Tempat Makan Minum Best di Johor Bahru : Cupchai Cafe & Resto
Foto atas : Cupchai Cafe, terletak di Uda Business Center, “top place” untuk lepak-lepak sama minum air dengan rakan taulan dan keluarga. Di sini juga banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh golongan Bumiputera dan Islam dari fesyen tudung, jubah, perkahwinan dan hinggalah barang-barang atau produk yang diimport dari China.
Tempat makan best di Johor Bahru ini iaitu Cupchai Cafe menampilkan hiasan dalaman ( interior design ) cafe yang kreatif dan berkonsepkan ala-ala hipster. Pastinya menarik perhatian ramai terutamanya anak-anak muda untuk berkunjung dan menikmati hidangan makanan di sini .
Foto atas : Dalam restoran Cupchai
Reka hiasan dalaman cafe ni direkabentuk dan dikonsepkan dari persatuan JOHO yang mana ianya dianggotai oleh anak-anak muda yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan konsep produk-produk untuk dikomersilkan.
Foto atas : Terletak di antara pelbagai jenis kedai yang diusahakan oleh Bumiputera seperti Hamidah Curtain, Hasena Stevia, Kedai Makan Upin dan Ipin dan lain-lain lagi.
Foto atas : Kedai Makan Upin dan Ipin ialah di antara 90% kedai-kedai yang diusahakan oleh Bumiputera di Uda Business, Tampoi, JB ( sebelah Plaza Angsana, Jb)
Tempat makan best di Johor Bahru ini terletak di Uda Business Center, Tampoi. Terletak beberapa blok di belakang pusat beli-belah kain dan tekstil yang amat terkemuka atau famous di Malaysia iaitu Jakel. Jadi anda dan keluarga boleh membeli-belah di Jakel samada sebelum atau selepas menikmati makanan di Cupchai. Selain itu yang bestnya ia juga terletak hanya 500m dari Plaza Angsana , Tampoi ( tepi jalan besar ke Danga Bay dan pusat Bandaraya Johor Bahru
Next on Cupchai Restoran – menu . Bersambung …
Filed under: gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor, Johor Bahru, Tempat makan Tagged: cafe, Cupchai, Jakel, Johor Bahru, kain, kedai, Plaza Angsana, pusat beli belah, Tempat makan best di Johor Bahru
