Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 266

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

$
0
0

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, MalaysiaFoto atas : Public bank depan AEON

 Tempat makan kat Bandar Bukit Indah ni agak banyak juga la kalau korang campurkan dengan Aeon Bukit Indah beserta dengan Tesco Hypermarket yang terletak di Bandar Bukit Indah Johor Bahru ni. So, kalau korang tengah bercuti kat area Johor Bahru atau Nusajaya/Iskandar Puteri ni boleh lah ke sini mencari tempat  makan.

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, MalaysiaFoto atas : Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland yang menghijau

Ada restoran-restoran, kedai makan dan juga sedikit gerai ‘on street’ atau gerai jalanan di sini . Agak berbeza dan banyak kelebihan kat sini berbanding area Legoland di mana kedai-kedai makan dan restoran semua jenis mewah-mewah dan memang tiada langsung kedai-kedai makan tomyam dan kedai makan  rakyat kt legoland sana. Gerai burger?

Yelek, zilch, zero, kosong! Nak burger  ? bole…McD ada kt dalam Mall sebelah Legoland..harganya ehemmm… nak minum kopi atau teh, ngeteh?
ada…ada café-café yang secawan kopi tehnya harganya RM7-8 , yang harganya sama macam korang makan nasi tomyam panas ( macam tomyam Zaiton Indah, Bandar Bukit Indah ) dengan air jus buah kat bandar bukit indah. Haha..sediakan duit ajer laa…la la la

So kalau korang nak duduk kat area Legoland pastinya korang akan menginap di servis servis apartment mewah, tempat makan mewah dan makan-makan mewah serta harga makanan pun mewah juga wehh!

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia : Mak Engku Restaurant and CateringFoto atas : Mak Engku Restaurant dan Catering

Senarai tempat makan yang korang boleh temui di sini:-

  1. Restoran Zaiton Indah ( tomyam paling sedap di area Nusajaya/Kota Iskandar/Iskandar Puteri/Medini/Legoland/Puteri Harbour/Gelang Patah)
  2. Mak Engku Restaurant And Catering ( sarapan, tengahari dan malam termasuk gerai satey bebas)
  3. Mamak BMS Corner ( bersih, 24 jam, depan seberang jalan dari Dillenia Homestay ) Tuan punya kedai ni wanita India Muslim Malaysia, peramah orangnya , kalau admin ngeteh sini sempat berborak juga dengan owner ni. 7 malam ke atas depan kedai ni gerai burger Kluang start operasi.
  4. Restoran Najwa Wangsa (tomyam)
  5. Mamak Habib Restoran ( bersih gred A 24 jam)
    6. Mamak Osman depan AEON Mall ( sederhana bersih gred b 24 jam)
    7. Mamak Osman ( sederhana bersih gred b 24 jam)
    8. Mamak Hamid ( sederhana bersih, gred entah la.. 24 jam, admin dah tak pergi lagi, korang kalau setakat nak ngeteh boleh la)
    9. Nasi lemak Al Aisy depan Ambank Bandar Bukit Indah ( 6 petang ke atas )

Almaklumlah tempat legoland ni untuk bermewah-mewah serta dibangunkan untuk perumahan mewah, komersil mewah, tempoat hiburan mewah bagi menarik pelancong-pelancong luar negara yang berpoket tebal yang penuh berisi not not dollar, pound dan lain-lain lagi yang kalau convert ringgit gerenti kembung wallet tu. 🙂

Satu lagi korang takkan jumpalah rumah-rumah kos sederhana atau rumah mampu milik rakyat kat area legoland, medini , membawa ke Puteri Harbour ni. Ya tempat ni bandar baru mcm Putrajaya, tapi Putrajaya pun ada apartment-apartment rakyat dan medan-medan selera untuk rakyat, tapi kat sini minta maaflah ye, kalau korang income banyak, poket kembung sentiasa, ahli bisnes gaji besar ok sangat.  Ohh satu lagi admin nak bagi tau, tempat ni mati pada waktu malam, SO KALAU NAK NGETEH pkl 12 malam, sila ke Bandar Bukit Indah yang Cuma 7-10 minit memandu.

