Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 267

Menarik dekat Legoland : Petronas Cub Prix 2023 @ Medini Iskandar Malaysia 6-7 October 2023

$
0
0

Menarik dekat Legoland : Petronas Cub Prix 2023 @ Medini Iskandar Malaysia 6-7 October 2023

 Petronas Cub Prix 2023 mbip medini legoland near dillenia homestayAtas :  Cub Prix Petronas bersumber dari malaysiancubprix.com

Event menarik di Legoland ini, khususnya bagi korang yang menjadi peminat-peminat sukan lumba motor akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ni iaitu 6 dan 7hb October 2023. Inilah julung-julung kali trek lumba motor di bina di  Medini Iskandar, Johor Bahru.

Foto Menarik dekat Legoland : Petronas Cub Prix 2023 @ Medini Iskandar Malaysia 6-7 October 2023 tak jauh dari Homestay near Legoland Malaysia- Dillenia HomestayAtas : Kelihatan trek lumba motor dalam pembikinan di Lebuh Medini Utama yang cuma 2km sahaja dari Legoland Malaysia dan 12 minit pandu dari Bandar Bukit Indah-Iskandar Puteri

Yang bestnya event yang menarik ini berdekatan Legoland Malaysia :  iaitu cuma 2km sahaja jaraknya,  kini sedang disiapkan. So korang akan dapati pada hari ni petugas-petugas dan ofiser-ofiser Petronas dilihat sedang sibuk bagi menjayakan event permotoran ini. Pembikinan trek dan khemah-khemah urusetia dan lain-lain fasilitas perlumbaan juga sedang giat dijalankan.   Jadi buat anda yang berada di sekitar Johor Bahru atau Malaysia  marilah ke sini!!

Foto Menarik dekat Legoland : Petronas Cub Prix 2023 @ Medini Iskandar Malaysia 6-7 October 2023 tak jauh dari Homestay near Legoland Malaysia- Dillenia HomestayFoto atas : Lebuh Medini Utama yang menjadi trek dan venue perlumbaan moto kab yang tersohor ini

Kat mana lokasinya? Bersebelahan dengan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri-Medini, 2km ke Legoland Malaysia-Medini dan juga ke pelabuhan awam tersohor di Johor iaitu Puteri Harbour -Medini ( tempat bot-bot dan kapal layar berlabuh yang boleh di akses oleh orang-orang awam berserta fasiliti kedai, restoran, kafe juga terdapat dengan banyak di sini.) So event Moto GP Cub Prix ni memang happening folks!!

   Selain itu ia juga berdekatan Pusat Komersil Medini_Iskandar Puteri iaitu Bandar Bukit Indah yang juga menjadi CBD atau Central Business District bagi seluruh wilayah Iskandar Puteri 👇( dahulunya bernama Nusajaya)  Sila rujuk Maps dari Uncle Google kat bawah ni👇

Malaysian Cub Prix - Petronas 2023 @ Medini Iskandar Malaysia & Homestay Nearby Bukit IndahAtas : Cuma 12 minit memandu untuk ke Petronas Cub Prix Medini 2023 dari Pusat Komersil atau Central Business District Iskandar Puteri iaitu  Bandar Bukit Indah     , Iskandar Puteri – Johor Bahru

So, kiranya anda menginap di hotel-hotel, motel atau homestay sekitar Iskandar Puteri atau Bandar Bukit Indah, santai-santai sahaja ke sini kerana di sini lebuh-lebuhraya akan memastikan anda cepat sampai ke sini.

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Untuk pastikan korang tak terlepas post-post tempat  menarik di mana-mana di seantero Malaysia yang ditaja dan dibawakan oleh Krew Jalan-jalan Cuti-cuti (J2C), anda register untuk follow blog ni, camaner nak follow ikut cara di bawah :-

  1. Pergi ke Home page ( senang klik jer banner besar pada bahagian atas page-tak kira di page mana korang berada, bila klik banner ni autobot akan bawa anda ke Home page ,
  2. Selepas berada di Home page, pada  side bar kanan scroll ke bawah nanti nampak perkataan dalam kotak oren/merah “Ya, hantarkan Yang Terkini” .
  3. Masukkan email dan selepas tu check email anda yang ditaipkan dan tekan butang oren “Ya, Hantarkan Yang Terkini”

Jangan lupa Petronas Cub Prix 2023 Medini Iskandar hujung minggu ni 6-7 October 2023!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 267

Latest Images

Trending Articles