Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Pantai Lido-Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru

$
0
0

 Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor  Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru

Pantai Lido ni merupakan sebuah tempat menarik yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Merupakan tempat yang amat famous kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini, suatu ketika dahulu hingga ke tahun 80-an, nama Pantai Lido tak kurang amat terkenal sebagaimana terkenalnya Pantai Batu Burok, di Bandaraya Kuala Terengganu, dan Pantai Batu Feringghi di bandaraya Pulau Pinang.

 Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor BahruFoto atas : Menara Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam  dihiasi dengan lampu limpah, turut menerangi sekitar dataran bandaraya yang mengandungi “granstand-amfitheater ” (terbuka kepada awam hingga 12.00malam), LCD Raksasa Yang Menyiarkan Siaran jika ada Perlawanan Bola antara JDT Team dan lain-lain Kelab Bola dalam negara. Di sini juga terdapat  padang bola.

 Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Baharu : makan best steamboat Foto : Lepas makan steamboat celup-celup, kita jalan-jalan pulak kat  tepi Pantai Lido

Jaraknya cuma 100meter sahaja dengan Pantai Lido. Jadi ramai pengunjung-pengunjung yang bersiar-siar di Pantai Lido pada waktu malam juga akan berkunjung ke Dataran Bandaraya. Dan yang paling  menarik, tempat  ini juga membolehkan  anda menikmati makanan Steamboat Cocok ( celup-celup ) di kawasan parking dataran ini.  Kalau korang nak tahu, di sinilah tempat medan selera Steamboat Cocok terbesar di Malaysia, di mana terdapat lebih daripada 30 peniaga yang kesemuanya meniaga makanan ini ( wajib jual Steamboat Cocok dan lain-lain sebagai sampingan )

 

Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor BahruOk, sekarang kita kembali semula pada topik utama kita, iaitu tempat menarik Pantai Lido. Cuba korang perhatikan gambar di atas, pantainya mempunyai pasir yang putih dan halus, anda masih boleh parking kereta di sini ( ada parking lot di tepi jalan ini).
Suatu ketika dahulu admin selalu berjalan-jalan di pinggir pantai Lido ini sambil mengutip kulit kerang-kerangan sambil menikmati angin pantai yang bertiup dari Selat Tebrau ini. Lagi info dan cerita tentang nostalgia Pantai Lido, tempat menarik di Johor Bahru sila klik di sini

Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru

Ya, ketiga-tiga pantai yang amat terkenal tersebut memiliki warisan pantai yang sememangnya menjadi tempat menarik dan unik kerana terletak dalam kawasan bandaraya masing-masing. Kalau datang ke sini anda akan dapat lihat ramai yang mandi-manda di sini.

Yang menariknya kini, tapi agak janggal sedikit kerana , jika di sini ,ke bandaraya Johor Bahru, anda akan dapat lihat kapal-kapal berlabuh hingga ke pinggiran pasir pantai .

Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru

Foto atas : Dari sini, iaitu di kawasan berdepan dengan Hospital Sultanah Aminah di seberang jalan anda akan nampak persimpangan bertingkat yang dibina di atas tanah tambakan di atas rezab laut Selat Tebrau.Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru

Foto atas : Mungkin kerana pasir yang mempunyai kandungan kesuburan tinggi , rumput rumpai boleh hidup di atas beteng pasir ini

Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor Bahru Jika anda ke Johor Bahru nikmatilah pemandangan tempat menarik ni, tak jauh daripusat bandaraya ( Pasar Karat ), cuma 5 minit dengan  berkereta. Malam hujung minggu nya juga amat meriah dengan para pengunjung berkereta menikmati angin malam bersiar-siar ( strolling ) bersama keluarga dan rakan di sepanjang Pantai Lido ini.

Meh kita tengok pula lokasi pantai ni di mana berdasarkan kepada map di bawah :

Pantai Lido Dataran Bandaraya Johor Bahru – Tempat menarik di Johor BahruTu dia, jadi korang akan dapati lokasi Pantai Lido ni berhadapan dengan Hospital Sultanah Aminah, 700meter dari Dataran Bandaraya JB di mana di sebelahnya pula ialah Stadium JDT yang menjadi tempat latihan Pasukan Bola JDT.

Ok, kiranya anda menginap di hotel atau  homestay di sekitar Legoland atau sekitarnya seperti Bandar Bukit Indah dan lain-lain marilah datang ke sini, jarak  dari bandar Bukit Indah atau  Legoland cuma akan memakan masa lebih kurang 20 hingga 25 minit , dan pemandangan di kiri dan kanan  juga menarik

Ok, tu dia serba sedikit tentang Pantai Lido.Sehingga kita bertemu lagi di lain masa dengan posting dari admin J2C2 Adios amigoess!! 🙂

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, peta lokasi location map how-to-go, Tempat menarik Tagged: celup-celup, dataran bandaraya, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Pantai Lido, Stadium JDT, Steamboat Cocok, tempat menarik

Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Trending Articles