap ayam yang selalu korang jumpa kat budget hotel lain. Semua aksesori besi dalam ni dibuat daripada stainless steel daripada tisu holder sampai ke tempat letak tuala.

f-tilam empuk 4 star katil saiz king, bantal 4 biji empuk x sakit tengkuk

g-ada pula meja tulis dengan lampu  baca ( reading lamp) tak macam budget hotel lain yang ada katil, TV, bilik air dengan ruang laluan sempit.( nak solat pun atas katil)

Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel cuma 900m dari Bukit St.Paul @ Bukit Melaka
Foto atas : Meja tulis panjang lagi, berlaci built-in pada dinding hotel, ada reading lamp, 2 unit power plug, telefon digital weh! Budget hotel lain telefon cap hayam pun tak de…

h-ada pula disediakan cerek elektrik untuk masak air, 2 cawan dan 2 mug berserta uncang teh, kopi, gula dan krimer( Nescafe bro, bukan kopi segera cap ayam). Kalau budget hotel lain korang kena dapatkan air panas dari Coway kat luar bilik kan?

i-peti besi dgn nombor kombinasi digital

j-air con bilik pun jenis centralise bukan jenis rumah yang sangkut pada dinding hotel, dan suhunya juga baik.

k-Parking kereta juga disediakan sebaahagiannya di bawah bangunan, tapi bagi sesiapa yang cepat dapatlah parking dan selamatlah kereta daripada berembun dan berpanas. Kebanyakan budget hotel yang korang biasa jumpa di hadapan rumah kedai dan open , kan?

Semua yang Min ceritakan di atas admin perolehi di budget hotel ni dengan tempahan sub RM100, boleh caya tak? Percayalah.. tapi pandai-pandai koranglah nak booking kat mana Hotel Booking website yang menawarkan harga terbaik dan nilai terbaik untuk duit anda semua hehehe…

Min pun tak nak cakap banyak -banyak..nanti korang check la hotel ni klik gambar kat bawah 👇 untuk terus pergi ke website booking 👇

Admin cadangakan fans semua follow, jangan terlepas nanti melepas! Camaner nak follow? ikut camni–> lihat ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow macam bawah ni ha, kemudian tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. 🙂 Salam Isnin!

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com


Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Food Court Galleria, a.k.a Medan Selera Kebayan, Plaza Kotaraya, Johor Bahru.

$
0
0

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Medan Selera Galleria a.k.a Medan Selera Kebayan terletak di dalam Kompleks Beli dan Belah The Galleria, yang juga dikenali sebagai Plaza Kota Raya. Bagi korang nak mencari pelbagai jenis aneka makanan dan minuman datanglah ke sini ya kalau berkunjung atau melancong ke Johor Bahru.

Foto atas : Gerai Kebayan Aras Ledang yang semenjak 30 tahun lepas hingga ke saat ni masih lagi menghidangkan menu Rendang Hati Lembu kegemaran admin. 😋 Delicious!

Lokasi medan selera ini yang terletak pada aras tanah atau ground memudahkan korang dan pelanggan-pelanggan dari sekitar datang ke sini. Medan selera ni sebenarnya terletak sama aras dengan jalanraya di hadapannya serta mempunyai foyer untuk menurunkan pelanggan yang datang berkenderaan. Abang- abang Grab dan Food Panda juga mudah mendapatkan makanan bungkus yang dipesan oleh pelanggan-pelanggan.
Satu lagi kalau korang nak tahu The Galleria yang menempatkan medan selera ni juga terletak hampir sangat dengan :-

a. 300meter dari Persada Convention Center

b. bersebelahan dengan Bangunan Bersejarah Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

c. terletak cuma 800meter dari tapak Bazaar Karat, JB.

d. 500meter dari Waterfront Sg. Segget
e. 1.5km dari Johor Bahru Sentral ( JB Sentral) stesyen keretapi perhentian terakhir sebelum cross border ke Singapura)

f. dan lain-lain tarikan pelancong ke pusat bandar Johor Bahru

Foto atas menunjukkan gerai yang bernama Kebayan Aras Ledang di mana gerai ni menyediakan lauk pauk makan tengahari yang dah jadi favourite admin semenjak tahun 1990-an lagi . Era 1990-an selepas admin SPM memang selalu ke sini pada waktu tengahari . Lauk yang menjadi favourite admin ialah hati lembu masak kuah rendang.

