Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 265

Ape ke benda Kid’s Ahoy ni? Desaru Coast Water Park, Yang menarik Kat Johor

$
0
0

 Ape ke benda Kid’s Ahoy ni? Desaru Coast Water Park, Yang menarik Kat Johor

 

Ape ke benda Kid's Ahoy ni? Desaru Coast Water Park Yang menarik Kat Johor

Kid’s Ahoy kt Desaru Coast  Water Park ni apa ke pulak? Nak tau ape? Sini admin terangkan. Ianya ialah kolam permainan air yang dilengkapi dengan 13 jenis gelungsur air atau water slide yang direka khusus untuk anak-anak kecil anda hinggalah yang agak berusia sikit.

Jadi korang akan dapati yang Kid’s Ahoy ni memang amat sesuai dan pastinya akan menarik  minat anak-anak anda  yang masih lagi peringkat toddler, kanak-kanak dan yang berumur awal remaja. Kalau tengok foto kat atas kolam ni cetek lebih setengah kaki ajer dalamnya.

Itu jer ke yang ada kat Desaru Coast Water Park ni? Bukan tu jer..ada banyak lagi 🙂

Tips Background Tempat ni:
Buat  korang yang terlepas pada cerita latar belakang dan info-info yang bermanfaat tentang   Desaru dan pantainya yang mabeles ni,  ni pada post admin yang lepas,  korang boleh baca semula pada pautan di bawah ni ya:-

https://jalan2cuti2.wordpress.com/2019/02/18/jalan-jalan-cuti-cuti-ke-tempat-menarik-di-desaru-johor/

Ape ke benda Kid's Ahoy ni? Desaru Coast Water Park Yang menarik Kat Johor

Foto atas : Natural beauty of pantai Desaru , mana korang nak cari Taman Tema Air Kelas Antarabangsa yang kat tepi pantai. Langkawi pun tak de. Korang bosan atau bajet ciput? , boleh try Sampan Pisang (Banana Boat) tau!! bayar sekali naik tujuh orang, kan havoc tu?!! 🙂 Naik bot pisang sambil terjerit jerit ramai-ramai , nak nak bila pilot bot korner maut atas ombak kan?

Ape ke benda Kid's Ahoy ni? Desaru Coast Water Park Yang menarik Kat Johor

Kepada yang dah jemu naik Sampan Pishang, korang boleh jugak cuba Bola Lisut Pantai (Beach Volley Ball). Yang dah tua lisut pon boleh try, boleh main 8 orang lagi, sebelah 4 kan? Cuma jangan cuba-cuba  4 sebelah sana orang muda, mau ranap tulang pokcik dibueknya ..tak tokojar bola..alih-alih bola pulak yang kojar kau pokcik.. ahaksss 😀

Ape ke benda Kid's Ahoy ni? Desaru Coast Water Park Yang menarik Kat JohorFoto atas: Masih terdapat gerai-gerai harga rakyat

Tips Percutian Bajet Hybrid J2C2

Korang kalau nak main kat Legoland Water Park, kalau bajet ciput jangan laarr…serius admin cakap..pasal kedai mamak mahupun warung goreng pisang pon korang takkan jumpa dalam lengkongan (radius ) 7km dari Legoland Nusajaya ni…( tapi korang boleh drive ke  Bandar Taman Bukit Bukit Indah, yang kat dalam Nusajaya juga, di sini ada 4 restoran Melayu, 1 daripadanya menghidangkan sarapan, makan tengahari dan makan malam goreng-goreng nasi mee dan lain-lain. Di sini juga terdapat pelbagai hotel, motel bajet dan homestay )

Buat korang yang menghargai setiap pitis duit dalam dompet atau beg tangan  branded DKNY atau Birkin korang tu, di sini kat Desarumasih boleh korang jumpa souvenir atau barangan yang dijual di gerai-gerai tepi pantai berpasir yang indah ni. Harga pon mampu beli, tapi kena pandai pilih, jangan pulak terbeli pistol air pancut yang RM15 sebiji, walhal korang jalan 2-3 langkah jumpa plak yang Rm6 sebijik. Jangan menyesal…

menarik-johor -desaru-balau42-01Foto :Pantai Desaru yang indah

Kan jimat duit bila makan angin kat sini… Admin pun kalau gi makan angin pun pandai bagi bagi kan perbelanjaan, takkan la semua nak acah-acah banyak duit mcm orang kaya kan?

Ok, buat masa ni setakat ni lah jer yang dapat admin menceceh buat korang.. jangan terlepas posting pasal tempat ni lagi di masa akan datang…follow ye jangan tak follow, macamana nak follow, isi kan borang macam kat bawah ni..pergi ke Homepage dengan klik pada Header atau kepala tajuk.. Adios Amigoes! 😀

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save


Viewing all articles
Browse latest Browse all 265