Tempat makan best dan sedap di Kluang : Fauzi L.Y Seafood Tomyam
Tempat makan best dan best di Kluang ni iaitu Fauzi L.Y Seafood Tomyam merupakan restoran yang agak besar dan lokasinya juga memang di dalam bandar Kluang itu sendiri . Jaraknya dengan Prime City Hotel Kluang dan Terminal bas Kluang cumalah 1.5km sahaja. Kalau paginya bersarapan di Kluang Rail Coffee malamnya pula makan di sini ya..
Terletak di Lorong Mohd Salim 2 , restoran tomyam ini ketika Krew J2C2 berkunjung ke sini untuk menikmati makan malam memang ramai dengan para pelanggan. Kami dapati tempat makan ini menghidangkan masakan tomyam yang boleh dikatakan skala sedapnya ( Food taste Scale ) melebihi yang lain-lain dan mungkin mengatasi yang lain-lain di bandar Kluang ini ya :-). Ada komen?
Foto atas : Lorong Mohd Salim 2 di mana tempat makan best di Kluang ini terletak. Berhadapankan dengan rumah-rumah penduduk.
Foto atas : Keadaan interiornya amat menyenangkan, kemas dan selesa
Foto atas : Ikan siakap 3 rasa tempat makan best di Kluang ini memang tasty, sayur saladnya segar ( fresh) dan kami dapati kemungkinan besar supply sayur-sayuran di kedai ini didatangkan dari Ladang Organic ( Organic Farm ) yang terdapat dengan banyaknya di sekitar daerah Kluang. ( Kluang memang salah satu daerah yang terkenal dengan perladangan organik )
Foto atas : Tomyan pun kaw-kaw
Foto atas : Kailan masak belacan :-)
Foto Atas : Telur Dada yang begitu oomphh 1
Foto Atas : Salad dari ladang organic, menjadikan tempat makan best di Kluang ni antara destinasi makan tomyam yang antara ter ooomphhh!
Foto Atas : Pastinya anda takkan miss restoran ni kalau memandu sendiri
Bersambung lagi ..untuk destinasi Kluang…
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go Tagged: Fauzi L.Y Seafood, hotel, ladang organik, organic farm, sayur, sedap, tempat makan best di kluang
