Homestay di Rengit, Batu Pahat : Homestay Sarang Tempua
Homestay Sarang Tempua , Rengit memang agak unik kerana merupakan satu-satunya homestay yang terletak di tengah pekan Rengit, Batu Pahat.
Kali ini admin bawakan review homestay yang lain daripada lain terutamanya dari segi kemudahsampaian. Rengit ni merupakan tempat yang dah tak asing lagi buat admin kerana di sinilah emak admin (yang kini berada di Amerika Syarikat semenjak Jun 2015 yang lepas bersama keluarga adik yang melanjutkan PHD di Colorado State ) dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah.
Homestay ini sebenarnya cuma 200m sahaja dari jalan utama Pontian – Batu Pahat dan memang agak mudah untuk ditemui jika anda berhajat untuk menginap di homestay Sarang Tempua ini. Lokasinya juga dikelilingi denga rumah rumah kedai pekan Rengit.
Satu lagi yang menarik tentang homestay di rengit ini ialah pemiliknya menyediakan kafe yang tak kurang menariknya juga di bahagian bawah homestay ini.
Pemilihan perabot perabot cafe ini juga memang bersesuaian dengan tema rekabentuk rumah Melayu dan sedikit ciri-ciri tradisional manakala kerusi mejanya daripada rekabentuk rotan yang biasa ditemui di kafe-kafe di bandar bandar besar.
Kalau korang tengok papantandanya, namanya juga amat mencuit perhatian, iaitu Cafe Kenya.
Jenguk punya jenguk terdapat sebuah warung burger di hadapan homestay di Rengit ini dan namanya juga Sarang Tempua Burger :-)
Filed under: attraction yang-menarik where-to-go Tagged: batu pahat, homestay, Homestay Sarang Tempua, kafe, pekan, Rengit
