Tempat Menarik di Johor : Desaru Beach, Pantai Indah Seribu Tarikan
Foto: Pantainya dihiasi dengan pasir halus, cantik dan sering dijaga, masa admin sampai pepasir pantai ni baru jer digaru dengan jentera pembajak.
Tempat menarik di Johor ni iaitu Desaru yang indah menawan dengan pepasir pantai yang halus dan memutih ni memang dah famous dengan tarikan semulajadi. Ha.. itu yang semulajadi dari segi natural beauty, kata omputeh. Yang menarik , kini semenjak pantai yang menganjur sepanjang 25 km hingga ke Sedili ni diberikan penumpuan ekonomi oleh kerajaan semula, pelbagai tarikan yang bukan natural telah wujud di sini.
Buat pengetahuan anda, Sedili juga merupakan pantai yang berjarak 25km dari Desaru dan juga mempunyai tarikan semula jadi pantai berpasir yang sering menjadi tempat mandi manda buat pelancong dan orang tempatan.
Ohh ya, bagi korang yang terlepas pada cerita latarbelakang dan info-info yang bermanfaat tentang pantai ni pada post admin yang lepas, korang boleh baca semula pada pautan di bawah ni ya:-
Foto atas : Tu dia, berseni bila petugas syarikat yang buat selenggara pepasir pantai ni menggunakan kreativitinya. Inilah yang sepatutnya dibuat oleh syarikat-syarikat dan hotel-hotel yang diberikan permit atau tol untuk menggunakan pantai sebagai sebahagian daripada kawasan untuk tetamu-tetamu yang menginap.
Apa lagi tak lama lagi cuti sekolah akan bermula pada hujung Mac depan ni, cuti cuti jalan jalan ler kita…
Akan bersambung lagi… sila follow..macam mana nak follow? ikut arahan di bawah..jangan terlepas nanti melepas..ahakss.. . Masukkan email..
———————————————————————————– ————————————————————