
Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Medan Selera Galleria a.k.a Medan Selera Kebayan terletak di dalam Kompleks Beli dan Belah The Galleria, yang juga dikenali sebagai Plaza Kota Raya. Bagi korang nak mencari pelbagai jenis aneka makanan dan minuman datanglah ke sini ya kalau berkunjung atau melancong ke Johor Bahru.


Lokasi medan selera ini yang terletak pada aras tanah atau ground memudahkan korang dan pelanggan-pelanggan dari sekitar datang ke sini. Medan selera ni sebenarnya terletak sama aras dengan jalanraya di hadapannya serta mempunyai foyer untuk menurunkan pelanggan yang datang berkenderaan. Abang- abang Grab dan Food Panda juga mudah mendapatkan makanan bungkus yang dipesan oleh pelanggan-pelanggan.
Satu lagi kalau korang nak tahu The Galleria yang menempatkan medan selera ni juga terletak hampir sangat dengan :-
a. 300meter dari Persada Convention Center
b. bersebelahan dengan Bangunan Bersejarah Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
c. terletak cuma 800meter dari tapak Bazaar Karat, JB.
d. 500meter dari Waterfront Sg. Segget
e. 1.5km dari Johor Bahru Sentral ( JB Sentral) stesyen keretapi perhentian terakhir sebelum cross border ke Singapura)
f. dan lain-lain tarikan pelancong ke pusat bandar Johor Bahru




Foto atas menunjukkan gerai yang bernama Kebayan Aras Ledang di mana gerai ni menyediakan lauk pauk makan tengahari yang dah jadi favourite admin semenjak tahun 1990-an lagi . Era 1990-an selepas admin SPM memang selalu ke sini pada waktu tengahari . Lauk yang menjadi favourite admin ialah hati lembu masak kuah rendang.
Pelbagai jenis lauk-pauk masakan Melayu yang boleh korang terliur air liur dibuatnya sementara mencedok lauk ke dalam pinggan nasi yang panas. Antara lauk tersebut ialah asam pedas ala Johor, hati lembu rendang, pelbagai jenis menu lemak dan lemak cili api, ikan-ikan termasuk juga ulam-ulaman segar serta sambal belacan.















Korang tengok jerlah menu menu Stesyen Bubur Kimchi ni haa masukkkk…




Min syor kan fans semua follow! Apa cara nak follow? ikut cenggini–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –> scroll ke bottom, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow.. Admin cadangakan fans semua follow! Bagaimana nak follow? ikut camni–> tengok ke side bar kanan ( Home page ) –> scroll ke bawah, tengok pautan follow spt di bawah , lepas tu masukkan email korang.. selamat memfollow..