Firstly admin nak terangkan pada korang secara ringkasnya tentang Bandar Bukit Indah yang cuma 7-10 memandu kenderaan ke taman tersohor kat Malaysia ni iaitu Legoland.

Apa yang ada kat sini?
Bandar Bukit Indah ni kalau korang nak tau ialah pusat komersil atau ‘central business district’ bagi Nusajaya/Iskandar Puteri. Area Bukit Indah ni juga menjadi ‘prime area’ atau pusat aktiviti aktiviti bagi seluruh  area Nusajaya/Iskandar Puteri termasuklah Medini yang terdapat Legoland di dalamnya.

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Restoran Marco Polo ( Halal) Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia
Foto atas : Bank Islam anatara bank bank di sana

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia
Foto atas : McDonald dan streen scene depan AEON Mall

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Ada 9 buah bank perdagangan kat sini termasuk Bank Rakyat, Bank Islam, BSN, Public Bank, Maybank(dalam Aeon Bukit Mall), Bank Of China,  ICBC Bank dan pelbagai lagi prasarana. Klinik, farmasi, cyber café, kedai runcit, 7Eleven (4 bijik), dobi-dobi, worsyop tayar, servis kereta dan banyak lagi. Stesyen minyak ( 3 bijik semua petronas).

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, MalaysiaFoto atas : Maybank dalam AEON MALL Bukit Indah

Korang nak cari servis kereta atau stesyen minyak kat area Legoland? Sori bro…tak de..paling dekat pun kat sini lah..kat bandar taman bukit indah.

 

 Foto atas : Food Street dalam AEON MALL Bukit Indah

Selain daripada kedai-kedai makan kat luar,  korang akan temui gak tempat makan kat dalam Aeon Mall dan Tesco  bandar bukit indah ni. Macam biasa disediakan medan selera atau food court kat dalam ni.

Dalam Aeon Mall di Medan Selera Arena korang boleh dapati pelbagai jenis menu makan halal seperti goreng-goreng nasi dan mee tomyam dan thai, western food, masakan melayu, masakan Cina, Italian dan pelbagai lagi    ( tapi kat AEON ni banyak pekerja asing Bangladesh  yang jadi tukang masak, haha nikmatilah air tangan masakan Bangladeshi…  nyam nyam 😊..ahaksss. )

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, MalaysiaFoto atas : Medan Selera AEON MALL Bukit Indah

Kat dalam Medan Selera Tesco hypermarket sini pulak korang boleh temui juga pelbagai menu masakan dari pelbagai stall seperti :-
1. Goreng-goreng Thai dan Tomyam
2. Mamak dan menu seperti roti prata, bawang, bom, tampal, ghee, tosai dll
3. Nasi penyet ayam, ikan, gado-gado dan lain-lain lagi menu Indon
4. Gerai/stall makanan Melayu spt laksa, rojak, kuih muih dll lagi
5. Gerai menu nasi berlauk Melayu Malaysia
6. Gerai/stall masakan claypot seperti nasi claypot, yee mee claypot dll lagi seumpamanya.
Dan kebanyakan tukang masak kat sini adalah orang tempatan dan sedikit warga Indonesia.

Kalau korang nak tau pasal Bandar Taman Bukit Indah selanjutnya boleh lahklik  link di bawah ni :https://jalan2cuti2.wordpress.com/2013/11/30/bandar-taman-bukit-indah-dekat-legoland-malaysia/

Tu dia serba sedikit tentang tempat makan di bandar bukit indah dekat legoland ni..dan kiranya anda menginap di sekitar Legoland seperti di hotel, motel atau homestay pastikan makan di sini..sila follow untuk next posting dari admin..macam mana nak follow? ikut arahan di bawah..jangan terlepas nanti melepas..ahakss.. 😀 . Masukkan email..

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

 

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 266