Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Jalan-jalan, Cuti-cuti ke Tempat Menarik di Desaru, Johor

$
0
0

Jalan-jalan, Cuti-cuti ke Tempat Menarik di Desaru, Johor

Pantai Desaru berbayar RM4 sekali masuk, memang dijaga, disapu dan digemburkan pasir pasir pantainya

Pantai Desaru berbayar RM4 sekali masuk, memang dijaga, disapu dan digemburkan pasir pasir pantainya

 

Tempat menarik di Johor ni iaitu Desaru memang dah famous dengan warga Johor, Singapura dan seluruh pelosok Malaysia semenjak dari dulu lagi. Kalau nak korang nak tau desaru memang dah terkenal semenjak pertengahan tahun 70-an hinggalah ke awal tahun tahun 90-an.

Inilah zaman kegemilangan Desaru  iaitu semasa  Johor di bawah menteri besar YAB Datuk Seri Muhyiddin Yassin. Pada era tu, hujug minggu dan cuti sekolah memang ramai , baik pengunjung lokal mahupun dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina hinggalah  yang datang dari sejauh Hong Kong. Mereka yang datang dari Hong Kong ini pula masuk melalui singapura sebab cuma ambil masa 1 jam sahaja perjalanan selepas melepasi imigresen di Johor Bahru.

Foto atas: Amat majestik juga Jambatan Sungai Johor, dekat Desaru ni kerana daripada kejauhan 5km boleh dilihat menara jambatan yang sepanjang 5km merentasi Sungai Johor yang amat lebar ni.

 

Manakala pada pertengahan tahun 90-an membawa ke tahun 2013 desau ini mengalami kejatuhan dan bilangan pelancong jatuh dengan drastik. Di masa inilah Johor di bawah pentadbiran YAB Dao Ghani Osman. Di kala ni kalau korang datang ke sini, memang banyak hotel-hotel dan resort yang ditinggalkan( abandon ). Ramai pengusaha-pengusaha hotel di sini yang bungkus. Dan pada masa tu korang boleh lihat hotel-hotel buruk yang ditinggalkan oleh pengusaha-pengusaha ditumbuhi dan dipanjat oleh semak samun.

Tapi keadaan mula berubah pada sekitar tahun 2013 ketika johor di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Khalid Nordin. Desaru mula mendapat perhatian semula dari pengunjung-pengunjung dari dalam negara dengan usaha-usaha yang genius dari pimpinan YAB Dato Khalid Nordin.

Foto : Jambatan 4 lorong, agak tinggi kerana kapal-kapal bersaiz sederhana boleh lalu di bawahnya.

 

Foto : Papantanda Memancing dilarang di atas jambatan Sungai Johor, Desaru hisap vape ok

Foto : Papantanda Memancing dilarang di atas jambatan Sungai Johor, Desaru hisap vape ok

 

Tips Booking Hotel/Chalet/Homestay

Awas! Semenjak 2019 Desaru ni dah “booming” semula, korang kena booking dulu sebelum datang ke sini. Kalau korang datang dari jauh dan berkeluarga meen nasihatkan korang tempahlah homestay awal-awal.  Jangan menyesal satu keluarga tidur dalam kereta sambil ditemani irama bunyi nyamuk-nyamuk berpesta denga rezeki malam tu. Desaru sekarang dah bangkit dari zaman kejatuhan dulu. Ahaksss 😀

Ok sekarang kalau korang nak ke sini, di bawah ni admin ceritakan cara macam mana nak ke sini. Masa perjalanan adalah sebagaimana berikut:

Tips jarak dan masa perjalanan.

1.Jarak perjalanan dari bandaraya Johor Bahru melalui Lebuhraya Senai-Desaru-Pasir Gudang ialah 1 jam

  1. Jarak perjalanan dari Nusajaya( pusat bandar komersil Nusajaya iaitu Bandar Bukit Indah ) Lebuhraya Senai-Desaru-Pasir Gudang ialah  45 minit. kiranya anda menginap di sini samada hotel, motel atau homestay juga amat mudah kerana exit lebuhraya masuk terus ke bandar ini. Dengan Exit Bukit Indah ini anda boleh terus masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang, kemudian bila sampai di sini ikut papantanda utk ke Lebuhraya Senai-Desaru Pasir Gudang

NOTA PENTING:
Lebuhraya Pasir Gudang dan Leburaya Senai-Pasir Gudang-Desaru adalah 2 lebuhraya yg berbeza. Lebuhraya Pasir Gudang bermula dari Jalan Skudai hingga ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Manakala Leburaya Senai-Pasir Gudang-Desaru bermula dari Senai dan berakhir di Tol Penawar, Desaru.

