Quantcast
Channel: Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 260

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Lazat Steak House Restaurant

$
0
0

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Lazat Steak House Restaurant

makan-best-johor-bahru: Lazat Steak HouseFoto atas : Beef steak dihidangkan dengan “baked potato”, kobis bunga hijau, jagung rebus dan kuah black pepper

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Lazat Steak House Restaurant merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis menu makanan western merangkumi daripada pizza hinggalah kepada pelbagai jenis steak dan chop. ( chop chop chop )

makan-johor-bahru04

Foto atas : Fish and Chips

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Lazat Steak House Restaurant

 

Terletak di lokasi Uda Business Center di Tampoi , restoran ini terletak di antara deretan kedai-kedai pejabat yang mempunyai rekabentuk moden dan bangunan-bangunan di sini sebenarnya baru sahaja mendapat Kelulusan Untuk Menduduki daripada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru . Selain itu ia juga terletak hanya beberapa blok baris kedai pejabat dari gedung Jakel yag amat terkenal di Malaysia ini.

makan-best-johor-bahru: Lazat Steak HouseFoto atas : Terletak di kawasana Uda Business Center, tempat makan ni terletak pada lot korner, di kawasan kedai-kedai yang bari dibina

Gedung Jakel juga terletak betul-betul di hadapan Lebuhraya Skudai , iaitu jalan utama yang menghubungkan seluruh bandar-bandar di Semenanjung Malaysia dari Perlis hinggalah ke Bandaraya Johor Bahru . Lebuhraya Skudai ini pula telah wujud semenjak lebih 100 tahun yang lepas. Jika nak ke bandaraya Johor Bahru juga cuma memakan masa 10 minit sahaja dari kompleks perkedaian di sini.

 Foto atas :Ruang dalaman restoran yang cozy dan relaxing

Tempat makan best di Johor Bahru ni juga tak kurang menariknya dan kelebihan lokasi restoran ini selain jaraknya yang dekat beberapa blok dari gedung Jakel, ia juga dalam jarak 500m dari kompleks membeli belah PLAZA ANGSANA, Tampoi yang memang amat terkenal di Johor Bahru dan juga kepada para-para pengunjung dari luar terutamanya dari Singapuramakan-johor-bahru03Foto atas :Semua minuman dalam “tall glass”

Ya, Jakel yang selalu adakan jualan murah atau sale produk tekstailnya dengan terma dan istilah junam harga, offer gila-gila, harga junam habis dan lain-lain lagi istilah yang buat para mak-mak orang, nenek-nenek orang resah dan gundah gelana kalau tak dapat perabiskan duit di sana ! …ahaksss😀

makan-johor-bahru11

Ok, sekarang tutup topik Jakel kita kembali kembali kepada Lazat semula. Apa yang admin dan krew Jalan2cuti2 katakan tentang restoran ni ialah “marvellous’’. Dari segi skala kesedapan menu-menu dihidangkan hinggalah kepada suasana persekitaran restoran ini.

makan-johor-bahru10

Foto atas : Pizza yang dibakar dalam ketuhar batu-bata yang autentik!

Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Lazat Steak House RestaurantFoto atas : Aneka pencuci mulut sedia dihidangkan sejuk

Ok jadi jika anda kebetulan bercuti ke Legoland  dan tinggal di penginapan berhampiran yang jaraknya cuma setengah jam memandu dari restoran Lazat dengan makanan yang lazat ni jangan lupa masukkan tempat makian best di Johor bahru ni  ke dalam salah satu destinasi jalan-jalan, makan-makan anda ya!


Filed under: Johor Bahru, Tempat makan, tempat makan Tagged: jalan-jalan, Lazat Steak House Restaurant, Legoland, makan-makan, penginapan, Plaza Angsana Tampoi, Tempat makan best di Johor Bahru, Uda Business Center

Viewing all articles
Browse latest Browse all 260