Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

$
0
0

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet

Air Papan Chalet merupakan salah satu tempat penginapan yang telah wujud semenjak kian lamanya di pantai Air Papan, Mersing dan dari kajian admin telah wujud semenjak 2014 lagi. Korang akan dapati lokasinya cuma beberapa langkah sajer dari pantai Air Papan. Buat korang yang menggemari chalet santai dan bukan yang berkategori upmarket mungkin chalet ini sesuai buat korang . Satu lagi di sini tidak terdapat hotel-hotel atau resort yang bertaraf 3, 4 hingga 5 bintang di sini. Penginapan di sini adalah lebih merupakan budget hotel, chalet atau penginapan budget  yang hampir kesemuanya diuruskan oleh para penduduk penduduk tempatan.

Sri Mersing Resort, Air Papan

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Bagi anda yang inginkan kemudahan hotel bertaraf 1 bintang dan ke atas anda bolehlah cari penginapan tersebut di bandar Mersing. Tapi setelah min riki riki di sini hotel 4 bintang tak wujud di sini.

Di sini belum ada resort atau chalet yang bertaraf bintang, jadi marilah ke sini dan pengalaman anda tinggal di chalet atau resort Air Papan boleh dijadikan kayu ukur bagi menaraf bintangkan penginapan di sini …ahakkks 🙂

Bagi anda yang memilih untuk menginap di sini pantai hanyalah terletak beberapa langkah sahaja dari chalet ini. Berikut adalah chalet-chalet penginapan yang terdapat di sini:

Chalet 2 bilik Sri Mersing Resort

Sri Mersing Resort

Air Papan Chalet

Disediakan dengan chalet binaan batu bagi yang mempunyai kemudahan penghawa dingin(air-con).Chalet Papan pula bagi yang disediakan dengan kemudahan kipas angin sahaja. Sangat sesuai bagi mereka yang mencari penginapan budget rendah untuk keluarga atau berkumpulan seperti rakan-rakan atau persatuan/kelab.

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di MersingChalet Air Papan

Tips bawak baju sedikit: Bagi engkorang yang bawak baju sedikit tapi bila sampai kat sini terlebih daftar hari dek kerana terpikat dengan keindahan Air Papan ni, jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual baju-baju t-shirt kedapatan dengan jumlah yang agak banyak juga di sini.

Tips Aktiviti Ekstrim: Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam dan snorkeling , terdapat juga kedai-kedai aksesori renang dan pakaian yang besedia memberikan perkhidmatan aktiviti jenis ini. Ini samada mereka menjadi agen servis syarikat yang mengendalikan aktiviti ini atau mereka sendiri juga menyediakan perkhidmatan ini. Rajin-rajinlah survey ya!

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Sri Mersing Resort-chalet-chalet

Aktiviti Yang Tiada: Bungee jumping dan Nature -trail!

Sri Mersing Resort
Penginapan berbentuk chalet berkembar. Setiap satu chalet mempunyai pilihan 1 bilik+ ruang tamu atau 2 bilik+ruang tamu.
Terdapat juga chalet dengan bilik air yang mempunyai 1 katil king + katil 2 tingkat(sesuai untuk 3 anak di mana tingkat bawah dengan tilam saiz king dan atas tilam saiz bujang-single)
Mempunyai kemudahan swimming pool dewasa dan kanak-kanak(wading pool)
Surau yang agak besar(stand-alone building)
BBQ pit

Air Papan, Chalet dan Resort : Dewan Makan Sri Mersing Resort
Dewan makan(untuk berkumpulan sahaja)

Untuk video clip Sri Mersing Resort dan apa yang ada di dalamnya korang boleh klik link Youtube di bawah 👇

Air Papan Beach Resort, Mersing

Air Papan Beach Resort, Mersing

Air Papan Beach Resort, Mersing, satu lagi penginapan berbentuk chalet dan resort yang agak menarik dan menyediakan penginapan yang mampu anda biaya dan terdapat pelbagai jenis bilik-bilik chalet penginapan yang disediakan

Air Papan Beach Resort ini juga cuma terletak sepelaung saje jaraknya dari pantai Air Papan ya. Jadi boleh memakai swimming gear dari bilik penginapan di sini sambil berjalan kaki ke Pantai Air papan ye! 🙂

Mersing Beach Resort, Air Papan, Mersing

Klik gambar bawah 👇untuk Tempah dan Book Mersing Beach Resort cepat Raya dah dekat ni 🙂

Merupakan antara resort yang terbaru sekali dinaik taraf di Air Papan, lengkap dengan kolam renang dan cuma sepelaung sahaja daripada pantai Air Papan.

