Tempat Makan Best Johor Bahru: Noy Restoran Kampung Danga
Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Noy :Restoran Kampung Danga ni memang unik berbanding dengan tempat-tempat makan atau restoran yang lain. Nak tau kenapa? Cuba tengok foto di bawah? Berapa banyak restoran kat Johor Bahru ni yang menghidangkan menu mee yang dibuat dengan tangan. Tambahan pula seni membuat mee ni pula dipertontonkan di hadapan pelanggan – pelanggan restoran ni!:-D
Kalau tak silap admin ni ajelah satu-satunya restoran Melayu di Johor Bahru yang menghidangkan mee tarik yang dipertontonkan kepada pelanggan-pelanggan. DI sini sambil menunggu mee tarik dihidangkan , pelanggan-pelanggan boleh tengok sendiri bagaimana mee ni ditarik -tarik hingga di masukkan ke dalam periuk .
Dan satu lagi yang juga pelik, tempat makan best di Johor Bahru ni terletak di Kempas tapi mengambil sempena nama Kampung Danga yang benar-benar wujud pada masa ini dan yang terletak di Danga ( berhampiran Teluk Danga atau popular dengan nama Danga Bay di mana terletaknya Danga Bay Fun Fair Park ). Ada sesape di sini yang boleh jelaskan fenomena ini? Mungkin orang JB atau owner kedai ni ..kalau terbaca post ni lah ye..
Foto atas : Pantas dengan gerakan laju tangan ala jurus silat
Foto atas : Teknik menggulung mee yang licik satu jurus kepada jurus lain
Foto atas : Jurus meregangkan mee tanpa terputus walaupun mee semakin meng halus
Foto atas : Tu dia, selesai brader ni menyediakan satu set mee..memang pakar betul brader ni..
Foto atas : Tu dia, hasilnya semangkuk mee Beef Noodle yang enak , dimakan bersama pelbagai perencah “add on” seperti cili kisar, lada jeruk, sos lada “kitchen made” ( bukan cili sos ) Kalau korang pandai, bolehlah makanlah dengan chop stick yang disediakan.
Setiap restoran yang menjadi tumpuan ramai di Johor Bahru pastinya mempunyai hidangan atau menu yang menjadi favourite ramai. Untuk pengetahuan korang “Signature Dishes” di sini adalah Lamb Chop, stew gearbox, mee tarik dan asam pedas
Foto atas : Dari luar / tepi jalan restoran ni pastinya menarik perhatian , dihiasai dengan landskap yang menarik
Foto atas : Restoran ini agak besar mempunyai ruang yang berhawa dingin dan ruang open air
Foto atas : Jika anda sedang mencari restoran ini pastikan anda fokus pada signboard restoran seperti di atas.
Foto atas : Kitchen bagi menu makanan laut berserta Tomyam terletak pada bangunan yang berasingan
Foto atas : Kitchen bagi makanan laut / tomyam , view dari jauh
Foto atas : Ayam pandan pun ada
Foto atas : Beraneka jenis lauk pauk
Buat anda yang mungkin akan bercuti di sini, sama ada ke Legoland atau Hello Kitty di Puteri Harbour , mungkin Restoran Noy Kg Danga ni boleh dijadikan destinasi jalan-jalan cari makan ketika berada di Johor Bahru ni. Buat anda yang menginap di homestay atau hotel sekitar Legoland atau bandar dekat Legoland iaitu di bandar Taman Bukit Indah, jarak ke tempat makan best ni lebih kurang 20-30 minit memandu kereta.
Nak cari pun dah tak susah, Waze apps ada , Google Maps pun ada. Ayuh pakkk, kita jamu selera di Noi Kampung Danga. Bagi korang yang dah ke sini , komen lah di ruangan komen di bawah ya. Adios , amigoes!
Filed under: gerai kedai makan restoran eat eateries food tempat, Johor Bahru, Tempat makan, tempat makan Tagged: Hello Kitty, homestay, jalan-jalan cari makan, Legoland, mee tarik, restoran Noy Kampung Danga, Tempat makan best di Johor Bahru
