Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat makan best di Kluang : Kluang Rail Coffee

$
0
0

Tempat makan best di Kluang : Kluang Rail Coffee

 

tempat makan best di kluang, Kluang Rail Coffee,tempat menarik di Johor,stesyen keretapi Kluang,

Tempat makan best di Kluang ni iaitu Kluang Railway Coffee merupakan kedai makan yang terletak di dalam stesyen keretapi Kluang. Kluang Rail Coffee mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan antara kedai kopi atau cafe yang famous di Malaysia dan merupakan antara kopitiam atau kedai kopi stesyen keretapi yang dah lama wujud iaitu sebelum Perang Dunia Ke-2 lagi iaitu pada tahun 1938.

Kluang Rail Coffee bukan sahaja merupakan tempat makan best  malahan ia juga merupakan Tempat Menarik di Johor  yang menjadi ikon ( icon ) kepada bandar Kluang dengan yang perlu dikunjungi oleh sesiapa sahaja termasuklah korang semua bila berkunjung ke bandar Kluang. Admin dan Krew J2C2 pastinya akan takkan lepaskan peluang singgah di sini untuk menikmati kopi dan nasi lemak bungkus daun pisang bila berkunjung ke Kluang.

tempat makan best di kluang, Kluang Rail Coffee,tempat menarik di Johor,stesyen keretapi Kluang,Kluang Rail Coffee : Foto atas sebahagian ruang tambahan kedai bersebelahan juga dengan ruang utama kedai yang terletak di dalam stesyen keretapi Kluang

Tapi korang pastinya pernah terdengar berita sensasi berkaitan dengan Kluang Rail Coffee tak lama dulu kan? :) Ok pada post kali ni admin nak ceritakan sedikit pasal Kluang Rail Coffee ni.

tempat makan best di kluang, Kluang Rail Coffee,tempat menarik di Johor,stesyen keretapi Kluang,

Tempat makan di Kluang ni atau kedai makan ni dari luar memang nampak begitu sederhana sekali . Sesuai lah tu dengan Stesyen keretapi Kluang yang boleh lah dikatakan stesyen keretapi yang agak klasik dengan dindingnya diperbuat daripada separuh batu dan separuh papan.

Jaring-jaring tingkapnya juga daripada besi kekotak yang dipasang hingga ke bahagian siling bangunan.

tempat makan best di kluang, Kluang Rail Coffee,tempat menarik di Johor,stesyen keretapi Kluang,

Tempat makan best di Kluang ini dan hiasan dalamannya juga sangatlah sederhana sekali tetapi anda pastinya akan tertarik dengan gambar-gambar yang digantungkan di dinding kedai . Menikmati hidangan makanan dan minuman, mata anda pastinya akan tak lepas daripada memerhatikan gambar-gambar yang terpampang di sini.

tempat makan best di kluang, Kluang Rail Coffee,tempat menarik di Johor,stesyen keretapi Kluang,Foto atas : Nasi lemak bungkus daun pisang, kecil dan comel, dan harganya? Terbaik! 80 sen jerr sebungkus..meh ke sini!

Harga makanan dan minuman di sini bolehlah dikatakan murah dan berpatutan dan sesuai sebagai kedai yang lokasinya yang terletak di bandar kecil Kluang.

Tips Jalan2cuti2 : Datang ke sini awal pagi supaya korang dapat nikmati nasi lemak bungkus daun pisang, mee siam bungkus daun pisang  dan kopi kluang yang masih segar dan panas! Kalau dah lewat tengahari atau petang dah banyak yang habis.. nanti melopong ! ahakss :-)

Bersambung lagi untuk lain-lain tempat menarik di Kluang…

 


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go Tagged: kluang rail coffee, stesyen keretapi Kluang, tempat makan best di kluang, tempat menarik di johor

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260