Pelbagai jenis lauk-pauk masakan Melayu yang boleh korang terliur air liur dibuatnya sementara mencedok lauk ke dalam pinggan nasi yang panas. Antara lauk tersebut ialah asam pedas ala Johor, hati lembu rendang, pelbagai jenis menu lemak dan lemak cili api, ikan-ikan termasuk juga ulam-ulaman segar serta sambal belacan.


Foto menunjukkan pintu masuk direct ke Food Court @ Galleria a.k.a Medan Selera Kebayan yang dahulunya famous disebut-sebut oleh orang JB

Masuk jer dan di kiri korang dah nampak gerai menjual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk kat food court ini

Suasana dalam tempat makan best di Johor Bahru ni

Food Court Galleria Kotaraya QR Scan dulu sebelum masuk ya

Salah satu gerai minuman yang menjual pelbagai jenis air batu kisar seperti pelbagai stail ABC, ABC Special, XYZ, Cocktail Ice dan pelbagai lagi jus-jus sejuk ahhhhh..boleh buat “brain freeze” di buatnya

Tu dia ABC Special dengan ice-cream topping!! 😋
Satu lagi kepakaran mencipta minuman/dessert berais : Ice Jelly
Gerai Stesyen Bubur Kimchi yang menjual beraneka jenis dan stail bubur seperti bubur kimchi, bubur ayam, bubur daging lada hitam, bubur pisang(pengat), bubur pulut hitam, bubur kacang + Ubi, Antara yang dijual di sini seperti Laksa Johor, pelbagai jenis pau dari pau ayan, pau daging, pau telur masin, pau peanut butter! pau durian, pau kacang hitam , pau kelapa, mantou goreng+kari, Mantau frozen pun ada! Dan pelbagai lagi..

Macam mana rasanya Bubur Kimchi? Moh ke sini, rasa dulu bubur Kimchi macam mana, baru bole komen

Korang tengok jerlah menu menu Stesyen Bubur Kimchi ni haa masukkkk…

Suasana di dalam medan selera Kebayan, Galleria Food Court. Terdapat juga pelbagai jenis masakan ala Thai

Kat depan seberang jalan tu ada on-the road parking, so kalau ada kosong boleh park kereta kat sana dan masuk ke entrance food court di sini. Kalau anda naik teksi atau Grab, diorang akan turunkan kat sini. Its easy ! As simple as ABC!! Ice kachang man!
Entrance ke tempat makan best di Johor Bahru ni selain berdepan tempat drop-off penumpang juga berdepan dengan kuil Gurdwara Sahib Johor Bahru (Tempat perhimpunan Sikh)
Kuil Kaca Arulmigu (Arulmigu Sri Rajakaliamman Glass Temple) : Salah satu daripada tarikan pelancong-pelancong asing ke Johor Bahru

Min syor kan fans semua follow! Apa cara nak follow? ikut cenggini–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bottom, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. Admin cadangakan fans semua follow! Bagaimana nak follow? ikut camni–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

$
0
0

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet

Air Papan Chalet merupakan salah satu tempat penginapan yang telah wujud semenjak kian lamanya di pantai Air Papan, Mersing dan dari kajian admin telah wujud semenjak 2014 lagi. Korang akan dapati lokasinya cuma beberapa langkah sajer dari pantai Air Papan. Buat korang yang menggemari chalet santai dan bukan yang berkategori upmarket mungkin chalet ini sesuai buat korang . Satu lagi di sini tidak terdapat hotel-hotel atau resort yang bertaraf 3, 4 hingga 5 bintang di sini. Penginapan di sini adalah lebih merupakan budget hotel, chalet atau penginapan budget  yang hampir kesemuanya diuruskan oleh para penduduk penduduk tempatan.

