Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan di Port Dickson Yang Menarik : Kedai Makan Sembilang Salai dan Nasi Padang
Port Dickson ni memang menarik dan merupakan tempat yang famous untuk berkunjung dan bercuti. Memang dah terkenal di seantero negara. Siapa jer kat malaysia yang tak kenal pantai Port Dickson ni kan?
So pada post ni admin nak bawak korang jalan-jalan ke PD ni. Apa PD tu?
Ok PD ialah singkatan bagi orang KL, Selangor dgn Negori sendiri kalau cakap nak pergi ke Port Dickson. Admin nak bawak korang jalan-jalan makan angin ke PD. Sebelum makan angin kita ke tempat makan makan di pinggir jalan ke PD ni ya.
Admin memulakan perjalanan dari Johor lebih kurang dalam pertengahan pagi dan alhamdulillah lebuhraya utara selatan lancar , tak de kesesakan atau jem . Setelah dua jam perjalanan kita orang pun sampai ke Exit Pedas-Linggi dan dari situ kami meneruskan perjalanan ikut jalan lama, dua lorong jer .
Pandangan di sepanjang jalan sebaik sahaja melepasi tol Pedas Linggi memang amat menarik hati. Dalam banyak- banyak tempat tika memandu, Admin memang amat suka menyusuri jalan-jalan lama yang merentasi desa-desa indah dan pekan pekan kecil indah seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Sebabnya kita dapat menikmati pemandangan pemandangan indah yang kedapatan di kiri dan kanan jalan.
Kali ni admin nak ceritakan sikit pasal percutian kami ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika melepasi tol waktu pun dah tunjukkan pukul 1.30 tengahari jadi kami pun ambil keputusan untuk mencari tempat makan best untuk melayan perut yang dah berbunyi-bunyi pada masa tu, tak lama selepas tu kami pun singgahlah di Kedai Makan Sembilang Salai dan Nasi Padang.
Tu dia, cuba tengok minuman berkarbonat atau air gas di dalam botol botol klasik kecil yang biasanya kita juma di kampung kampung. Air masak juga diberi percuma. Kalau korang nak cari bahan mentah di sini Kedai Makan Sembilang Salai dan Nasi Padang juga menjual daging rusa, daging itik, buruh puyuh dan udang galah yang dijual mengikut sukatan kilogram.
Mudah nak ke sini , kalau korang dah keluar dari Tol Pedas-Linggi amik arah ke Port Dickson, dalam 10 minit di sebelah kiri akan nampak kedai makan, macam foto yang admin shot kat atas ni.
Hmm…sama tengok lauk pauk ni meleleh air liuk admin dibuatnya….menu masakan negeri sembilan yang kalau kat negeri lain macam Johor dengan K.L Selangor adalah standard… tapi kat sini, itik masak lemak pun kita boleh jumpa.. dan cara masakannnya dan keenakan membuatkan langsung kita tak sedar yang itu adalah daging itik.
Muaiii makan tengahari kat sini, lauknya pun pelbagai, makanan ori orang Negeri Sembilan. Harganya pun agak berpatutan
Tu dia daging salai masak lomak cili api, daging itik masak lomak, asam pedas sembilang ala N9,
Kerepek-kerepak dalam pek plastik dan makanan lauk yang kering tahan lama pun turut dijual di sini, mcm sambal pedas botol, wajik, dan pelbagai.
Lepas makan nasi nak cuci mulut pun ado bubur pulut hitam, janggg
Rambang mato den dibueknyo…semuo nampak sodap-sodap..baunya yang enak pon dah buat perut berbunyi bunyi minta diisi..Tu dia harga makanan pun dah dicatitkan kat papan tanda di dalam kedai makan ni, digantung berdekatan dengan cashier bayaran. Di bawah ni den catit hargo makanan buek panduan korang :-
a. nasi puteh rm1.50
b.gulai itik salai rm4.80
c.gulai ayam kampung salai rm4.80
d.gulai daging salai 1 senduk rm6.00
e.gulai burung puyuh salai rm4.70
f. gulai ikan keli salai rm rm.4.50 ( ikut saiz)
g.rendang itik rm4.80
h.rendang ayam kampung rm4.50-5.00
i.ayam sambal rm3.80
j.ayam kari rm3.80
j. dll yang menyelerakan, korang study la harga makanan di atas sendiri la yer…
Sekarang korang dah terbayang bayang makanan menu ala negeri sembilan yang sedap ni.. kan? So camane nak ke sini? Cuti sekolah pun dah mula hari Sabtu ni. Jadi admin snapshot peta Google lokasi kedai makan di bawah untuk panduan korang.
Pada map kat atas kedai ni ditandakan sebagai Restaurant Sembilang Salai, Tu dia kalau nak ke sini korang “fire up” Waze korang dan nyam-nyam…
Selepas menikmati makan tengahari yang menyelerakan, pedas dan berpeluh-peluh dek kerano kehangatan lomak cili api negoghi…kami pun bertolak menuju ke Thistle Hotel, PD, iaitu destinasi utama kami…bersambung..
Untuk follow sila ke bar kiri pada homepage ya…adioss..amigoes