Muar Soup House : Tempat makan di Muar, Bandar Maharani, Johor
Tempat makan di Muar, Johor ni memang banyak, salah satu yang famous ialah Muar Soup House yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Muar. Nak cari tempatnya pun tak susah, cum,a kalau korang drive kereta terpaksa parking jauh, terutamanya kalau tiba ke sini selepas 8.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.
Foto atas : Restoran ni, merangkumi 3 buah rumah kedai, di tengah-tengah pusat bandar Muar
Destinasi admin dan krew J2C2 ialah ke sini iaitu bandar Muar, selepas bermalam di Bandar Bukit Gambir pada hari sebelumnya dan menikmati sarapan pagi yang agak best di sebuah tempat makan dan sarap di Bukit Gambir juga.
Bagi yang menginap di Hotel Classic, Muar, korang hanya akan ambil masa dalam 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke restoran ni. Selain daripada berhampiran dengan Classic Hotel, tempat makan ini juga betul betul berhadapan dengan jalan yang menempatkan Muar night market atau terkenal dengan nama Uptown Maharani Muar.
Peta atas : Lokasi restoran yang strategik di tengah pusat bandar, dan cuma 500m dari pejabat Majlis Perbandaran Muar
Muar Soup House kalau korang nak tau merupakan satu satu restoran makanan halal Muslim jenis hybrid yang menghidangkan makanan India Muslim (mamak), Western menu dan juga sedikit menu resipi Indonesia seperti bakso dan gado-gado. Hargo makanan di sini juga wow! Memang very affordable dan boleh dikatakan amat berpatutan. Cuba fikir, rojak tanpa mee cuma rm4.50 sahaja. Nanti admin tunjukkan pada korang menu beserta harganya sekali.
Foto atas : Gerai Kambing Gunting di Muar Soup House, mbekkk
Sup pelbagai daripada sup ayam, lidah,babat,tulang dan kambing juga terdapat di sini. Dan memang sup kat sini tak dapat dinafikan memang sedap berbanding dengan lain-lain tempat makan.
Bersambung lagi , jangan lupa ikuti siri resstoran Muar Soup House, ….sila follow untuk next posting pasal tempat makan ni dari admin..macam mana nak follow? ikut arahan di bawah..jangan terlepas nanti melepas..ahakss.. . Masukkan email..dan fire up info bro..