Sri Mersing Resort, Air Papan

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Bagi anda yang inginkan kemudahan hotel bertaraf 1 bintang dan ke atas anda bolehlah cari penginapan tersebut di bandar Mersing. Tapi setelah min riki riki di sini hotel 4 bintang tak wujud di sini.

Di sini belum ada resort atau chalet yang bertaraf bintang, jadi marilah ke sini dan pengalaman anda tinggal di chalet atau resort Air Papan boleh dijadikan kayu ukur bagi menaraf bintangkan penginapan di sini …ahakkks 🙂

Bagi anda yang memilih untuk menginap di sini pantai hanyalah terletak beberapa langkah sahaja dari chalet ini. Berikut adalah chalet-chalet penginapan yang terdapat di sini:

Chalet 2 bilik Sri Mersing Resort

Sri Mersing Resort

Air Papan Chalet

Disediakan dengan chalet binaan batu bagi yang mempunyai kemudahan penghawa dingin(air-con).Chalet Papan pula bagi yang disediakan dengan kemudahan kipas angin sahaja. Sangat sesuai bagi mereka yang mencari penginapan budget rendah untuk keluarga atau berkumpulan seperti rakan-rakan atau persatuan/kelab.

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di MersingChalet Air Papan

Tips bawak baju sedikit: Bagi engkorang yang bawak baju sedikit tapi bila sampai kat sini terlebih daftar hari dek kerana terpikat dengan keindahan Air Papan ni, jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual baju-baju t-shirt kedapatan dengan jumlah yang agak banyak juga di sini.

Tips Aktiviti Ekstrim: Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam dan snorkeling , terdapat juga kedai-kedai aksesori renang dan pakaian yang besedia memberikan perkhidmatan aktiviti jenis ini. Ini samada mereka menjadi agen servis syarikat yang mengendalikan aktiviti ini atau mereka sendiri juga menyediakan perkhidmatan ini. Rajin-rajinlah survey ya!

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Sri Mersing Resort-chalet-chalet

Aktiviti Yang Tiada: Bungee jumping dan Nature -trail!

Sri Mersing Resort
Penginapan berbentuk chalet berkembar. Setiap satu chalet mempunyai pilihan 1 bilik+ ruang tamu atau 2 bilik+ruang tamu.
Terdapat juga chalet dengan bilik air yang mempunyai 1 katil king + katil 2 tingkat(sesuai untuk 3 anak di mana tingkat bawah dengan tilam saiz king dan atas tilam saiz bujang-single)
Mempunyai kemudahan swimming pool dewasa dan kanak-kanak(wading pool)
Surau yang agak besar(stand-alone building)
BBQ pit

Air Papan, Chalet dan Resort : Dewan Makan Sri Mersing Resort
Dewan makan(untuk berkumpulan sahaja)

Untuk video clip Sri Mersing Resort dan apa yang ada di dalamnya korang boleh klik link Youtube di bawah 👇

Air Papan Beach Resort, Mersing

Air Papan Beach Resort, Mersing

Air Papan Beach Resort, Mersing, satu lagi penginapan berbentuk chalet dan resort yang agak menarik dan menyediakan penginapan yang mampu anda biaya dan terdapat pelbagai jenis bilik-bilik chalet penginapan yang disediakan

Air Papan Beach Resort ini juga cuma terletak sepelaung saje jaraknya dari pantai Air Papan ya. Jadi boleh memakai swimming gear dari bilik penginapan di sini sambil berjalan kaki ke Pantai Air papan ye! 🙂

Mersing Beach Resort, Air Papan, Mersing

Klik gambar bawah 👇untuk Tempah dan Book Mersing Beach Resort cepat Raya dah dekat ni 🙂

Merupakan antara resort yang terbaru sekali dinaik taraf di Air Papan, lengkap dengan kolam renang dan cuma sepelaung sahaja daripada pantai Air Papan.

