Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 261

Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown Hotel?

$
0
0
Nak menginap hotel mana kat Melaka? Hallmark Crown, MelakaFoto atas : Hallmark Crown Hotel, Jalan Parameswara ni budget hotel jer, tapi min dan Krew J2c2 memang amat puashati dengan tahap servis yang diberikan sesuai dengan taraf hotel, lokasi  dan harganya

 

Foto atas : Bagi yang nak tengok lebih banyak foto-foto bilik dan kadar harga hotel bertaraf bajet ni sila klik foto atas terus. Jangan terlepas ni cuti bulan Disember 🙂

Hotel penginapan iaitu Hallmark Crown Hotel dah pun ditempah awal-awal jadi trip ke Melaka ni kita orang sekeluarga mulakan dalam pukul 8.15 pagi lebih. Asalnya ikut perancangan gitu-gitu nak gerak awal pagi, selepas matahari terbit katanya. Nak dijadikan cerita daripada matahari terbit hinggalah burung-burung dan mergastua sempat rehat balik ke sarang memasing membawakan secacing dua makanan untuk keluarga mereka barulah kami bergerak ke Melaka. Sempat stop dulu di stesyen minyak Petronas Tol Skudai, beli sarapan tapau, topup touch n go barulah perjalanan sebenarnya bermula.

  Alhamdulillah perjalanan kita orang lancar dan tiba di Tol Air Keroh pada pukul 9.30 pagi. Destinasi utama admin dan krew J2C2 untuk jalan-jalan cari makan kami ialah di Restoran Perhentian Kuih Kampung .Masa kt Tol Skudai pun cuma sempat tapau burger utk “quick breakfast” Alhamdulillahh masa kita orang sampai  waktunya  memang cantik iaitu 9.50 pagi, amat sesuai dan senggang.. masih lagi lengang  dan x ramai pelangan lagi kat tempat makan best Melaka nihh

perhentian kuih kampong melaka 01Foto atas : Restoran Perhentian Kuih Kampong yang terletak di tepi jalan besar di bawah pepohonan pokok Hujan Tropika

Ya ba da ba du!! kuih-muih masih lagi banyak dan ada panas-panas lagi. Rambang biji mata diikuti dengan air liur yang hampir meleleh dek kerana bau dan aroma sedapnya. Ikuti lagi kami pada next post tentang tempat makan best Melaka ni ya

perhentian kuih kampong melaka 01Foto atas : Restoran Perhentian Kuih Kampong yang masih tidak berapa ramai pada pukul 9.45 pagi

Ok kita cerita tentang hotel bajet yang kami menginap ni iaitu Hallmark Crown Hotel, Melaka ni terletak di Jalan Parameswara di mana nama Jalan  Parameswara ni diberikan sempena mengingati tokoh pemimpin Melayu purba yang membuka Melaka kira-kira 1000 tahun lepas. Berjarak cuma 1km sahaja dengan Pahlawan Square/Dataran Pahlawan/Melaka Megamall.

hallmark crown hotel,melakaFoto atas : Oleh kerana tiada bellboy, tapi nasib baiklah ada troli, jadi Krew j2c2 pun hangkutlah beg beg luggage sendiri ke bilik penginapan..

Jangan lupa pada next post, review kita orang tentang hotel ni..

  Min suggest korang follow, jangan terlepas nanti melepas! Kaedah nak follow cenggini –> pergi ke side bar kanan(Home page) –>  scroll ke bawah, tengok pautan follow mcm kat bawah dan masukkan email anda.. selamat memfollow.. 🙂 Salam Disember musim tengkujuh , #kitajagakita #rakyatjagarakyat adioss amegos!! 🙂

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 261