Tu dia atas tadi sedikit sebanyak latar belakang fasal Desaru ni… ok, jadi sekarang kita mulakan cerita fasal perjalanan Krew Jalan2cuti2 ke Desaru.

Foto atas : Pantai Desaru ni juga boleh korang nikmati service Banana Boat .Nikmatilah pemandangan Laut China Selatan di sini, pantai di sini juga selalu disapu dan digemburkan dengan jentera pembajak, jadi admeen agak berpuashai dgn bayaran masuk RM4 sekali tu.

Foto atas : Pantai Desaru ni juga boleh korang nikmati service Banana Boat .Nikmatilah pemandangan Laut China Selatan di sini, pantai di sini juga selalu disapu dan digemburkan dengan jentera pembajak, jadi admeen agak berpuashai dgn bayaran masuk RM4 sekali tu.

Kami bertolak ke Desaru dari johor bahru pada pukul 11.00pagi melalui Jalan Skudai terus ke Pasir Gudang iaitu melalui Pusat Bandar Pasir Gudang. Di situ kami masuk ke Exit Pasir Gudang- Desaru ( masuk ke Lebuhraya Senai-Desaru-Pasir Gudang ). Kami hanya masuk ke lebuhraya ini di pasir gudang kerana hari tersebut hari pertama Tahun Baru Cina dan yakin takkan ada kesesakan lalu lintas , tak macam hari kerja biasa.

Lebih kurang pukul 11.45 kami pun tibalah ke tol bandar Penawar yang jaraknya cuma 5km ke pantai Desaru .

TIPS DATANG DARI K.L atau Utara

Bagi korang yang datang dari  utara yakni melalui Lebuhraya Utara Selatan perlu keluar di Exit Senai Utara  (PLUS) dan dari situ ikut arah papantanda Leburaya Senai –Pasir Gudang-Desaru

Tu dia atas tadi sedikit sebanyak latar belakang fasal Desaru ni… ok, jadi sekarang kita mulakan cerita fasal perjalanan Krew Jalan2cuti2 ke Desaru.

Kami bertolak ke Desaru dari Johor Bahru pada pukul 11.00pagi melalui Jalan Skudai terus ke Pasir Gudang iaitu melalui Pusat Bandar Pasir Gudang. Di sana kami masuk ke Exit Pasir Gudang- Desaru ( masuk ke Lebuhraya Senai-Desaru-Pasir Gudang ). Kami hanya masuk ke lebuhraya ini di Pasir Gudang kerana hari tersebut hari pertama Tahun Baru Cina dan confirm gila  takkan ada kesesakan lalu lintas , tak macam hari kerja biasa. Tepat seperti jangkaan, memang lebuhraya 2 lorong ni aman dan damai, admin bawak kereta sambil lalala..

Alhamdulillah Lebih kurang pukul 11.45 kami pun tibalah ke tol bandar Penawar yang jaraknya cuma 5km ke pantai Desaru . Masa kat highway tadi memang clear, tapi selepas tol Penawar sejauh 1 km ke simpang di depannya dah agak sesak. Tapi agak cepat juga nak melepasi simpang 4 trafik light ni dalm 10 minit jer…pun.

 Papantanda yang tercongok di pintu masuk kawalan bayaran masuk untuk memasuki pantai awam Desaru

Papantanda yang tercongok di pintu masuk kawalan bayaran masuk untuk memasuki pantai awam Desaru

 

Anda yang berkereta dikenakan bayaran masuk  untuk memasuki pantai awam Desaru. Bagi yang menginap di hotel yang mempunyai pantai dah termasuk pada pakej hotel tersebut . Bayaran adalah  seperti berikut:

1. Kereta/van rm4
2. Motosikal rm1
3. Bas (ikut bilangan penumpang) Rm1 per kepala
4. Parkingf bagi yang bermalam seperti camping RM10 per kepala, kanak-kanak rm5

Waktu operasi bayaran tiket bagi yang bermalam di tepi pantai Desaru ni ialah dari 7.00pm ke 7.00am

Akan bersambung lagi… sila follow..macam mana nak follow? ikut arahan di bawah..jangan terlepas nanti melepas..ahakss.. 😀 . Masukkan email..

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 265