Fishing Bay Resort

Resort ni menawarkan perkhidmatan jenis pertengahan dan oleh itu kadar bayaran penginapan adalah mid-range.

FISHING BAY RESORT-CHALET DI AIR PAPAN, SWIMMING POOL

FISHING BAY RESORT-CHALET DI AIR PAPAN

Klik Foto  Bawah  👇 untuk Tempah Bilik kat Fishing  Bay  Cuti  Raya ni:)

Mempunyai penginapan chalet jenis standard, family,superior dan deluxe room. Kadar caj penginapan terendah bermula dari RM118.00 (tak termasuk 10% cukai kerajaan dan GST)

Berbanding dengan penginapan chalet yg lain, yang ini menyediakan sarapan pagi untuk 2 orang bagi setiap kategori bilik.

Kemudahan -kemudahan yang terdapat seperti cafe(menu western dan tempatan), bilik karaoke, BBQ pit untuk disewa, swimming pool dan wading pool(kanak-kanak), bilik mesyuarat dengan air-con dan surau.

Hari masih siang lagi ni, jangan lambat booking bilik..  klik foto di bawah👇 untuk Tempah Bilik kat Fishing  Bay

Lain-lain perkhidmatan jenis adventure yang disediakan:
-snorkeling
-basikal
-kayak
-trekking dengan jurupandu
-banana boat
-memancing laut dalam
-Island picnic lunch
-perlatan permainan sukaneka(telematch)
-beach volleyball
-joran pancing(RM40.00 sehari)

Teluk Godek Beach Resort

Penginapan di sini juga merupakan chalet-chalet penginapan . Jarak dengan pantai hanya beberapa langkah sahaja. Chalet ni kalau engkorang tengok daripada segi fizikalnya memang agak biasa-biasa jek, tapi cuba ke kaunter pendaftaran pastinya agak memeranjatkan juga kerana harganya tidaklah rendah . Mungkin kerana penginapan di sini mendapat permintaan ramai terutamanya pada hari-hari kelepasan am dan hujung-hujung minggu.

Teluk Godek Chalet Resort

Tips untuk backpackers: Kalau engkorang rasa harga-harga penginapan kat sini mahal, ni lah masanya untuk pasang dan khemah , entah-entah lagi berbaloi-baloi menikmati keindahan malam di pantai Mersing dengan berkhemah. Lagi best kalau dapat tidur sama mendengar bunyi deburan ombak yang sesekali menghempas di kepala masing-masing.

Tips  Berkhemah : Pastikan korang tau aras pasang dan aras surut pantai, jangan plak tengah malam korang terjaga dalam air  laut pasal  korang pasang khemah tepi pantai masa air surut yeaa…ohhh yeaaa  🙂 ahakkkss

Tips nak lagi murah: Kalau kat Pekan Mersing tu hotel-hotel memanng la agak tinggi harganya berbanding kat sini, bagi yang datang untuk berkhemah atau camping lebih murah kalau sarapan pagi, tengahari dan malam tu dibuat sendiri. Pancing jangan lupa bawa sekali sebab di sini airnya bersih dan pastinya ikan-ikan kedapatan dengan banyaknya.

Teluk Godek Chalet ResortFoto atas : Agak otentik dan dipenuhi dengan flora fauna fungus chalet ni

Chalet Sri Tanjung
Chalet ini menawarkan kos penginapan berbudget rendah. Jarak chalet hanya beberapa langkah sahaja dari pantai. Harga dari RM80 ke atas

Walaupun Tahun Melawat Malaysia 2014 dah nak sampai ke hujungnya masih belum terlambat untuk korang nikmati percutian hujung tahun ni yeaa..

Tu dia…sedikit sketa Air Papan chalet dan Resort …akan bersambung lagi…

Cari daun ketupat? Pasar Peladang, Skudai, Johor Bahru

Cari santan segar? Santan Mak Midah, Pasar Peladang, Skudai, Johor Bahru

Terkini-Cari ayam segar? Pasar Peladang, Skudai, Johor Bahru

Viewing all 266 articles
Browse latest View live