Tempat Makan Minum Best di Johor Bahru : Chaiwalla Cafe
tempat minum best di johor bahru ni iaitu Chaiwalla cafe merupakan cafe unik yang merupakan 2 buah kontena disusun secara menegak dan dijadikan cafe . Tempat minum ini menyediakan pelbagai aneka minuman kopi dan teh serta pelbagai jenis makanan ringan yang boleh dinikmati bersama teh dan kopi. Kopi dan teh juga datang dengan pelbagai jenis rasa yang boleh diadun mengikut perisa yang disediakan.
Korang pastinya tertanya apa makna Chaiwalla ni ? Ya, maknanya ialah “Tea Boy” atau pun Budak Teh. dalam bahasa Hindi. Oleh itu sejarah Chaiwalla pernah bermula di India di mana satu ketika dulu budak teh ini membawa teh untuk dijual di mana-mana sahaja. Tea Boy ini boleh dijumpai di mana-mana seperti kawasan sibuk di pekan, bandar, stesyen bas, stesyen keretapi, sepanjang sungai-sungai di bandar dan pekan di seluruh India , Di sana pelbagai jenis perisa dan perasa dicampurkan dari garam masala hinggalah halia dan saffron.
Foto atas : Tu dia menurut kajian dan rujukan Krew J2c2 , Chai Walla dalam keadaan suasana yang ori dari India dan di “brew” dengan kehadiran kain pelikat Bombay ;-) ahakss Bukan teh tarik Malaysia ye :-)
Foto atas : Di siniah terletaknya Kawasan Warisan Kebudayaan ( Cultural Heritage ) di mana terletaknya Chaiwalla Cafe Kontena dan mudah unutk mencarinya kerana inilah satu-satunya cafe di dalam kontena 2 tingkat. Kalau nampak itulah dia Chaiwalla, tak syak lagi ! ahakss :-)
Tempat makan dan minum best ini terletak di kawasan Warisan Kebudayaan ( Cultural Heritage ) di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru iaitu Jalan Tan Hiok Nee. Pada waktu malam pula akan dapati kawasan ini hidup dengan adanya JB Bazaar ( Night Market )atau JB Baaz yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung dan pelancong dari luar Johor Bahru.
Filed under: gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor, Johor Bahru, Tempat makan Tagged: chaiwalla cafe, kontena, restoran, Tempat makan best di Johor Bahru
