Tempat Penginapan Budget Hotel di Melaka : Hallmark Crown Hotel cuma 900m dari Bukit St.Paul @ Bukit Melaka
Foto : Seronok pagi pagi ke sini, min bersama krew J2C2 berjoging dari hotel di Jalan Parameswara sampai ke sini. Udara segar dan pemandangan pun cantik dan tempat menarik.
Foto atas : Ini di kaki Bukit Melaka atau Bukit St Paul, yang mana itulah Kota A Famosa tempat menarik serta bersejarah di mana terdapat sumber lain yg ada kredibiliti mengatakan A Famosa inilah sebenarnya Kota Melaka Kesultanan Melaka 511 tahun yg mana selepas Melaka “down”, ianya dijarah dan diubah oleh penjarah Portugis . Di background pula ialah bangunan Melaka MegaMall serta Dataran Pahlawan di sebelahnya. Cuma 900m sahaja dari Hallmark Crown Hotel.
Pada kali ni min pilih hotel bajet ( budget hotel) untuk trip ke K.L tapi singgah di Melaka barang semalam dua hari. Ikut pengalaman min, dah menginap hotel-hotel 4/5 star, 3 star dan ke bawah, hotel bajet ni tak semestinya kemudahan pun di bajet-bajetkan oleh pengusaha hotel.
Ada di antara kemudahan tu, walaupun tak semua, elemen-elemennya lebih kurang sama macam kemudahan yg di offer kan oleh hotel 4 atau 5 bintang. ( teringat lak admin movie The Fifth Element ahakkss
Foto atas : puncak Bukit Melaka inilah dahulunya kubu pemerhati dan pertahanan utara bagi tamadun kerajaan Kesultanan Melaka korang! kemungkinan besar juga bangunan St Paul ini adalah “relic” salah satu bangunan kesultanan Melaka yang di “rebranded” semula oleh Portugis bagi memadamkan kesan-kesan tamadun Melayu Islam tapi mereka gagal.
Pada post yang lepas admin ada ceritakan tentang trip kami ke Melaka iaitu Bandaraya Bersejarah Melaka. Bandaraya Melaka telah pun memperolehi pengiktirafan antarabangsa daripada UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) iaitu satu cabang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menggalakkan Pendidikan, Sains serta pertubuhan Kebudayaan di mana sejarah-sejarah atau tamadun bangsa silam diangkat dan dipromosikan sebagai salah satu warisan pelancongan yang perlu dikunjungi oleh masyarakat antarabangsa atau masyarakat daripada lain-lain negara.
Korang ada rasa bangga tak bila Melaka dan Tamadun Melaka diangkat sebagai Bandaraya Warisan Sejarah Dunia atau dalam bahasa Inggerisnya “World Heritage City” oleh UNESCO?
Kalau ada semangat dan kesedaran politik maka wajarlah korang berbangga kan? Kenapa? Kena lah berbangga sebab orang Korea Selatan pun sanggup dirikan replika(tiruan) Kota Kubu Hwaseong yang asalnya dibina pada akhir abad ke 18 yang memang dah tak wujud pun tinggalan batu-batunya tak macam Kota Melaka yang original ( yang korang panggil sebagai A Famosa)
Tetapi mereka orang Korea Selatan sanggup belanja beratus-ratus juta won wang Korea untuk tujuan tu. Satu lagu walaupun Korea niu bangsa maju ekonomi dan industri sifat dan tingkahlaku mereka amat menyayangi dan “very highly appreciate” tamadun tinggalan bangsa mereka. Inilah membezakan bangsa maju eokonomi berbanding bangsa membangun ( macam Malaysia)
Kenapa? sebab orang Korea ni sedar hakikat yang martabat bangsa dan rasa cintakan tamadun sejarah bangsa akan menjadikan bangsa Korea lebih bersemangat, bercita-cita tinggi untuk mengatasi bangsa-bangsa lain di dunia.
Dan kerana sebab itulah bangsa Korea ni sekarang bertaraf bangsa maju dan Korea Selatan adalah antara negara-negara berstatus NEGARA MAJU. Malaysia? Kita masih lagi NEGARA MEMBANGUN lahhh..pendapatan rakyat pun puratanya masih di bawah status negara maju..oleh kerana Korea dah pun berjaya menjadi negara maju, maka purata gaji/pendapatan mereka tinggi. Maka kemampuan mereka tinggi, jadi tak hairanlah kita lihat di mana mana sahaja kita melancong ke seluruh dunia kita akan bersua dengan bangsa Korea, tak kira lah di Beijing, London, New York, Amsterdam, Granada dan lain-lain negara.
Ok, cukup cerita dan fakta tentang ekonomi, kita bali semula pada core subject kita..

Foto atas : Bagi yang nak tengok lebih banyak foto-foto bilik dan kadar harga hotel bertaraf bajet ni sila klik foto atas terus. Jangan terlepas cuti Tahun baru China cuma tak sampai sebulan dah
Foto atas : Bilik agak besar dibandingkan dengan sekelas dengannya. Ada strika dan papan, safe box, cerek -kopi teh gula,fridge, meja tulis-kerusi dan reading lamp, dll. Memang agak berbaloi dengan harga kelas budget yang kami dapat.
Jangan lupa pada next post, sambung review kita orang tentang bilik-bilik hotel ni..
Min suggest fans semua follow, jangan terlepas nanti melepas! CARA nak follow ikut camni–> pergi ke side bar kanan ( Home page ) –> scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. Salam Tahun Baru 2022 , Tahun Baru Cina da dekat..book lahhh