Chalet di Air Papan , Resort dan Lain Penginapan : Fishing Bay Resort
Air Papan ni kalau korang ke sini memang tak menang mata dengan kaki tangan, kenapa lak? Mana taknya pemandangannya cantik, boleh mandi manda pulak kat sini. Pantainya berpasir dan berkilo-kilo meter panjangnya. Kat sini pulak ada JPM yang sentiasa mematau pergerakan korang dan pengunjung yang mandi manda kat sini.
Klik foto atas
untuk tempah bilik kat Fishing Bay Resort
Air Papan dan pantainya memang dah sinonim dengan orang Johor, dan memang dah famous semenjak azali lagi. Kenapa plak? Coz di sini pantainya panjang menjalur berbatu-batu dengan pepasir pantai yang memutih lantas memukau pandangan korang. Dihiasai plak dengan bukit bukau di belakang pantainya. Pengawal pantai pula ala-ala Baywatch pula disediakan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam, Malaysia bagi memantau pengunjung pengunjung yang berlibur dan mandi manda di sini
Tips Keselamatan Mandi-manda:-
Sentiasa waspada dan awasi anak-anak korang terutamanya pabila air pasang tinggi dan ombak kuat, di mana pihak JPM akan memasang papan tanda amaran . So, jangan banyak songel kononnya korang boleh jaga diorang atau ambil sikap lewa. Nyawa itu lebih penting, jadi gantikan la aktiviti mandi manda tu dengan permainan pantai yang lain seperti main layang-layang, melontar frisbee, bola lisut atau bola penampar kan? :
Kalau dah datang ke sini rasanya ramai yang nak bermalamkan? Sebabnya yang menarik korang boleh tengok matahari terbit memandangkan sini ialah pantai timur yang menghadap matahari terbit.
Fishing Bay Resort signage, Air Papan, Mersing boleh kelihatan di tepi jalan utama menuju ke pantai Air Papan. Jadi bila anda nampak papantanda ni , dah dekatlah tu dengan Fishing Bay Resort
Foto atas : Papan tanda penanda kawasan bagi Fishing Bay Resort, masuk ke dalam sikit baru jumpa batu batan natural ni.
Fishing bay Resort ni juga dikenali sebagai Teluk Buih oleh penduduk Air Papan atau pun Teluk Pemancing. Pantainya yang indah terletak di satu teluk yang agak sederhana besarnya lebih kurang dalam 100ekar persegi yang melengkung atau pun lebih kurang 3km panjangnya teliuk ini dari hujung ufuk kiri ke ufuk di sebelah kanannya. Teluk ini juga memberikan anda satu panorama pemandangan yang indah terutamanya di waktu pagi tatkala matahati sedang terbit.
Bersambung lagi…pastikan anda follow kami ya
Dapatkan Sunglass Polarized Di Bawah Ini
, Dan Elakkan Silau Ketika Bersiar-siar di pantai di samping nampak cool..
![😎]()
RM19.60 Tempoh Masa Terhad!!
Save
Save