Fishing Bay Resort

Resort ni menawarkan perkhidmatan jenis pertengahan dan oleh itu kadar bayaran penginapan adalah mid-range.

FISHING BAY RESORT-CHALET DI AIR PAPAN, SWIMMING POOL

FISHING BAY RESORT-CHALET DI AIR PAPAN

Klik Foto  Bawah  👇 untuk Tempah Bilik kat Fishing  Bay  Cuti  Raya ni:)

Mempunyai penginapan chalet jenis standard, family,superior dan deluxe room. Kadar caj penginapan terendah bermula dari RM118.00 (tak termasuk 10% cukai kerajaan dan GST)

Berbanding dengan penginapan chalet yg lain, yang ini menyediakan sarapan pagi untuk 2 orang bagi setiap kategori bilik.

Kemudahan -kemudahan yang terdapat seperti cafe(menu western dan tempatan), bilik karaoke, BBQ pit untuk disewa, swimming pool dan wading pool(kanak-kanak), bilik mesyuarat dengan air-con dan surau.

Hari masih siang lagi ni, jangan lambat booking bilik..  klik foto di bawah👇 untuk Tempah Bilik kat Fishing  Bay

Lain-lain perkhidmatan jenis adventure yang disediakan:
-snorkeling
-basikal
-kayak
-trekking dengan jurupandu
-banana boat
-memancing laut dalam
-Island picnic lunch
-perlatan permainan sukaneka(telematch)
-beach volleyball
-joran pancing(RM40.00 sehari)

Teluk Godek Beach Resort

Penginapan di sini juga merupakan chalet-chalet penginapan . Jarak dengan pantai hanya beberapa langkah sahaja. Chalet ni kalau engkorang tengok daripada segi fizikalnya memang agak biasa-biasa jek, tapi cuba ke kaunter pendaftaran pastinya agak memeranjatkan juga kerana harganya tidaklah rendah . Mungkin kerana penginapan di sini mendapat permintaan ramai terutamanya pada hari-hari kelepasan am dan hujung-hujung minggu.

Teluk Godek Chalet Resort

Tips untuk backpackers: Kalau engkorang rasa harga-harga penginapan kat sini mahal, ni lah masanya untuk pasang dan khemah , entah-entah lagi berbaloi-baloi menikmati keindahan malam di pantai Mersing dengan berkhemah. Lagi best kalau dapat tidur sama mendengar bunyi deburan ombak yang sesekali menghempas di kepala masing-masing.

Tips  Berkhemah : Pastikan korang tau aras pasang dan aras surut pantai, jangan plak tengah malam korang terjaga dalam air  laut pasal  korang pasang khemah tepi pantai masa air surut yeaa…ohhh yeaaa  🙂 ahakkkss

Tips nak lagi murah: Kalau kat Pekan Mersing tu hotel-hotel memanng la agak tinggi harganya berbanding kat sini, bagi yang datang untuk berkhemah atau camping lebih murah kalau sarapan pagi, tengahari dan malam tu dibuat sendiri. Pancing jangan lupa bawa sekali sebab di sini airnya bersih dan pastinya ikan-ikan kedapatan dengan banyaknya.

Teluk Godek Chalet ResortFoto atas : Agak otentik dan dipenuhi dengan flora fauna fungus chalet ni

Chalet Sri Tanjung
Chalet ini menawarkan kos penginapan berbudget rendah. Jarak chalet hanya beberapa langkah sahaja dari pantai. Harga dari RM80 ke atas

Walaupun Tahun Melawat Malaysia 2014 dah nak sampai ke hujungnya masih belum terlambat untuk korang nikmati percutian hujung tahun ni yeaa..

Tu dia…sedikit sketa Air Papan chalet dan Resort …akan bersambung lagi…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 262