Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 263

Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best : Kilang Bateri, Makan Dan Beli Belah

Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best : Kilang Bateri, Makan, Beli Dan Belah

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Tempat menarik di Johor Bahru ni iaitu Kilang Bateri merupakan destinasi yang dah tak asing lagi buat warga Johor Bahru . Namanya sahaja dah membuatkan sapa-sape sahaja terbayangkan ianya sebuah kilang kan?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Ya betul, Kilang Bateri ni memang merupakan sebuah kilang , kilang buat bateri satu masa dahulu . Lebih tepat lagi sebuah kilang bateri Eveready . Namun kilang ini telah ditutup beberapa tahun lepas selepas syarikat Eveready memindahkan operasinya ke Filipina kerana kos buruh yang lebih rendah di sana.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
makan-best-johor-bahru37

Di sini pelbagai jenis menu dijual, dari selatan hinggalah ke utara semenanjungImage may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Meja dan bangku gerai-gerai adalah hasil kreativiti Pertubuhan JOHO ( Anak anak muda yang Kreatif dan Dayausaha yang Progresif )Image may be NSFW.
Clik here to view.
makan-best-johor-bahru02
Walaupun simple kerusi kerusi dan meja meja ala-ala bar ini menarik hati dan “functional”

Ok,tempat menarik di Johor Bahru ni kalau korang ke sini adakah korang akan jumpa bateri-bateri lama bertaburan di sini? Jawapan taklahh…ahaks :) (bukan macam Beras Terbakar kat Langkawi yerr )

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri
Outlet outlet pakaian dan outwear di dalam kontena-kontena yang dihias  dengan cantik dan menarik

Sebaliknya korang boleh dapati banyak tempat makan best atau outlet outlet menjual pelbagai jenis menu makanan. Pendek kata admin, korang boleh cari macam macam jenis makanan dari Laksa Johor yang memang asalnya dari Johor hinggalah ke Laksa Penang dan Laksa Kedah (Laksa Kuala Kangsar pun best…laksa gandum ) yang berasal dari Kedah nun di utara no….menu dari selatan hinggalah ke utara Malaysia ( menu Sarawak dengan Sabah..korang carilah sendiri..meh datang..cerr tengok ada tak menu Borneo kat sini …ahakkss :-)

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Outlet biasa menjual pakaian dan iron-on t-shirt

Tempat makan best di Johor Bahru ni lokasinya terletak di Tampoi iaitu lebih kurang 5km dari Jalan Skudai Lama dan juga 5km juga dari Plaza Angsana, Tampoi . Tak susah nak ke sini . dari jalan skudai lama masuk ke jalan nak pergi angsana dan terus masuk ke dalam dlm 5km hingga anda ternampak di sebelah kanan anda kilang bateri .

Image may be NSFW.
Clik here to view.
makan-best-johor-bahru16

Kontena outlet jualan fesyen terkini anak muda dan aksesori “layan asap”

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri
Gedung ilmu : banyak manfaat singgah ke sini, beli la sebijik dua buku tu

Image may be NSFW.
Clik here to view.
makan-best-johor-bahru06
Juga salah sebuah kontena yang diubahsuai Interior Design  hingga tak menampakkan bentuk kontena , malah menyerlahkan lagi ke profesionalisme preka bentuk dalamannya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri
Menarik juga, kontena tapi dah tak macam kontena, hasil kreativiti preka bentuknya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Tempat menarik di Johor Bahru ni masih cuba kekalkan sejarah sejarah identiti Kilang Bateri satu masa dahulu : Bangku simen ala Rotary Club ni warisan peninggalan Eveready. Terletak di hadapan -1855-Barber Shop atau Kedai gunting rambutImage may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri
Gunting rambut sambil nikmati kelainan interior kedai , funky, happening dan kedai gunting ni pun dioperasikan oleh anak-anak muda yang dinamik dan pandai berdikari . Moga-moga semangat keusahawanan korang semua di sini jadi contoh pada anak-anak muda bangsa yang lain. Amin

Tempat menarik dan Tempat makan Best di Johor Bahru , itulah  dia serba sedikit cerita tentang Kilang Bateri..tapi belum habis lagi..Bersambung untuk Di mana dan Macam mana nak pergi ke Kilang Bateri ..di post akan datang….Followwwww…isikan Email pada ruang kiri Sidebar…jangan terlepas… :)


Filed under: attraction yang-menarik where-to-go, Johor, Johor Bahru, Tempat makan, Tempat menarik Tagged: Belah, Beli, dekat, Kilang Bateri, makan, menu, Plaza Angsana, Tampoi, tempat makan best, Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 263

Trending Articles