Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat menarik di Johor Bahru : Puteri Harbour , Tempatan Fest 2015

$
0
0

Tempat menarik dekat Johor Bahru : Puteri Harbour , Ekspo Tempatan Fest 2015

Tempat yang menarik dekat dengan  Johor Bahru ni iaitu Puteri Harbour kini sedang meriah dengan  berlangsungnya Ekspo Tempatan Fest 2015 .

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Foto atas : Puteri Harbour, pemandangan dari atas Traders Hotel ( by Shangri-La)

Bagi anda yang belum pernah berkunjung ke tempatan fest sebelum ni mari kita tengok dan ketahui apa yang ada di Tempatan Fest ini.

Menurut facebook site Tempatan Fest,  ia merupakan “A Touring Festival of Malaysian Independent Clothing” .Dalam Bahasa Melayu bolehlah diterjemahkan secara bolosnya, oppps macam pelik kan bunyinya? lebih tepat lagi secara kasarnya ialah Festival Bergerak Pakaian Bebas Malaysia. Kurang lebih gitulah , boleh ye. Atau pun jika makna yang lebih halus lagi ialah “Satu festival atau pameran  jualan pakaian dan fesyen berjenama bebas Malaysia”

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Foto : Logo komersil bagi Tempatan Fest, Puteri Harbour 2015

Jadi marilah ke Tempatan Fest di Puteri Harbour ini untuk tinjau-tinjau pakaian yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan  kita( ya dari situ kita dapat perkataaan tempatan fest ) . Mood raya pun dah mula panas jadi bolehlah anda shopping baju-baju raya kat sini .

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Foto : Bershopping sambil bersiar-siar di tepi harbour Puteri , boleh lihat kapal-kapal layar berlabuh di sini. Nun di sana ialah khemah-khemah yang menempatkan booth pameran dan jualan produk ini. Nota : Foto gadis yang girang gemirang alang kepalang bershopping di atas bersumberkan dari http://www.facebook.com/TempatanFest :-)

Lokasi Puteri Harbour ni pun dalam 20 minit dari Johor Premium Outlet . Jadi lepas ke sini boleh lah ke JPO, atau mana-mana satu yang korang nak pergi dulu.

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Fot atas : Map untuk ke Puteri Harbour, kalau susah-susah sangat nak figure out dengan imaginasi korang ( al maklumlah bulan puasa.. ) . Pakai je Waze apps , masukkan “Puteri Harbour, Nusajaya” sampailah tu..kalau tak sampai salahkan Waze ye, jangan salahkan admin ..Ahakkss :-)

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Tempat menarik dekat dengan Johor Bahru ni  akan menjadi lebih menarik dengan adanya penghibur tempatan iaitu Radhi Oag yang akan membuat persembahannya pada hari ni. So tu dia, peminat Radhi OAG jangan lepaskan peluang utk menyaksikan beliau buat performance di pinggir harbour atau Dermaga Puteri  ni.

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Bagi korang yang nak berhibur ke Legoland  lepas Raya ni, dan nak berhibur pula kat Hello Kitty Indoor Park bolehlah ke sini . Legoland cuma 5 minit berkereta ke Puteri Harbour ( kat sini pun dah ada kedai dan cafe ) Bagi yang nak menginap pula di sini ada hotel 5 bintang ( Traders Hotel ). Bagi yang datang bercuti berkeluarga dan  mencari hotel dan homestay , carilah di sekitar Bandar Taman Bukit Indah, Nusajaya yang lengkap dengan segala prasarana shopping seperti Aeon Jusco Bukit Indah, Tesco Hypermarket dan Giant.

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Ekspo Tempatan Fest 2015- homestaylegolandjohorbahru.com/blog

Sumber foto  : http://www.facebook.com/TempatanFest

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : http://www.facebook.com/TempatanFest

 


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor Bahru, Nusajaya, Puteri Harbour, Shopping Tagged: Aeon Jusco Bukit Indah, Bandar Bukit Indah, Hello Kitty, homestay, hotel, Legoland, Nusajaya, Puteri Harbour, Tempat yang menarik dekat dengan Johor Bahru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260