Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park

$
0
0

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.Foto atas : Merry GO Round berkuda ini agak besar, dua tingkat di mana anak-anak anda boleh naik ke tingkat kedua

Tempat menarik di Johor Bahru ini iaitu Danga Bay Fun Fair Park  ni betul-betul terletak di pinggir lebuhraya Danga (dahulunya dikenali sebagai Pantai Lido). Ia berada di sebelah kiri lebuhraya ini iaitu   menghala ke arah Tampoi jika anda datang dari arah pusat bandar Johor Bahru.

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.Foto atas : Train Station, keretapi ini akan bawa anda pusing ke sekelililing kawasan Danga Bay Fun Fair

Jika anda memandu melalui tempat ini pada waktu malam pastinya tidak akan “miss” tempat ini kerana dari lebuhraya ini anda akan dapat melihat cahaya lampu yang pelbagai warnanya datang dari Fun Fair yang terletak di pinggir jalan sahaja.

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.Foto atas : Lintasan Keretapi ni ada di mana-mana di dalam kawasan Fun Fair, jadi pastikan anak-anak anda diawasi sentiasa ye

Jika di Legoland Malaysia , Nusajaya dan Hello Kitty Indoor Park  hiburannya berbentuk moden. Di sini anda hiburannya adalah konvensional iaitu Fun Fair yang pastinya mengimbau zaman-zaman tahun 80-an dahulu.

Tempat Menarik di Johor Bahru :Danga Bay Fun Fair Park, Johor Bahru, Malaysia.Foto atas : Pirates Ship, nampak best, kalau naik lagi best, mencurah-curah “adrenalin rush”!

Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke pusat hiburan keluarga ini tetapi setiap game atau permainan dikenakan bayaran yang tertentu. ( boleh rujuk gambarfoto untuk harga permaianan-permaianan

 

 


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Tempat menarik Tagged: Danga Bay, Fun Fair Park, Hello Kitty, Johor Bahru, Legoland, Malaysia, tempat menarik di Johor Bahru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260